Friday, January 21, 2011

Orang yg Rugi Akhiratnya

Assalamualaikum,
saudara, kita telahpun lihat sepotong hadith dalam konteks tajuk di atas gambaran dua golongan orang Islam; iaitu: satu golongan yg berkiblatkan dunia, kerana dia akan melakukan segala sesuatu demi untuk mendapat kesenangan dunia yg digambarkan sebagai mengejar dinar dan dirham, i.e. kekayaan dan wang ringgit,  dan segolongan lagi orang yg neynyak tidurnya setiap malam menjadi hamba selimut, yg tidakpun berusaha untuk bangun malam untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunat di malam hari. Kedua-dua golongan ini dikatakan oleh Rasulallah (s.a.w) orang yg rugi akhiratnya!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w), yang bersabda: ‘Rugi (mereka yang menjadi) hamba (yakni, yang berbudayakan atau yang menghambakan dirinya demi) dinar dan dirham (yakni, wang ringgit, maksudnya dipengaruhi dan terpengaruh oleh wang ringgit, kekayaan dan kemewahan dan kesenangan dunia), dan hamba kepada selimut (yakni, yang suka tidur atau bersenang-senang menghabiskan masa hidupnya tanpa beramal dan beribadah dan bersenang-senang sahaja ketika malam), sesungguhnya jika diberi dia (apa yang dia suka) maka merasa senang (yakni, suka dan gembira) hatinya (dengan perjalanan hidupnya) dan jika tidak diberikan kepada dia (apa yang mereka mahu), maka merasa tidak senang dia (yakni, dukacita dan merasa malang) dia.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita supaya janganlah kita tergolong dalam golongan orang yg rugi. Siapa? Disebutkan dalam hadith ini orang yg rugi itu adalah orang yg semasa di dunia menjadi hamba kpd dinar dan dirham, yakni wang ringgit serta kekayaaan dan kesenangan di dunia, sehinggakan dalam sesmua dimensi tindak tanduknya, dia akan mengutamakan wang ringgit atau umumnya kekayan dan kesenangan dunia. Oleh kerana itu dia mengabaikan akhiratnya. Kerana solatnya tidak tertib dan sempurna, tidak bersungguh dalam ugamanya dan menomborduakan tuntuan ugamanya dan menombor satukan tuntutan dunia. kalau kita suka memerhatikan gelagat orang Islam sekarang, kenyataan dalam hadith ini benar. Semua lapisan manusia yg hidup sebok dan disebokkan oleh duna sehingga akhiratnya jarang sekali terurus. Amalan dan ibadahnya tah kemana, keluarganya tak terurus, anak-anak gadis dan terunanya terbiar bebas dan melakukan pelbagai kemaksiatan yg tidak dapat dikawal oleh orang tuanya.
Saudara, dimensi kedua hadith ini mungkin tidak kita ketahui, kerana apa yg berlaku di rumah seseorang itu hanya diketahui oleh orang yg menjadi penghuni rumah itu. Yg jelas disebutkan dalam hadith ini adalah Rasulallah (s.a.w) menyebutkan kategori kedua orang-orang Islam yg rugi dalam akhiratnya, iaitu mereka yg 'menjadi hamba kpd selimut',yakni ornag yg nyenayk tidurnya setiap malam, apabila dia mengabaikan amalan dan ibadah sunat ketika malam, tidak bangun dia untuk mengerjakan sedikit amalan sunat dan mengingatkan Allah (a.w) dan bersyukur betapa banyaknya kurniaan nikmat Allah (a.w) kepadanya dalam hidupnya.
Di dalam as-Sunnah, kita diberitahu bahawa Allah (a.w) disertai oleh para malaikat rahmat, termasuklah Jibrail (a.s) sendiri turun ke langit dunia untuk melihat apakah ada hambaNya yg bangun malam, selepas sepertiga akhir malam, untuk mengerjakan qiamul-lail, bersolat sunat, berzikir, berwirid, membaca al-Quran dan seumpamanya, kerana saat itulah Allah (a.w) makbulkan doa dan terima pemintaan hambaNya yg berdoa dan meminta.
Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Turun Tuhanku yg maka berkat dan maha agung setiap malam ke langit dunia ketika tiba sepertiga terakhir malam, maka berfirman Allah (a.w): 'barangsiapa berdoa kpdKu, maka Aku kabulkan doanya; barangsiapa yg meminta kepdaKu,maka akan Aku berikan permintaannya; (dan) barangsiapa memohon keampunan kpdKu dari dosa-dosa dan kesalahannya, maka Aku ampuni dia.' [Hadith Bukhari]. 
Alangkah beruntungnya kita kalaulah kita menyempat-neyempat diri untuk bangun malam ketika tiba sepertiga terakhir malam, kkta mengerjakan Solat-solat Tahajjud, Solat Hajat, Solat Tasbih, dan lain-lain solat sunat dgn diakhiri dgn serakaat atau tiga rakaat Solat Witir, kemudian berzikir, berwirid dan berdoa meminta segala kehendak hati sanubari kita kpd Allah (a.w), pasti dikabulkan atau diperkenankan oleh Allah (a.w). Kerana itulah janji Allah (a.w) yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui hadith tersebut. Melaksanakan solat fardu sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan kasih sayang Allah (a.w) dan kerahmatanNya. Lagipun solat-solat sunatlah yg dapat menampal kekuarangan solat-solat fardu kita sepanjang hayat kita. Dan, ini penting ketika kita melalui proses hisaban amalan di akhirat kelak.
Mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah (a.w) untuk melakukan counterfactual kpd apa yg disebutkan dalam hadith tersebut - orang yg tidak mengutamakan dunia tetapi mengaimbangi dunia dan akhiratnya, dan orang yg tidak melapangkan sedikit waktu malamnya mengurang tidur untuk mengerjakan sedikit ibadah semampunya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment