Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg sebelum ini kita telah jelaskan secara renkas apakah yg dimaksudkan dgn 'ulil amri' dan 'jema'ah' dalam Islam serta hubungan antra pemimpin (i.e. imam) dgn Jema'ah (i.e. rukyahnya). Kita juga telah teliti bahawa dalam Islam ketaatan itu amat utama. maka dgn itu syurga itu hanya didapati melalui ketaatan - ketaatan kpd Allah (a.w), ketaaatan kpd Rasulallah (s.a.w) dan ketaatan kpd 'ulil amri' yg diketuai oleh Imam. Tidak ada perkumpulan dalam Islam, kecuali Jema'ah. Maka dgn itu tidak ada dalam ketetapan al-Quran atau as-Sunnah tentang ketetapan didbolehkan bermazhab atau berfirqah.
Saudara, mungkin ada para ulama' dan ilmuwan Islam yg menyatakan bahawa sistem kenegaraan dan kemasyarakatan Islam serta peraturan-peraturan mengenai syariat Islam dan mengenai pentadbiran atau pemerintaan Islam diasaskan lebih 1,400 tahun dahulu, maka ada sesuatu yg 'ketinggalan zaman atau 'jumud' atau hanya sesuai untuk zaman Rasulallah (s.a.w) atau zaman khalifah yg empat sahaja. Sekarang sistem dan proses tersebut perlu diubahsuai atau disesuaikan dgn zaman! Ini adalah pendapat yg batil. Ini adalah pendapat orang yg bernaggapan bahawa Islam dan ketetapannya ada 'tarikh sah' atau 'tarikh lakunya' atau 'tarikh luput' dan sebagainya, sebagaimana barangan yg dijual di supermarket! Dengan lain perkataan, mereka berpendapat wajar beberapa sistem dan sab-sistem dalam Islam itu perlukan perubbahan dan rombakan atau pengubahsuaian. Inilah mungkin asas mereka berpendapat bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah' dalam amalan dan ibadah itu.
Saudara, Islam itu adalah 'ad-Din' kata para ulama', yakni satu sistem total merangkumi segala dimensi dan perpsektif - ibadah dan amalan, cara hidup, perhubungan antara manusia dgn manusia, sistem pemerintahan dan kerajaan atau kenegaraan, sistem ekonomi dan kewangan, sistem perundangan, sistem dan kaedah serta peraturan pemerintahan ummah dan banyak dimensi lagi. Maka dgn itu,Islam bukanlah semata-mata ugama. Islam itu juga sistem yg timeless, i.e. tidak dijumudkan oleh masa dan zaman. Kenapa? Islam itu adalah ugama Allah (a.w) yg sudah disempurnakan. Maka dgn itu tidak perlu lagi Allah (a.w) mengutus seorang rasul atau nabi selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). Jika Islam itu belum sempurna, maka Allah (a.w) akan mengutus seorang rasul atau nabi untuk membimbing manusia dan diturunkan pula sebuah kitab yg lain pula!
Justeru itulah, Allah (a.w) dalam firmannya pada Ayat 3, Surah al-Maidah telah menyebutkan bahawa Islam dan syariatnya (i.e. segala sistem dan sub-sistemnya) sudah sempurna 80 hari sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Jika Islam itu sudah sempurna, maka tidak wajarlah manusia membuat sebarang perubahan atau penyesuaiankpd Islam dan syariatnya! kalau dibuat juga bererti Islam dan syairat didapat defective apabila manusia hendak laksanakan sistemnya pada zaman-zaman akhir! Jika ada yg berpendapat sedemikian, jelaslah ada manusia berpandangan bahawa ilmu Allah (a.w) itu tidak sempurna, kerana keperluan msyarakat manusia akhir zaman - yang jauh berbeza dari zaman Rasulallah (s.a.w) dan sahabat - pastilah berbeza dan berlainan sama sekali. Tambahan pula kemajuan pemikiran manusia dan ilmu dunia begitu meluas dan kompleks sehinggakan ada yg berfikiran bahawa ada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg jumud dan perlukan penyesuaian! Orang-orang yg berfikiran sedemikian itu jelaslah sudah menjadi syirik atau kafir, seolah-olah mereka berpandangan ada kuasa atau kepandaian atau kebijaksanaan yg melebihi kuasa atau kepandaian atau kebijaksanaan Allah (a.w)! wal iya zubillah.
Saudara, Kita telah jelaskan bahawa Allah (a.w) tidakpun memberi nilai kpd dunia. Sehinggakan Allah (a.w) menyebutkan bahawa jikalah dunia ini nilainya lebih tinggi dari kepak seekor lalat, maka orang yg tidak mahu bertuhankan atau mengabdikan diri kpdNya itu tidak akan diberi seteguk air untuk diminum mereka di dunia. Tapi, Allah (a.w) itu bersifat 'ar-Rahmannya', i.e. maha pengasih, diberiNya rezki kpd semua manusia tanpa mengiran mereka Islam, iman, syirik, kafir atau sebagainya. Siapa yg berusaha di dunia diberikan rezkinya sejajar dgn apa yg sudah diqadarkan untuknya. Allah (a.w) dgn sifat 'ar-Rahimnya', i.e. penyayang, di akhirat kelak hanya yg berimana, bertakwa dan taat serta Islam sahaja yg diberi layanan oleh Allah (a.w), di dalam syurga.
Saudara, orang yg selamat dan diselamatkan adalah mereka yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, terutama Ayat 13, Surah an-Nisa' itu.
Jazakallahu khairah
(Bersambung ...)
'
No comments:
Post a Comment