Sunday, January 30, 2011

Solat-solat Sunat: Solat Duha

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas. Dalam post yg lalu kita telah teliti Solat Tahajjud, satu-satunya solat sunat yg utama dalam syariat Islam. Kita juga telah teliti Solat Witir yg merupakan solat sunat yg seolah-olah wajib kerana digesa oleh Rasulallah (s.a.w) supaya kita kerjakan setiap malam. Dalam post ini kita lihat pula Solat Duha iaitu salah satu solat-solat sunat yg utama dalam syariat Islam. Pendeknya, salah satu usaha untuk memperbaiki hisaban kita kerana kekurangan dalam solat-solat fardu, adalah mensolatkan Solat Tahajjud dan Solat Witir ketika malam - mulai sepertiga terakhir malam - dan mengerjakan Solat Duha pada waktu duha di siang hari. Kita jadikan amalan ini sebagai kelaziman kita setiap hari.
Saudara, kita teliti beberapa hadith yg memberi kita tahu kefadhalan Solat Duha itu. Kita mulakan dgn meneliti sepotong hadith qudsi berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Nu’aimi bin Hammar (r.a) katanya: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Firman Allah (a.w): ‘Wahai anak Adam! Jangan melemahkan ingatan engkau terhadapKu dengan bersolat empat rakaat pada awal siang hari kamu (solat Duha) (apabila engkau kerjakan) akan mencukupi Aku (keperluanmu) pada akhir siangmu (yakni, sepanjang siang hari).’] [Hadith sahih (dan hadith qudsi) riwayat Abu Daud]
Dalam firman Allah (a.w) di atas itu, kita diberitahu bahawa satu kaedah menunjukkan bahawa kita sentiasa ingatkan Allah (a.w) adalah dgn mengerjakan Solat Duha empat rakaat (Nota: dibuat dua-dua rakaat dgn satu 'salam'). Jika kita kerjakan sedemikian, Allah (a.w) berjanji mencukupkan keperluan harian kita sepanjang pagi dan sepanjang petangnya pula, yakni kita tidak perlu risau bahawa rezki keperluan kita hari itu dicukupkan oleh Allah (a.w).' 
Diriwayatkan daripada Yahya bin Ya’mur (r.a) daripada Abi Zarr (r.a) daripada Nabi (s.a.w), sabdanya: ‘Berpagi-pagi atas anak Adam atas seluruh anggotanya (bersarapan pagi) adalah sedekah, memberi salam atas barangsiapa dia berjumpa (adalah sedekah), menyuruh berbuat baik adalah sedekah, mencegah daripada membuat jahat adalah sedekah, membuang sesuatu kekotoran (spt duri, kaca dll yg membahayakan orang lalu lalang) dari jalan-jalan (orang lalu lalang) adalah sedekah, berbuat baik kepada ahlinya (yakni, keluarganya) adalah sedekah, mencukupi (yakni, memberi makan minum dan lain-lain keperluan keluarganya) adalah sedekah, mencukupi kesemua itu (yakni, mendapat pahala yang sama dengan pahala kesemua itu) adalah membuat solat Duha dua rakaat.’ [Hadith sahih riwayat Abu Daud]. 
Hadith di atas ini menyebutkan ganjaran pahalanya. Terdapat tujuh (7) perbuatan baik (amal ma’ruf) yang disebutkan dalam hadith itu yg mendatangkan pahala sedekah kpd kita, apabila kita lakukan. Kesemua pahala sedekah sedemikian itu kita diperolehi hanya dengan mengerjakan satu Solat Duha dua rakaat. Dengan lain perkataan, satu Solat Duha dua rakaat mendatangkan pahala kepada kita melebihi pahala sedekah kesemua amalan yg disebutkan dalam hadith tersebut.
Saudara, 
dari segi amalannya, kelazimannya adalah mengerjakan Solat Duha itu 4 rakaat sekurang-kurangnya setiap hari dibuat dua-dua rakaat dgn disudahi dgn 'salam' selepas dua rakaat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment