Tuesday, January 4, 2011

Solat: Mengapa Ikut Rasulallah (s.a.w)?

Assalamualaikum
Saudara, alhamdulillah kita telah selesai lihat cara dan kaedah bersolat dan mengetahui rukun-rukunnya - rukun qalbi (niat dan iktikad), rukuan qqaulinya (bacaan dan sebutan dalam solat) dan rukun fe'linya (perlakuan dan pergerakannya) - sejajar dgn ketetapan as-Sunnah. Mengapa wajib ikuti as-Sunnah?
Kita telah berulang kali diberitahu melalui Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa kita hanya akan mendapat syurga jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti s-Sunnah) selain mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran). kalau kita engkarkan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w), jika akan masuk neraka, berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah an-Nisa'Kedua, jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. kita ikuti as-Sunnah) pasti kita mentaati Allah (a.w) (i.e. kita akur dgn ketetapan al-Quran) melalui firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa'. Ketiga, kita secara khusus disuruh ikuti as-Sunnah mengikut firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr. Ketiga, Islam itu ugama ciptaan Allah (a.w) sebagai landasan mutlak bagi manusia mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) sejajar dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat: 'Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (i.e.untuk beramal dan beribadah sesuai dgn ketetapan Allah (a.w)) kepadaKu'. Keempat, Allah (a.w) perintahkan manusia dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) hendaklah mencontohi Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) iktiraf Rasulallah (s.a.w) sebagai 'uswatun hasanah', daalm firman berikut.
Firman Allah (a.w): 'Laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanatul-liman kana yarjullah wal-yaumal akhiri wa-zakarallaha kathira.' [Maksud: Sesungguhnya adalah bagi kamu sekelian pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yang mengharapkan ganjaran (pahala) dan balasan hari akhirat (yakni, syurga) dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak] [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
Saudara,kita wajib mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam segala perkara - sama ada kerana pertimbangan dunia mahupun akhirat - kerana firman Allah (a.w) tersebut. Namun, dalam perkara dunia kita diberi kelonggaran kita adalah bebas melakukan sesuatu untuk dunia dgn syarat kita tidak membelakangkan atau menidakkan atau melanggar ketetapan Allah (a.w) mengenai Islam, syariatnya dan segala sesuatu yg terkait dgnnya. Rasulallah (s.a.w) memberitahu sahabat suatu masa bahawa mereka lebih pandai tentang dunia (kes proses pendebungaan kurma, sebagai contoh), namu dalam perkara akhirat atau ugama, mereka wajib patuh ketetapan Rasulallah (s.a.w). Contoh: dalam perkara 'riba' Islam telah membuat ketetapan.
saudara, dalam penelitian kita tentang kaedah dan cara bersolat dalam proses menterjemahkan pengisian Azam Tahun Baru kita dalam post-post yg lalu, kita tidak sebut beberapa perkara; iaitu: pertama, tentang melafazkan niat ketika hendak (berwudu' dan mandi junub dan ketika hendak) solat. Kedua, tentang menyapu dahi atau kepala dan mencium atau mengucup tangan atau jari-jari kanan kita ketika selesai memberi 'Salam'. Ketiga, Doa Qunut pada rakaat kedua Solat Subuh.
Dalam syariat Islam berpandukan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) tidak pernah zahirkan niat untuk solat. Beliau berdiri dan terus Takbir (i.e. Takbiratul ikhram). Hadithnya telah kita rujuk sebelum ini: 'Iza qumta ilas-solata fakabbir' (yg bermaksud: ketika berdiri untuk solat maka takbirlah) [Hadith Muslim, Kitab Solat]. Para ulama' tahu hadith ini, tapi mereka berhujjah menyuruh kita sebut 'Ussolli fardal ... 'dan sebagainya, kenapa? Juga, Rasulallah (s.a.w), selepas memberi 'Salam' tidak pernah sapu dahi atau kepalanya dan mengucup jari atau tangannya. Dan, Rasulallah (s.a.w) tidak membaca Doa Qunut ketika bersolat Subuh. [Nota-6: Rasulallah (s.a.w) pernah sebulan bersolat - kelima-lima solat fardu - membaca Doa Qunut Nazilah setelah bangun dari Ruku' rakaat terakhir solat. Tapi, itu qunut khas untuk mendoakan kebinasaan kpd 4 kaum di empat perkampungan munafiq Arab yg membunuh 69 drp 70 orang mubaligh yg diutus oleh Rasulallah (s.a.w) kpd mereka untuk mengajarkan Islam dan syariatnya. Insya Allah, kita akan telliti perkara ini kemudian nanti].

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment