Assalamualaikum,
Saudara, satu lagi berita menarik dalam banyak akhbar hari ini, termasuklah Harian Kosmo dan Sinar Harian memuatkan cerita sedih seorang remaja di Klang, yg terkena (Muhamad Hairuman Miskon, 23 tahun) kejutan letrik ketika mengait kelapa dgn menggunakan galah besi. Yg anihnya, mengapakah anak muda ini tidak tahu betapa bahayanya dawai letrik yg membekalkan letrik ke sesuatu lokasi itu bervoltan tinggi? Dia bernasih baik tak mati. Atau, mungkin dia tak bernasib baik kerana hidup dalm kesengsaraan (spt jelas kelihatan dalam gambar akhbar itu). katanya akan dipotong pula kedua-dua tangannya yg hangus. Masya Allah, alangkah sakitnya. Begitulah mengelupas kulit kerana terbakar. Di dalam neraka kelak, bagi kita yg terpaksa menerima azabnya, akan mengalami kesakitan 70 kali ganda lagi, bukan setakat mengelupas kulit dan daging, malah hancur segala daging dan kulit, kemudian dijadikan semula, kemudian hancur semula... begitulah hebatnya siksaan di neraka. Oleh itu, apabila diberi peluang melihat jalan yg membolehkan dijauhi neraka itu, ambillah, jangan banyak sola tanpa ilmu ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment