Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah cuba lihat kembali segala amalan dan ibadah kita sepanjang umur yg kita telahpun lalui, kemudian menekadkan azam dalam hati sanubari kita bahawa matlamat yg hendak kita capai melalui strategi dan perancangan Azam Tahun Baru kita bahawa kita akan mendapat kejayaan akhirat, yakni syurga, mulai hari ini, saat ini.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengajak kita supaya bertaqwa (i.e. takutkanlah) akan Allah (a.w) dan taatilah perintah Allah (a.w). Dan untuk itu Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita: 'Diwajibkan atas kamu menetapi Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah). maka sesuangguhnya sesiapa yg mengerjakan amalan (dan ibadah) dgn kedua-duanya, wajib memperolehi keuntungan akhirat dan syurga Allah (a.w).' Kerana Allah (a.w) berfirman: 'Dan barangsiapa mentaati Allah (a.w) dan mentaati RasulNya, maka sungguh-sungguh beruntung dgn keuntungan yag amat besar (yakni, mendapat syurga).' Dan, firman Allah (a.w): 'Dan, barangsiapa mentaati Allah (a.w) dan mentaati RasulNya, dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga.' Dan, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita: 'Barangsiapa beramal berpandukan selain kedua-duanya, segala amalan (dan ibadahnya) ditolak.' Dan. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita: 'Barangsiapa beramal dgn suatu amalan yg tidak ada atas amalan tersebut perintah Rasulallah (s.a.w), maka amalannya (atau dia yg mengamalkannya) ditolak.'
Saudara, itulah secara rengkasnya matlamat Azam Tahun Baru kita, iaitu: pertama, kita wajib semak amalan yg lalu berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah; kedua, setelah kita semak segala amalan dan ibadah kita yg lalu, kita bertaubatlah memohon keampunan Allah (a.w) kalaulah amalan dan ibadah kita itu menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan kalau sudah betul kita perbaikilah supaya lebih sempurna dan lebih melambangkan keikhlasan kita dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Ketiga, ibadah wajib adalah kefarduan atau kewajipan yg tidak boleh tidak kita kerjakan. Untuk membuktikan keimanan serta keikhlasan kita dgn harapan kita memperolehi kerahmatanNya, hendaklah kita usahakan pula mengerjakan amalan dan ibadah yg sunat. Insya Allah, dalam post-post yg akan datang kita akan teliti pengisian amalan dan ibadah sunat pula. Keempat, dalam mengerjakan amalan dan ibadah dalam tempoh memenuhi baki hayat kita pula, hendaklah kita pastikan bahawa amalan dan ibadah kita tidak sedikitpun dicemari oleh bid'ah. [Nota: Terbatalnya amalan dan ibadah itu jika dicemari oleh bukan sahaja bid'ah, tetapi juga terbatal jika didasarkan kpd tahyul (i.e. kepercayaan yg karut), kurafat (kepercayaan bahawa ada benda-benda yg mempunyai sesuatu kuasa) dan taklid (i.e. ikut cakap-cakap orang yg tidak didasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Ingatlah pesanan Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': 'Janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan tanpa kamu terlebih dahulu mengetahui ilmu mengenai amalan tersebut.' Jangan beramal dalam kejahilan. Belajarlah al-Quran dan as-Sunnah, supaya kita ada asas ilmu yg betul untuk bermal dan beribadah.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment