Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg terdahulu kita telah lihat firman Allah (a.w) memberitahu kita, hambaNya, bahawa ugama Islam atau Islam dan syariatnya sudah sempurna (Ayat 3, Surah al-Maidah). Jika Islam sudah sempurna, maka tiadalah apa-apa yg akan berubah. Islam sebagaimana yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu akan tetap sehinggalah berakhirnya dunia, i.e. kiamat. Jika sudah sempurna Islam itu, maka tidaklah wujud sebaang tokok tambah atau pindaan atau penambahan atau pengurangan kpd segala ketetapannya. Kita sebagai hamba Allah (a.w) yg diperintah oleh Allah (a.w) supaya mengabdikan diri kpdNya sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita, bahawa kita, dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) itu, hendaklah mempastikan bahawa kita penuhi du syarat utama, iaitu: pertama, dgn nita yg betul, dan kedua, sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita gagal menepati salah satu atau kedua-duanya sekali, maka segala amalan dan ibadah kita tidak diterima Allah (a.w). Dengan itu jugala Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dia (Nabi) tinggalkan dua perkara yg jika berpegang kepada kedua-duanya, kita tidak akan sesat selama-lamanya mencari dan mendapatkan jalan yg lurus (i.e. sirataul mustaqim), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah). Counter factualnya adalah: sesiapa yg berpandukan selain dari kedua-duanya, i.e. al-Quran dan as-Sunnah, atau berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan pada masa yg sama berpandukan panduan lain, pasti kita akan sesat. Jelaslah, kemurnian amalan dan ibadah itu bergantung kpd kita menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut. Jika begitu, pastilah segala sesuatu amalan dan ibadah yg dikerjakan tanpa menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - dari segi bentuknya, cara dan kaedahnya, yakni cara dan kaedah diamal dan diibadahkan - tidak lagi murni atau tulen atau bersih (i.e. pure), sudah tercemar dan dicemari oleh sesuatu yg tidak dirdai oleh Allah (a.w). maka, dgn itulah ibadah dan amalan tersebut tidak diterima Allah (a.w).
Itulah yg wajib kita fahami. Satu rumusan yg concise dan precise dan straight forward - pendek dan hak.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan dengan mendengar dan taat, jikapun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan. (dan, dalam hadith lain disebutkan ‘tiap-tiap kesesatan tempatnya di neraka’).’[Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, hadith sahih]
[Nota: Dalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya dalam neraka. Hadith ini menidakkan apa yang dihujjahkan oleh para ulama’ dan ilmuwan arus perdana tentang ‘bid’ah hasanah’ itu]
Saudara, kita akan lihat lagi dalam post-post yg akan datang beberapa hadith lagi menyentuh perkara ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment