Friday, January 21, 2011

Orang yg Rugi Akhiratnya (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita telahpun lihat dua potongan hadith dalam post sebelum ini tentang dua golongan orang Islam yg rugi di akhiratnya; iaitu: orang yg menomborsatukan dunianya mencari wang ringgit dan kesenangan dunia sehingga terabai kepentingan dan kebajikan akhiratnya; dan golongan orang memperhambakan dirinya kpd selimut, yakni orang yg tidak berusaha untuk bangun malam untuk mengerjakan sedikit sebanyak amalan dan ibadah sunat yg akan membantu dia mencapai kesejahteraan akhirat. Kita lihat sepotong lagi hadith mengenai perkara yg sama: 
Diriwayatkan bahawa Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa ada pada dunianya mencari-cari tujuannya (berkiblatkan dunia semata-mata) maka memisahkan (yakni, tidak mengubah) Allah (a.w) atasnya pada perkara-perkaraNya (yakni, ugamanya), dan menjadikan Allah (a.w) keperluan diantara dua matanya dan tidak datang padanya (yakni, tidaklah didapatinya) melainkan apa-apa yang ditulis apa-apa yang telah ditetapkan (Qadar) baginya; dan barangsiapa ada (mencari-cari) pada Akhiratnya menjadi niatnya maka mengumpulkan oleh Allah (a.w) baginya perkara-perkara yang mereka kehendaki (pada dunianya), dan menjadikannya kecukupan pada hatinya (merasa puas apa yang ada) pada dunia, dan itu dunia hina (maksudnya, pada Allah (a.w) dunia itu tidak ada nilainya sedikitpun).’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud]
Hadith ini menjelaskan bahawa segolongan manusia itu sentiasa berharap-harap dan berusaha mencari dunianya apabila celik matanya. Dalam hal ini Allah (a.w) akan menutup jalan dia untuk mempertingkatkan amalan dan ibadat dan ketqwaannya dan Allah (a.w) tetap memberikan apa yang telah ada dalam Qada’ dan Qadarnya (yakni, mungkin dapat atau mungkin tak dapat seperti yang telah disuratkan). Sebaliknya mereka yang berniat untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaannya dan mencari cara-cara serta kaedah mencapai hasratnya itu, Allah (a.w) akan menyediakannya untuknya dan memudahkannya sambil Allah (a.w) akan memberikannya rasa puas hati sentiasa merasai kecukupan pada keperluan dunianya. Allah (a.w) mengingatkan kita bahawa dunia itu adalah sesuatu yang hina dan akan menghina orang yang berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Mudah-mudahan, Allah (a.w) tidaklah jadikan kita ahli golongan orang yg disebutkan dalam hadith di atas itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment