Monday, January 24, 2011

Kata-kata Hikmah Hari Ini

Assalamualaikum,
saudara, kata-kata hikmah kita pagi ini adalah nasihat Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dunia ini rumah bagi orang yang tiada mempunyai rumah di akhirat, dan harta orang yang tidak berharta di akhirat, dan yang mengumpulnya (keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal.’ [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, ada tiga dimensi nasihat Rasulallah (s.a.w) itu, iaitu: pertama, orang yg taksubkan atau terlalu utamakan atau cintakan duniawi itu diibaratkan sebagai orang yg ada tempat tinggal di dunia tetapi tiada tempat tinggal untuknya di akhirat. Memang kita memiliki rumah di dunia - ada diantara kita yg memiliki bukan sekadar rumah tetapi mahligai atau istana yg tersergam indah dan besar dgn di kawal pula oleh penjaga keselamatan yg khas, ada CCTV dan sebagainya, sehinggakan bil air dan letriknyapun melebihi RM 3,000 sebulan pula. Orang yg cintakan dunia, tiada rumah diakhirat - dalam ertikata rumah yg selesa dan selamat di akhirat yg juga besar-besar semuanya, siap dgn penjaga rumah, pembantu rumah dan isteri-isteri yg ramai pula, kerana rumah orang yg gagal di akhirat hanyalah satu yg tidak selamat dan tidak selesa iaitu neraka jahanam. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa orang yg cintakan dunia memiliki begitu banyak harta kekayaan yg berbagai - rumah seumpama mahligai, kereta yg mewah dan berbagai emas perak intan berlian yg bernilai dan wang ringgit berguni-guni di dalam simpanan dan sebagainya, tapi di akhirat kalau di neraka pastilah tiada hartapun - kain bajupun takda, pembantu rumahpun tak ada. Yg ada adalah malaikat, Malik Zabaniah, yg bengis dan kasar dan yg tidakpun mempedulikan keperluan kita, menjaga neraka. Orang yg cintakan akhirat memiliki segala-galanya. Fikirkanlah orang yg termiskin di akhirat itu memiliki kekayaan seumpama 10 kali dunia dan isinya. Itu yg termiskin. Kalau terkaya (seumpama para rasul dan para nabi) bagaimana? Setiap rumah orang miskin dalam syurga itu ada 70 buah bilik dan setiap bilik ada khurul 'ain yg menunggu membelai kita dan memberikan sepenuh kasih sayang. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) seolah-olah mencemuh dan menyindir kita pula. Sudahlah takda rumah dan harta di akhirat, kita pula dikatakan orang yg tidak berakal. Siapa yg tidak berakal? Pastilah orang yg gila dan tidak siuman. Orang yg tidak siuman itu melakukan segala sesuatu yg tidak masuk akal. Kerana di akhirat kelak ada orang yg melapahkan badannya dgn pisau, menggunting pula lidahnya dgn gunting dan seumpamanya - perbuatan orang yg tidak berakal. Di duniapun kita dah lihat perilaku dan kelakuan orang yg mereng. Begitulah kelak kita apakala kita abaikan akhirat dan tidak bersedia untuknya, wal iya zubillah.
Saudara, mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita petunjuk dan menolong kita di dunia untuk mempastikan di akhirat kita ada rumah ada harta dan hidup dgn selesa dan selamat, insya Allah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Tuan,

    Saya terbaca satu jawapan dari Uztaz Farid Ravi dalam Blog http://jomfaham.blogspot.com yang berkaitan dengan mazhab, mungkin tuan boleh huraikan tentang perkara ini dengan lebih jelas.

    Ramai juga yang rasanya keliru dengan istilah "ulil amri minkum" dan akhirnya mereka terus menerus menerima bulat bulat isu mazhab2 tanpa memahami ilmu.

    ReplyDelete