Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kita telahpun lihat apakah bentuk azam tahun baru bagi seseorang yg iman - orang yg yakin bahawa akan tiba ajal matinya, dan apabila mati, yg dapat menolongnya di alam barzah dan alam akhirat hanyalah amalan dan ibadahnya dalam menjalankan tanggungjawab yg diperintahkan Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat itu: 'Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu (Allah (a.w)).' [Ayat 56, Surah az-Zariat]. Bukan sebarang amalan dan ibadah, tetapi amalan dan ibadah yg duikerjakan yg menepati dua syarat: Pertama, betul niatnya (iaitu menepati ketetapan Ayat 57, Surah al-Isra', yakni kerana mencari dan mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurgaNya) dan takutkan siksaanNya (i.e. dijauhkan dari neraka).' Kedua, kesemua amalan dan ibadah itu -fardu ataupun sunat - hendaklah sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika salah satu atau kedua-dua syarat ini tidak dipenuhi, maka amalan dan ibadah itu tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, kita telah diperingatkan oleh Allah (a.w): 'Janganlah kamu kerjakan (atau lakukan) sesuatu amalan dan ibadah itu tanpa terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya' [Ayat 36, Surah al-Isra']. Dan, Rasulallah (s.a.w) mengulangi peringatan Allah (a.w) itu dalam as-Sunnah dgn sabdanya: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah.' [Hadith]. Justeru itu, dalam mengerjakan amalan dan ibadah wajiblah kita belajar atau mengaji tentang amalan atau ibdah yg hendak kita kerjakan terlebih dahulu. Insya Allah, dalam post ini dan beberapa post yg akan muncul kita teliti bagaimana bersolat berdasarkan ketetapan as-Sunnah.
Dalam perkara solat - solat fardu ataupun sunat - Rasulallah (s.a.w) memberi panduan yg fundamental dgn sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni ussolli' (yg bermaksud: 'Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat' [Hadith Bukhari]. Bagaimana kita tahu cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat? Kta perlu lihat as-Sunnah, yakni belajar al-Hadith, kerana as-Sunnah menjelaskan segala seuatu tentang Islam dan syariatnya, termasuk perincian ibadah dan amalan yg diwajib atau disunatkan orang Islam dan iman mengerjakannya. Contoh: Dalam perkara wudu', walaupun disebutkan dalam Ayat 6, Surah al-Maidah bagaimana secara prinsipnya, secara terperincinya diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Begitulah ibadah dan amalan selainnya, termasuklah solat. Maka dgn itu jika kita tidak pelajari as-Sunnah sudah pastilah wudu' dan solat kita tidak menepati ketetapan-ketetapan al-Quran dan as-Sunnah di atas tadi. Jika tidak tepat atau sejajar, maka rugilah kita. Solat kita tidak diterima, sia-sia saja!
Saudara, setelah berwudu' kita hendaklah mulakan solat mengikut ketetapan as-Sunnah berikut: 'Iza qumta ilas-solati fakabbir, thumma aqrau ma tayassara ma'aka minal-Qurani ...' (yg bermaksud: Ketika kamu berdiri untuk solat maka bertakbirlah (i.e. Takbiratul Ikhram), kemudian bacalah apa-apa yg mudah beserta kamu daripada ayat-ayat al-Quran (i.e. selepas al-Fatihah, surah al-Quran dan telah kita hafal)'. [Hadith Muslim, Kitab Solat]
Saudara, alangkah mudahnya mengerjakan amalan dan ibadah dalam Islam jikalah kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Sudahlah mudah, segala amal dan iabdah kita diterima pula oleh Allah (a.w).
Insya Allah, kita akan lihat satu per satu rukuan qalbi, rukun qauli, dan rukun fe'li dalam berwudu' dan bersolat dalam post-post selanjutnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment