Sunday, January 2, 2011

Menarik hari ini ...

Assalamualaikum,
Saudara, ada empat berita menarik hari dalam akhbar Kosmo (2 Jan 2011), selain lanjutan perdebatan perlantikan SUK Selangor itu: pertama, seorang lelaki Melayu, Ahmad b Md Isa, yg dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang - 110 tahun - yg ingin berumah tangga semula. Malah diceritakan tawarannya kpd mana-mana wanita Islam yg sanggup berkahwin dgnnya akan dihadiahkan, sebagai hadih perkahwinan itu, sebuah kereta. Katanya, ada seorang wargamas yg berminat, Sanah bt Ahmad (82 tahun), tapi anak Ahmad, Fatimah (64 tahun), tidak menggalakkannya. Kedua, betapa runtuhnya ugama orang Melayu yg mengakui dirinya Islam apabila tertangkapnya segolongan orang Melayu yg membuat maksiat ketika merayakan hari tibanya tahun baru 2011. Ketiga, seorang pelajar (atau, bekas pelajar?) Melayu IPT yg mendagangkan tubuhnya untuk hidup mewah ketika menjadi mahasiswa IPT. Dan, keempat, cerita kejayaan Prof Madya Irmawati Ramli (41 tahun), masih muda, kini Pengarah Pusat Sains Negara.
Orang yg dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang mungkin untung dan mungkin rugi. Untung kalaulah dia benar-benar menjadi hamba Allah (a.w) yg beriman dan melaksanakan segala amal dan ibadah serta memandu kehidupannya di dunia sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan dia tergolong dalam golongan yg satu yg berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Rugi, kalau dia kekal jahil tentang Islam dan syariatnya, walaupun dia telah mengerjakan amalan dan ibadah yg lama, maka berjaya mengumpul bekalan akhirat yg banyak untuk mendapat keridaan Allah (a.w).
Dalam berita hari ini juga disebutkan seorang yg muda, Faisal Akasia,  umur 33 tahun, seorang pelakun, mati kerana serangan jantung. Dia juga mungkin untung dan mungkin rugi. Untung kalaulah dia selama ini menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah dan terpelihara dari mengerjakan dosa jikalah dia dilanjutkan usia oleh Allah (a.w). Dia untung kerana pendek umur maka kuranglah dosa yg dilakukannya dalam hidupnya.
Saudara, dalam berita menarik yg kedua dan ketiga itu - tentang contoh keruntuhan akhlak umat Islam dewasa ini - kita wajib bertanya mengapakah semakin ramai orang Melayu meninggalkan tuntutan ugama mereka. Kemungkinan besar mereka hanya Islam pada nama sahaja. Mereka tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat apatah lagi menginfaq sebahagian dari rezki kurniaan Allah (a.w) padanya dan lebih utama kerana kemandulan orang-orang yg bergelar ulama' dan imuwan membentuk keperibadian umat Islam walaupun mereka berilmu dan wajib mengilmukan kaumnya! Yg kedua ini adalah keparahan sikap serta nilai para ulama' dan ilmuwan Islam dewasa ini. Ramai orang yg berilmu dan ramai juga yg mengajar ilmu tetapi mereka minta bayaran. Mereka itulah yg tergolong sebagai orang yg memperdagangkan ugamanya (i.e. ilmu ugamanya) demi keuntungan dunia yg sedikit. Tambahan pula, kebanyakan organisasi ugama juga sudah lumpuh dan terpesong dari tanggungjawab yg haq iaitu membimbing umat Islam, mengilmukan mereka dan menanam hakikat bahawa orang Islam wajib menyediakan diri untuk kehidupan akhirat mereka dan tidak lupa kpd tugas dan tanggung jawab mereka terhadap Allah (a.w). 
Orang ugama - ulama' dan para ilmuwan Islam - lebih besar tanggungjawabnya untuk fi sabilillah, yakni membina generasi Islam yg iman dan taqwa supaya lebih ramai berpeluang mencecah kaki ke syurga dan terselamat dari neraka. Tak kurang tanggungjawab ini terletak di bahu mereka yg tergolongan sebagai 'ulil amri' (dan para ulama' dan imuwan Islam) adalah mereka yg terkait dgn tugas tersebut sebagi 'ulil amri' orang yg berkuasa dan berkemampuan mencelikkan kebutaan ugama masyarakatnya dan  orang yg kononnya diberi cahaya Islam dan iman oleh Allah (a.w) yg sewajarnya memberi cahaya iman yg benar kpd masyarakatnya.
Kita ucapkan tahniah kpd wanita Melayu yg diberi penghormatan menerajui PSN itu. Memang ramai wanita Melayu yg sampai ke mercu tertinggi bidang akademik. Belaiu berkata yg beliau masih meneruskan mencari dan menimba ilmu. Memang benar. Dalam Islampun disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) belajarlah ilmu dari buaiyan sehingga sampai ke lubang lahad. Mudah-mudahan kita dan orang-orang spt beliau itu tidak lupa pesanan Rasulallah (s.a.w):
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya Allah (a.w) Zat yg Maha Luhur murka pada tiap-tiap orang yg pandai (atau pintar dan bijak tentang) ilmu dunianya (tetapi) bodoh (atau jahil) dalam ilmu akhiratnya.' [Hadith al-Hakim dan ad-Dalami]
Alhamdulillah, beliau wajar bersyukur kpd Allah (a.w) yg mengurniakan otak yg baik dan bijak. Syabas kpd anak negeri Hang Tuah ini. Dan, mudah-mudahan setelah berjaya dalam ilmu dunia, Prof  Irmawati mengasah kebijaksanaan dan kepintaran itu dalam ilmu akhirat pula (i.e. al-Quran dan as-Sunnah). Itu lebih baik untuknya dan lebih bermanfaat untuknya demi akhiratnya.

Jazakallhu khairah

1 comment:

  1. Tuan,

    Ramai orang hari ini mereka tu sembahyang tetapi tidak solat, seperti mana mereka rasa mereka mengambil air sembahyang tetapi tidak berwudu'.

    Adakah mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan mungkin tidak menetapi sunnah Rasulullah SAW?

    ReplyDelete