Friday, January 7, 2011

Solat: Perlakuan Sesudah Selesai Solat

Assalamualaikum,
Saudara, alhamdulillah kita telahpun teliti secara rengkas tetapi mencukupi tentang ibadah solat fardu kita dari segi rukun-rukun qalbi, qauli dan fe'linya. Kita tahu bagaimana mengangkat tangan ketika memulakan solat untuk Takbiratul Ikhram, ketika hendak Ruku', ketika hendak Iktidal, hendak Sujud, Duduk antara Dua Sujud, dan cara hendak Sujud, cara duduk ketika membaca Taiyat Awa dan Tahiyat Akhir dan akhirnya memberi 'salam'. Juga, kita kini tahu secara sahihnya bacaan ketika Tahiyat Awal dan ketika Tahiyat Akhir. Kemudian selepas selesai solat kita apa yg sewajarnya kita lakukan?
saudara, ramai diantara kita yg mengerjakan solat fardunya dalam tergesa-gesa dan sambil lewa dan tidak khusyu' serta tidak serius dalam bersolat. Terkadang kalau kita renungi semula apa yg kita kerjakan demi mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w), kita akan dapati kita menghormati bos atau manusia yg berkuasa atas kita lebih dari kita menghormati Allah (a.w)! [Nota: Jika kita beranggapan ada suatu kuasa yg lebih dari kuasa Allah (a.w) kita telah syirik. Dan, Allah (a.w) serta RasulNya ingatkan kita bahawa Allah (a.w) itu bersedia menimbang untuk mengampuni hamba-hambaNya yg berdosa walau bagaimana banyak dan berbagai serta besar dosa-dosanya, tapi dosa kerana menyakini ada kuasa yg setaraf atau melebihi kuasa Allah (a.w), yakni kesyirikan, tidak akan diampun Allah (a.w).]

Perlakuan Setelah Selesai Solat

Saudara, setelah selesai solat kita hendaklah kita mengambil sedikit masa untuk membuat beberapa perkara sebelum kita beredar untuk tugas-tugas duniawi kita. Antara yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah: pertama, beristighfar; kedua, selepas beristighfar, membaca kalimah 'Allahumma antas salam ...'; ketiga, berwirid dan berzikir memuji-muji Allah (a.w); dan keempat, berdoa. Itulah empat perkara yg jika kita lakukan kita tergolong diantara hamba Allah (a.w) ingatkan Allah (a.w) dan bersyukur terhadap segala nikmat kehidupan yg dikurniakan oleh Allah (a.w) kpd kita yg tidak terhitung oleh kita.

Beristighfar dan Membaca 'Allahumma antas-salam ...'

Hadith di bawah menyebutkan bahawa setelah selesai solat, Rasulallah (s.a.w) membaca Istighfar tiga kali dan kalimah yg disebutkan dalam hadith itu:
Menceritakan hadith Syadad, iaitu Abu 'Ammar bahawasanya Aba Asmak ar-Rahabiya menceritakan hadith bahawasanya dia mendengar Thu'ban, hamba merdeka Rasulallah (s.a.w), menceritakan hadith bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada ketika selesai dari solatnya beristighfar (i.e. membaca kalimah: 'Astaghfirullahil 'zim, allazi lailaha ilallah hual haiyul qaiyum wa-atubu ilaih') tiga kali, dan berkata (yakni, membaca pula) 'Allahumma antas-salam, wa-minkas-salam, tabarakta ya zaljalali wal-ikram'. [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Saudara, kalau saudara prihatin atau alert, saudara akan dapati bahawa ramai orang baca kalimah 'Allahumma antas-salam ...' itu, tetapi mereka tambah pula dgn beberapa kalimah yg menjadikannya panjang! mengapakah para ilmuwan dan ulama' atau kita perlu tambah? Apa yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) aslinya sudah cukup untuk memenuhi syarat 'Sollu kama ra-aitumuni usoli' itu, i.e. mengikuti as-Sunnah. Kalau kita tambah, apa jadi? Kalaulah penambahan itu termasuk dalam istilah atau hakikat 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah, maka banyaklah kerugian yg kita tanggung. Dahlah tak dapat pahala, terutama pahala sunnah, dapat dosalah pula. Insya Allah, kita akan teliti nanti akibat menambah atau mengurang atau mengubah ketetapan atau amalan as-Sunnah - yakni melakukan bid'ah.
Memadailah kita lihat peringatan Rasulallah (s.a.w) yg memberitahu umatnya: 'Man 'amala amilan laisa min amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Barangsiapa yg beramal dgn suatu amalan yg tidak didatangkan (amalan itu) dari aku (Nabi), maka amalannya ditolak.)' [Hadith Bukhari dan Muslim]. Oleh itu janganlah sengaja membatalkan amalan atau merosakkan amalan kita! Tambahan pula jangan terpengaruh dgn orang yg mengajarkan kita atau menyuruh kita buat apa yg mereka kata 'bid'ah hasanah', yg rugi kita bukan mereka. Kerana, di dalam syariat Islam tidak ada landasan nas atau dalil al-Quran adalah atau wujudnya 'bid'ah hasanah'.
Saudara, kita dah lihat dalam post yg lalu bahawa kalaulah kita ikuti pendapat majoriti dalam Islam, kita akan sesat dan rugi (al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) membritahu dalam as-Sunnah bahawa sesiapa yg terlibat dalam amalan bid'ah, terkeluar dari Islam tanpa disedarinya, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment