Wednesday, January 5, 2011

Solat: Solat-solat Sunat Mengiringi Solat Fardu

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti secara rengkas rukun-rukun qalbi, fe'li dan qauli solat fardu yg menepati ketetapan as-Sunnah. jangan lupa: solat yg tidak menepati cara dan kaedah serta bentuk-bentuk yg ditetapkan oleh as-Sunnah tidak sah dan tidak diteima Allah (a.w). Rugi nanti! Dalam perkara solat-solat sunat mengiringi solat-solat fardu ini (i.e. solat rawatib, bak kata orang alim), kita rujuk sepotong hadith yg pendedk berikut:

Solat-solat Sunat Mengiringi Solat Fardu

Saudara, mungkin saudara sering melihat ktika berada di masjid atau disurau kerana bersolat jema'ah solat-solat fardu, orang mengerjakan solat rawatib atau solat mengiringi solat fardu. Mungkin, saudara kini hendak lakukan kerana mengerjakan amalan dan ibadah sunat itu adalah antara tanda dan bukti kita mensyukuri nikmat yg dikurniakan Allah (a.w) kopd kita dan juga sebagai manifestasi kita untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (kerana kerahmatan itu yg menentukan kita berjaya mendapat syurga). Maka, kita mulai mengerjakan solat-solat sunat, kelanjuran kita akan mensolatkan solat fardu kita. Hadith berikut memberikan panduan rengkas pada kita.
Diriwayatkan hadith dari Malik hadith dari Nafi' hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) adapun Rasulallah (s.a.w) bersolat sebelum Solat Zohor dua rakaat, dan selepasnya (i.e. Solat Zohor) dua rakaat, dan adapun dia bersolat selepas Solat Maghrib dua rakaat di rumahnya, dan dia bersolat selepas Solat Isya' dua rakaat, dan adapun dia tidak solat selepas Solat Jum'at sehinggalah bersurai (dari jum'atan, balik ke rumahnya), maka bersolat dua rakaat di rumahnya.' [Hasith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Hadith di atas itu menyebut solat-solat sunat mengiringi solat fardu adalah:
1.   Sebelum Solat Zohor 2 rakaat;
2.   Selepas Solat Zohor 2 rakaat;
3.   Selepas Solat Maghrib 2 rakaat;
4.   Selepas Solat Isya' 2 rakaat.
5.   (Dalam hadith lain, dua rakaat sebelum Solat Subuh)
Kesemua solat-solat ini, jika dikatakan 'sebelum' maka hendaklah disolatkan setelah masuk waktunya. Contoh: Solat sebelum Solat Zohor 2 rakaat itu dibuat selepas azan Zohor.
Saudara,
Hadith tersebut menyebutkan bahawa selepas bersolat Solat Jum'at kita tidak buat solat sunat, kecuali setelah kita kembali ke rumah kita terlebih dahulu dan bersolat di rumah. Justeru itu, janganlah buat solat sunat selepas Solat Jum'at di masjid! Tidak ada sandaran nas dan dalil hadith, maka kalau kita buat sia-sialah! [Nota: Inilah saja solat-solat yg dibolehkan di buat di masjid atau di surau, kerana kita kerjakan ketika hendak bersolat solat-solat fardu tersebut. Hakikatnya, solatsolat sunat sewajarnya dibuat di rumah, terutama solat-solat sunat siang (spt Solat Duha) dan malam (spt Solat Tahajud) atau Solat Witir (dibuat malam hari, di rumah), Solat Tasbih (siang atau malam, dibuat di rumah). Supaya tak nampak kita menunjuk-nunjuk atau difitnah sebagai menunjuk kpd orang lain! [Nota: Namun bagi mereka yg berada di Tanah Suci kerana umrah atau haji, mereka sering buat di Masjid al-Haram dan Masjid Nabawi kerana keperluan - kalau lambat ke masjid takda tempat dalam masjid, contohnya]

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment