Tuesday, January 4, 2011

Kekecohan di Selangor: Perlantikan SUK

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin saudara dah baca atau terbaca kekecohan yg berlaku di sana, yg dilapurkan oleh banyak akhbar, akibat dari pertembungan badai politik antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan, berikutan perlantikan SUK Selangor yg baru.
Saudara, pada pandangan penulis Dato' Mohd Khusrin Munawi, ketika menjadi Pengarah JAIS sebelum ini, kurang bijak mentadbirkan JAIS. Malah beliau senagaja bertindak menimbulkan permasalahan kpd Kerajaan Negeri Selnagor, terutama MB Selangor sendiri, memperkecilkan tokoh-tokoh ugama seumopama Dr Abdullah Yasin, penceramah bebas, dan Dr Mohd Asri Zainol Abidin, bekas Mufti Perlis, dan tokoh-tokoh politik orang ugama seumpama Mursyidul PAS, Dato Nik Aziz, yg juga MB Kelantan dan banyak lagi personaliti politik dan orang ugama. Oleh itu tidak hairanlah yg MB Selangor sebagai mengetuai kerajaan negeri yg inginkan ukhuwah Islamiah diberi keutamaan dalam urusan kerajaan dan pentadbiran, kurang setuju dgn perlantikan tersebut. Beliau juga, kemungkinan besar, tidakpun dimaklumkan oleh Khusrin dalam tindakan-tindakan yg sensitif dalam banyak perkara, sebagaimana sepatutnya yg diamalkan oleh penjawat awam yg melaksanakan dasar dan tanggungjawab melibatkan pentadbiran dan politik negeri - dimana-manapun.
Saudara boleh fikirkan apakah wajar dan patut seorang penjawat awam tidak peka dgn sensitiviti pentadbiran dan kerajaan dan politik. Fikirkanlah kalau KSN, umpamanya, dalam melaksanakan tugas-tugasnya yg melibatkan sensitiviti perhubungan ekonomi dan politik dan diplomatik luar negara yg penting kpd Malaysia, dia bertindak tanpa berbincang dgn PM? Apa akan jadi katalah apabila SUK Johor melakukan atau membuat keputusan sesuatu yg sensitif kpd pelabur asing yg ingin didorongkan melabur ke Wilayah Pembangunan Sri Iskandar? Pastilah dia terlebih dahulu - malah sering melapurkan segala perkembangan kpd - MB Johor. Rasanya, Khusrin bertindak sendirian seolah-olah dia memiliki kuasa mutlak dalam perkara melibatkan organisasi yg dia ketuai!
Saudara, walau apapun yg ditulis dalam Perlembagaan Negeri Selangor, spt yg disebutkan oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal b Abu Bakar, kelaziman dan tatasusila serta ukhuwah yg sering menjadi tulang belakang dalam pentadbiran undang-undang yg berkaitan Perlembagaan dan hubungan antara kerajaan (pusat mahupun negeri), musyawarah telah dijadikan kelaziman. Dalam perlantikan SUK negeri, walaupun SPA diberikuasa mengikut undang-undang, namun adalah menjadi kelaziman serta saling hormat menghormati bahawa KSN akan berunding dgn YB dahulu dan kemudian MB akan merundingkan dgn DYMM Sultan. Kuasa Sultan tidak mutlak. Kuasa MB mutlak dalam mentadbirkan negeri yg diperintah oleh Parti yg memerintah. KSN juga tiada kuasa mutlak, tapi nampaknya KSN sekarang kurang sensisit dan kurang berkhemah dan kurang diplomatik. Sepatutnya beliau rundingkan semasak-masaknya isu perkllentikan ini terlebih dahulu. Namun, beliau pilih jalan pintas. Beliau seolah-olah mencabar kewibawaan MB Selnagor yg dipilih rakyat, tak kiralah parti apapun!
Saudara,  dalam perkara pentadbiran negeri, MB dgn ExConya menentukan segala sesuatu di bawah bidang kuasa negeri dan kuasa bersama dalam Perlembagaan. SUK, PKN dan PUNN hanyaah ex-Officio dalam ExCo atau MMK, tiada kuas mengundi terhadap apa jua keputusan MB dgn ExConya. Mereka hanya penasihat, kalaulah nasihat mereka diperlukan oleh MB dan ExCo. Apakah kerajaan negeri akan lumpuh kalau SUK tak terlibat dalam mesyuarat Ex-Co? Tidak. MB boleh arahkan Timbalan SUK dan pegawai-pegawai lain laksanakan keutusan Ex-Co. Keputusan menjadi masalah kalaulah DYMM Sultan tak mau sains keputusan Ex-Co supaya sah! Tapi, Sultan tiada kuasa veto dalam perkara pentadbiran negeri. Malah saudara mungkin ingat semasa kepimipinan Tun Dr Mahathir dulu pernah timbul kris perlembagaan apakala SPB Yg DiPertuan Agung tidak mahu menandatangai ketetapan kerajaan pimpinnnya. Maka undang-undang (i.e. Perlembagaan) telah dipinda. Tindakan bijak DYMM adalah tidak capur tangan dalam urusan kerajaan negeri. kalau beliau ingin juga terlibat, maka beliau terpaksalah bertanding kerusi DUN dan kemudian dilantik menjadi MB untuk mengetuai kerajaan negeri. Mertabat beliau sebagai DYMM Sultan tak perlu dicemarkan sedemikian rupa! kalau SUK tak dilbatkan langsung dalam pentadbiran, maka beliau akan jagi 'tunggul' memegang jawatan yg dihormati tetapi tidak berfungsi! kalau dia pula menyulitkan pelaksanaan keputusan kerajaan negeri, dia tiada kuasa dan tiada hak, kerana, walau apapun yg kita katakan, hak mentadbirkan kerajaan dan rakyat Selangor terletak pada MB dan Ex-Conya.
Mudah-mudahan semua pihak, terutama KSN, mendapat kewarasannya semula berfikir dan bertindak, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment