Saturday, January 8, 2011

Persaudaraan Dalam Islam: Silatur Rahim (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat ketetapan Islam mengenai hubungan silatur rahim sesama orang iman. Kita diperingat bahawa sesiapa yg memutusa tali silatur rahim, dia tidak akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam sepotong hadith lain, kita ditegah tidak bertegur sapa dgn saudara sama Islam dan iman lebih dari 3 hari. Hakikatnya adalah: walau apapun warna kulit, bahasa kita serta keturunan kita dewasa ini, asal usul kita adalah sama iaitu kita adalah anak cucu Adam (a.s) dan isteinya, Hawa (a.s). Tidak ada kerabat atau keturunan yg mulia dan tidak ada keturunan yg hina. Pada Allah (a.w) orang yg mulia itu bergantung pada ketaqwaannya - yg lebih taqwa lebih mulia pada Allah (a.w).
Saudara, kita lihat sepotong hadith lagi mengenai tajuk di atas itu, sebelum kita berpindah membincangkan tajuk atau perkara lain. Ini bukan bererti bahawa tidak ada ketetapan as-Sunnah lainnya mengenai silatur rahim, tapi apa yg telah kita teliti sudah memadai untuk memandu hidup serta hubungan kita sesama orang iman.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Wahai manusia, sebarkanlah (atau semarakkanlah) 'salam' (yakni, silatur rahim), dan memberi makanlah (kpd saudara sesama Islam), dan sambunglah tali kekeluargaan, dan bersolatlah ketika malam (sedangkan)  manusia nenyak tidur, maka akan masuk engkau ke dalam syurga dgn selamat.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Mendirikan Solat dan Sunnah]
Saudara,
ada beberapa perkara yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu, iaitu: pertama, semarakkanlah 'salam', yakni rapatkanlah hubungan persaudaraan sesama orang iman dgn memberi salam ketika bertemu dan berjabat tangan, sesungguhnya berjabat tangan itu menghapuskan dosa-dosa antara kedua-duanya [Nota: Jika setiap yg bertemu itu berkata: 'Alhamdulillah, Astaghfirullah']; kedua, rajinlah bersedekah dgn memberi makan sesama Islam; ketiga, sambung dan rapatkan hubungan kekeluargaan, terutama yg sudah renggang; dan keempat, kerjakanlah solat-solat malam (i.e. solat-solat sunat pada 1/3 malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur). Dan, kerana perlakuan sedemikian itu memungkinkan kita masuk syurga dgn selamat.
Saudara, berhubung dgn perkara keempat itu, kita telahpun lihat dalam post yang lalu bahawa Allah (a.w) mengibaratkan seseorang yg tidak sanggup bangun malam untuk mengerjakan solat-solat sunat (khususnya, Solat Tahajjud, itu) seumpama bangkai (kerana bangkai seakan-akan tidur tanpa bergerak) dan ketika siangnya pula orang sedemikian diibaratkan seumpama kaldai yg hidup semata-mata memikirkan tentang makan minum! Begitu hinanya gambaran yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd kita yg tidak bangun malam untuk mengerjakan ibadah sunat!

Jazakallahukahairah


No comments:

Post a Comment