Monday, January 3, 2011

Pengisian Azam Tahun Baru - Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah maklum dalam post sebelum ini betapa utama dan petningnya solat dalam konteks kesejahteraan akhirat kita - terutama dalam kontks berjaya atau tidaknya kita mendapat syurga. tapi, jangan lupa, ketetapan yg wajib kita ingat setiap masa, bahawa semua ibdah dan amalan itu hanya diterima Allah (a.w) jika memenuhi dua pra-syarat: Pertama, betul niatnya, bak kata para ulama', ikhlas kerana Allah (a.w), atau mengikut pesanan Allah (a.w) 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna azabahu' (yg bermaksud: Kerana inginkan kerahmatan Allah (a.w) (yakni, mendapat syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (yakni, masuk neraka)).
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa walau bagaimana banyak dan berbagai sekalipun amal dan ibadah kita serta walaupun begitu istiqamah kita mengerjakan amal dan ibadah, kita tidak akan masuk syurga semata-mata kerana amal dan ibadah tersebut. Kita hanya boleh mendapat ganjaran syurga  jika kita Allah (a.w) mengurniakan kerahmatan kpd kita atau kita mendapat kerahmatan Allah (a.w). Hanya dgn kerahmatan Allah (a.w) kita dapat syurga dan terhindar dari neraka, bukan kerana amalan! Tidak mungkin amalan dan iabdah menyamai nikmat yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd kita - nikmat hidup, nikmat rezki yg kita guna untuk kehidupan, nikmat dalam berbagai bentuk dan sifat, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap, hidung untuk membau atau mencium, otak untuk berfikir, tangan untuk memegang, kaki untuk ke sanana ke mari, dan banyak lagi sudah begitu banyak tidak boleh di'bayar' oleh amal dan ibadah kita, walaupun kita bersolat (atau beramal ibadah) selama 95 tahun sebagai contoh!
Maka dgn itulah Allah (a.w) brfirman: 'Jika kamu hendak hitung nikmat Allah (a.w) (yg diberikan) kpdmu (atau, yg kamu dapati), tidak akan terhitung oleh kamu ...' (Ayat 18, Surah an-Nahl).
Segala amalan dan ibadah, walaupun selama 95 tahun, tidak cukup untuk menjadi imbalan atau bayaran terhadap nikmat-nikmat tersebut! hanya 'kerahmatan Allah' sahaja yg membolehkan kita mendapat syurga dan selamat dari neraka. Dan, kerahmatan itu hanya boleh didapati kalaulah kita taatkan Allah (a.w) dan taatkan RasulNya, kerana itu sajalah tiket pasti ke syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa')! Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Berjema'ah dalam Islam itu kerahmatan'. Maksudnya, kalau tidak anuti Islam secara berjema'ah, maka tidak mendapat kerahmatan Allah (a.w). Kerana, Allah (a.w) perintah kita supaya berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan Allah (a.w) juga perintahkan Rasulallah (s.a.w) supaya berjema'ah dalam Islam. Maka, dgn itulah Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita supaya berjema'ah dalam Islam dalam sabdanya: 'Alaikum biljama'ati, wa-iyakum wa-firqati' (yg bermaksud: Diwajibkan atas kamu berjemaah, dan jauhilah berfirqah (atau bermazhab)' dan Rasulallah (s.a.w) juga bersabda: 'Man arada buhbuhatal jannah, falyalzamil jama'ata' (yg bermaksud: Barangsiapa ingin berada di tengaha-tengah Syurga (i.e. pasti dapat syurga), maka tetapilah (atau ikutilah Islam) secara berjema'ah.'. Insya Allah, kita akan huraikan lagi kelak konsep 'berjema'ah' ini apabila kita meneliti sistem kerajaan serta kepimpinan Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kelak. Yg utama kita wajib faham dan ingat adalah syurga hanya boleh didapati dengan kerahmatan Allah (a.w). Tak mungkin kita dapat kerahmatan Allah (a.w) kalaulah kita tak solat, tak puasa, tak keluar zakat dan tak infaq fi sabilillah dan tak naik haji. Dan, kita hanya mendapat kerahmatan Allah (a.w) jika kita Islam secara berjema'ah, tanpa berjema'ah tak mungkin Allah (a.w) rahmati kita.
Saudara, demikianlah ketetapan Allah (a.w) tentang Islam,. syurga, neraka, kerahmatan dan jema'ah itu. Pokok pangkalnya, meninggalkan solat, pasti kita tidak mendapat kerahmatanNya. Dan, kalau kita solat dgn cara dan kaedah yg tak betul pula, solat kita ditolak. Kalau ibadah solat kita tertolak, sama dgn kita tidak bersolat. kalau tidak solat, samalah kita dgn orang kafir! Nerakalah menmpah kita pula. Maka, oleh kerana itu wajib kita faham bentuk-bentuk solat, cara dan kaedah bersolat, dan rukun-rukun qalbi, qauli dan feilinya, kita kerjakan menepati 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' itu.
Insya Allah, kita akan teliti dalam post yg akan datang dan seterusnya, supaya kita tahu dan faham, dan suopaya kita confident bahawa ibadah solat kita diterima Allah (a.w).

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment