Sunday, January 16, 2011

Keuntungan Belajar Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita tentang dalil as-Sunnah bahawa belajar dan mengajarkan ilmu untuk sama-sama menguntungkan akhirat orang yg belajar dan mengajarkannya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Umamah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian dengan ini ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah) sebelum bahawasanya dihilangkan (ilmu). Dan dihilangkankan (ilmu) bahawa diangkat (ilmu)’. Dan dikumpulkanlah (kata Abi Umamah) dua jarinya iaitu jari tengah dan jari yang terdekat kepada ibu jari (yakni, jari telunjuk) begini (kata Abi Umamah menunjukkan perbuatan Rasulallah (s.a.w)), kemudian (kata abi Umamah) bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Orang yang mengajarkan ilmu dan orang yang belajar ilmu sama sahaja kedua-duanya di dalam mendapat ganjaran pahala (dari Allah (a.w)). Dan tidak ada kebaikan di dalam seluruh manusia (selain belajar ilmu dan mengajarkannya).’ [Hadith ibnu Majah]. 
Hadith di atas ini memberitahu kita dua ketetapan Rasulallah (s.a.w): iaitu, pertama wajib atas setiap yang Islam itu belajar dan menguasai ilmu mengenai ugamanya; dan kedua, ilmu itu akan hilang dan diangkat ke langit. Di dalam hadith lain diperjelaskan bahawa ilmu mengenai syariat Islam itu akan hilang atau terangkat ke langit bukan kerana dihilangkan oleh Allah (a.w), tetapi kerana para ulama’ (yakni, orang yang berilmu) semakin sukar dicari apabila mereka seorang demi seorang mati. Kerana mati mereka maka ilmunya berkubur dengannya. Ilmu itu akan hilang apakala para ilmuan mati dan tidak ada orang yang ingin belajar ilmunya sebelum matinya, maka hazanah tersebut lenyap. 
Di dalam sepotong hadith yg lain disebutkan bahawa kesuburan ilmu dalam Islam itu kekal selagi generasi muda mahu belajar ilmu dari generasi tua yg berilmu. Apabila generasi muda tidak mahu belajar ilmu, maka akan lenyap dan pupuslah ilmu dan akan datanglah semula kegelapan zaman jahiliah (i.e. zaman sebelum datangnya  Islam), dan hilanglah cahaya keiIslaman dan keimanan yg sebenarnya. Masa itu ketika diperlukan ilmu, maka manusia akan belajar dari orang yg jahil yg mengwar-warkan bahawa dirinya berilmu walhal dia hanyalah pintar bercakap dan mempengaruhi orang lain.
Di dalam hadith di atas juga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa orang yang mengajarkan ilmu dan orang yang belajar ilmu sama-sama mendapat ganjaran pahala daripada Allah (a.w). Juga, tidak ada kebaikan di kalangan manusia apakala ilmu itu hilang kerana manusia hidup dalam kejahilan dan masyarakat tidak mendapat panduan hidup yang diredhai oleh Allah (a.w).
Saudara, sebenarnya orang yg berilmu dan bersedia pula mengajarkan ilmunya mendapat keuntungan yg banyak. Mengajarkan ilmu seumpama membuat pelaburan ketika di dunia untuk mendapat dividen di akhirat. Orang yg mengajar generasi A dan kemudian generasi A yg mendapt ilmu daripadanya mengajarkan pula generasi B dan generasi B pula mengajarkan genarasi C dan seterusnya ad infinity, maka yg mengajar mendapat dividen akhirat yg banyak selagi ilmu yg diamalkan oleh yg diajarnya dan yg mendapat ilmu ajarkan pula kpd orang lain. Orang yg belajar dan mengamalkan ilmunya mendapat pahala dan dia pula mengirim pahala kpd orang yg mengajarnya tanpa pahalanya sendiri dikurangkan. Fikirkanlah cummulative effect pengajaran dan pengajian ilmu yg haq dalam Islam. Ilmu adalah satu daripada tiga peninggalan kita ketika kita mati yg boleh menghasilkan pahala ketika kita sudahpun mati dan tidak dapat lagi beramal demi akhirat kita. Masya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment