Tuesday, January 18, 2011

Tujuan Batil Belajar dan Mengajarkan Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita telah lihat dalam post yg lalu bahawa Rasulallah (s.a.w) memberi kita tiga motif sesorang itu belajar dan mengajarkan ilmu mengenai Islam dan segala sesuatu mengenainya kerana keduniaan. Dan, kita diberitahu akibtanya. dalam hadith berikut kita lihat ketetapan Rasulallah (s.a.w) sama mengenai perkara tersebut:
Hadith berikut juga menjelaskan motif yang sama bagi seseorang yang belajar dan mengajarkan ilmu ugamanya kerana tujuan duniawi, seperti dapat bergaul dengan orang-orang kenamaan, terutama pemimpin negara dan masyarakat dan membolehkan dia berjinak-jinak di kalangan pemimpin dan orang yang berkuasa dan berpengaruh. Orang ini juga bermotif batil dan keduniaan kerana dipergunakan ilmu dan kedudukannya bukan untuk mengembangkan syariat Islam yang haq, atau memimpin masyarakatnya yang jahil, tetapi menggunakan ilmunya untuk menegakkan kebatilan pula. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata dari Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya manusia dari umatku nescaya belajar dia (dan) mengajar dia di dalam (ilmu) ugamanya, dan membaca al-Quran, dan dikatakan kepada mereka: ‘Datang dia pada beberapa amir (yakni, pemimpin atau mereka yang berkuasa dan berpengaruh dalam masyarakatnya) maka mendapatkan (dia kedudukan di kalangan mereka atau diberikan keistimewaan dan kedudukan bersama-sama mereka) di dunia mereka (yakni, dalam pemerintahan atau pentadbiran umatnya) dan memisahi mereka dengan dunianya (yakni, tidak dipergunakan ilmu ugamanya untuk menegakkan ugamanya tetapi semata-mata untuk memperelokkan dunianya mengikut pendapat dan kepandaiannya maka menjadilah dunianya itu tidak menjadi sebahagian daripada akhiratnya, atau persiapan untuk akhiratnya), dan tidak demikian, seperti memetik dia kayu berduri kecuali (yang) didapatinya (adalah) duri. Tidak demikian dari dekat mereka (kepada Tuhannya) kecuali dosa (yakni, menjadikan dia hampir kepada perkara-perkara dosa kerana hujjah dan pendapat dan buah fikirannya bercanggah dengan syariat ugamanya kerana ilmu ugamanya dipergunakan untuk keduniaan semata-mata).’ Berkata Muhammad bin Sabbah (r.a), istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w): ‘Ada baginya’, yakni ‘dekat pada dosa.’ [Hadith Ibnu Majah]. 
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa orang yang sedemikian itu tidak mendapat kebaikan daripada usahanya dan ilmunya seolah-olah seseorang yang memetik kayu yang berduri (yakni, membuat perkara yang berdosa), walaupun mungkin tidak mencederakannya banyak (yakni, mendapat dosa yang besar dan memudaratkan akhiratnya), namun, walau bagaimana berjaga-jagapun dia, pasti terkena duri kayu tersebut (yakni, pasti akan mendapat dosa juga walaupun sedikit). Diperjelaskan oleh seorang perawi bahawa pasti mendapat dosa kerana perbuatannya itu. 
Hadith di atas itu juga menjelaskan lagi tujuan duniawi mereka yang belajar ilmu bukan ikhlas kerana Allah (a.w) atau kerana ingin merapatkan dirinya kepada Allah (a.w) dalam mengerjakan amal dan ibadah. Atau, tujuannya untuk memperbaiki keimanan dan ketaqwaannya, tetapi tujuannya adalah untuk merapatkan dirinya kepada para pembesar dan pemimpin supaya menjadilah mereka orang yang dipercayai oleh pemimpin (seperti sebagai penasihat atau perunding) dan orang yang mereka bergantung untuk mendapat nasihat dan panduan segala sesuatu mengenai syariat ugamanya, termasuk bagaimana mensesuaikan tuntuan ugama supaya membolehkan sesuatu urusan duniawi dibolehkan atau dihalalkan. Kedudukan tersebut juga menjadikan mereka renggang dengan ugamanya apabila dia berbuat atau bercakap atau memberi pandangan sesuatu yang menjauhkan dia dari syariat ugamanya yang haq. Dalam kedudukan sedemikian, kerana motif duniawinya lebih utama, maka besar kemungkinan dia kompromikan syariat ugamanya kerana kepentingan orang sekelilingnya dan pemimpinnya demi kepentingan peribadi dan duniawinya.  Maka terjerumus juga dia ke dalam neraka. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment