Assalamualaikum,
Saudara, penulis menerika komen dari beberapa sahabat, termasuklah komen dalam blog ini, supaya diperjelaskan apa yg dimaksudkan sebagai 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau pendeknya 'bid'ah'. Insya Allah, dalam post ini dan beberapa post yg akan datang, kita akan teliti isu atau perkara ini, memadai untuk memberi kefahaman kpd saudara yg Islam dan iman.
Saudara, yg wajib kita fahami, antara lain, beberapa perkara; iaitu: pertama, Islam itu sajalah ugama yg diridai atau diterima Allah (a.w). Maka dgn itu sesiapa yg menganuti ugama selain Islam segala kebaikan yg dilakukannya di dunia tidak memberikan sebarang kemanfaatan (atau, keuntungan) padanya di akhirat kelak. Kerana, sesiapa yg tidak terima Islam, mereka adalah kafir. Dan, setiap orang yg kafir itu di akhirat kelak secara otomatik dicampakkan ke dalam neraka, tanpa perlu dihisab. Kedua, Islam itu adalah ugama ciptaan Allah (a.w). Ugama selain Islam adalah ugama yg dicipta oleh manusia, atau ugama yg asalnya ciptaan Allah (a.w) telah diubah dan dipinda oleh manusia, sehinggakan menjadikannya tidak lagi tulen. Walaupun katalah suatu ugama itu asalnya dari Allah (a.w) spt ugama yg dibawakan oleh Musa (a.s) berlandaskan Kitab Taurat atau ugama yg dibawakan oleh Isa (a.s) berlandaskan Kitab Injil, tetapi apakala disyariatkan Islam oleh Allah (a.w), berlandaskan al-Quran, mereka yg berpegang dgn ugama tersebut, kalaulah masih ada, hendaklah mengambil Islam sebagai gantinya, kerana ugama Allah (a.w) itu telah disempurnakan dan digantikan oleh Islam sehinggalah akhir zaman. Ketiga, Islam dan syariatnya telah sempurna atau disempurnakan oleh Allah (a.w) apakala Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Allah (a.w) mengistiharkan dalam al-Quran dan, Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan pula dalam as-Sunnah, bahawa Islam dan syariatnya telah sempurna. Inilah firman Allah (a.w) pada Ayat 3, Surah al-Maidah di bawah ini:
Firman Allah (a.w): 'Al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu 'alaikum nikmati wa-raditu lakum Islama dinan; ...' (yang bermaksud: 'Pada hari ini telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan untuk kamu sekelian ugama kamu (yakni, Islam) dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu (yakni, nikmat nur Islam) atas kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) reda akan Islam menjadi ugama kamu sekelian.] [Ayat 3, Surah al-Maidah].
Syariat Islam itu tidak berubah kerana yang berkuasa membuat perubahan adalah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sahaja. Allah (a.w) tidak mengutus seorang rasul atau nabi selepas Rasulallah (s.a.w), kerana dia adalah ‘khattamal nabiyin’ (yakni, nabi penyudah atau terakhir). Oleh kerana itu, jika berlaku perubahan atau pinda’an kepada cara dan kaedah amalan dan ibadat atau berubah bentuk-bentuk ibadah dan amalan, maka kita perlulah merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jika, tidak ada dalam al-Quran dan as-Sunnah, pastilah perubahan atau pindaan tersebut tidak sah dan bertentangan dengan ketetapan Islam dan syariat Islam. Kerana, Allah (a.w) telah sempurnakan Islam dan syariatnya. Rasulallah (s.a.w) sendiri sudah mengistiharkan bahawa Islam dan syariatnya sudahpun lengkap dan sempurna. Maka dengan itu jika diubah atau ditokok tambah atau dikurangkan dalam apa jua bentuk maka keaslian atau ketulinan Islam dan syariatnya terjejas. Manusia tidak diberi laluan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) membuat pindaan atau perubahan atau menokok tambah kepada sesuatu yang ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Perintah ini diulangi pula dalam al-Hadith berikut, apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat bahawa syariat ugama Islam itu telah sempurna dengan menyebut bahawa Islam itu seumpama sesuatu yang ‘putih’ –malamnya putih sebagaimana siangnya ‘putih’, yakni sudah jelas lagi terang. Tidak meragukan. Hanya manusia yang mencipta dan melakukan sesuatu yang mereka ragu atau dalam kejahilan walaupun Islam dan syariatnya sudah jelas.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru as-Salami (r.a) berkata sesungguhnya dia mendengar ‘Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat kepada kami oleh Rasulallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan air mata (mereka yang mendengar) daripada nasihat tersebut dan menakutkan dari nasihat tersebut beberapa hati (yang mendengarnya)’. Maka berkata aku (Irbat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya ini nasihat seperti nasihat orang yang (hendak) meninggalkan kami, maka apakah janji atas kami?’ Sabdanya: ‘Sesungguhnya bagi kamu (aku) tinggalkan atas yang putih – malamnya putih dan adapun siangnya putih, jangan sesat (kamu sekelian) sesudahku kecuali rosak (i.e. masuk neraka); Barangsiapa diantara kamu, (yang panjang umur) maka melihat (kamu akan) perselisihan yang banyak (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam), maka (aku mewajibkan) atas kamu dengan barangapa yang tahu atau arif kamu dari sesudahku (yakni, sesudah tiada aku kelak) dari sunnahku dan ‘sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’, gigitlah atasnya dengan gigi geraham, dan diwajibkan atas kamu dengan taat (yakni, taatkan perintah dan suruhan imam atau amir atau ketua) dan sekiranya hamba Habsyi sekalipun (yakni, orang yang sangat dibenci dan tidak disukai sekalipun menjadi imam atau pemimpin kamu); maka sesungguhnya orang yang beriman itu seperti unta di mana (dan ke mana) ditarik diikuti unta (akan tuannya).’ [Hadith Ibnu Majah].
Di dalam hadith di atas itu sekali lagi Rasulallah (s.a.w) mengistiharkan sebagai panduan dan peringatan kita bahawa syariat Islam sudahpun sempurna. Kalau adapun sedikit perubahan, perubahan yang dibawakan oleh khalifah ar-rasyidian al-mahdiyin itu boleh diambilpakai sebagai sah dan benar kerana telahpun disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) semasa hayatnya bahawa sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah sebahagian daripada as-Sunnah. Perubahan selainnya tidak ada landasan nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith maka tidak boleh seseorang yang Islam itu jadikan panduan atau diterima pakai sebagai Islam dan syariatnya.
Saudara, oleh kerana Islam dan syariatnya telah disempurnakan, maka tidak adalah dan tidak wajarlah diubahsuai atau ditambah atau ditokok dgn apa-apa yg lain. Segala-galanya telah cukup. Panduannya adalah dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) telah memberitahu umatnya: 'Aku diberikan oleh Allah (a.w) sebuah Kitab (yakni, al-Quran) dan sesuatu yg menyerupainya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith)'. Justeru itulah sesiapa yg membuat sebarang perubahan kpd ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau menokoktambah atau meminda kpd ketetapan Islam dan syariatnya, maka dia membuat 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau membuat 'bid'ah'. Itulah definisi 'bid'ah'. Maka, jika terdapat sesuartu ketetapan yg tiada di dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka itu tergolong sebagai 'bid'ah'. [Nota: Kalau ada penambahanpun, yg diakui boleh hanyalah tambahan yg dibuat oleh khalifah yg 4 (i.e. Abu Bakar as-Siddik, Omar b Khattab, Othman b Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu 'anhum), kerana 'as-Sunnah' mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), termasuk sunnah mereka yg 4 tersebut. Tambahan pula, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita ikuti khalifah yg empat itu selepas kewafatan beliau. Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) hanya bercakap atas landasan wahyu, maka sabda Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan yg wajib kita akur (Rujuk Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 31, Surah ali-Imran).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment