Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg diberi kesempatan oleh Allah (a.w) untuk mendalami ilmu dunia sehingga mencapai mercunya, spt memperolehi ijazah Sarjana, lebih-lebih lagi Ph D atau Doktor Falsafah, kita wajib bersyukur. Kerana, Allah (a.w) bekalkan kita dgn otak yg pintar lagi tajam. Kerana pencapaian tersebut kita bergelar 'Dr'. Kita diberi tempat serta kedudukan istimewa dalam masyarakat dan kita disanjung oleh orang sebagai seorang yg bijak lagi pintar dan mendalam pula ilmu pengetahuan dunianya. Itulah kejayaan dunia. Walaupun begitu, kita hanyalah mendapat keuntungan di dunia. Di akhirat belum tahu kita beruntung!
saudara,
keuntungan akhirat itu juga berdasarkan ilmu yg kita manfaatkan untuk kehidupan akhirat kita. Sesungguhnya kehidupan akhirat itu mengikut firman Allah (a.w) adalah kehidupan yg sebenarnya. Kerana ianya lebih lama dan lebih kekal. Kita hidup di dunia pada amnya - on average, bak sabda Rasulallah (s.a.w) - hanyalah sekadar 60 atau 70 tahun sahaja. Kehidupan akhirat itu tidak ada waktu penamatnya. Maka dgn itulah dalam kita menyerlahkan diri di dunia melalui ilmu pengetahuan, hendaklah kita lebih menumpukan kpd usaha menyerlahkan kehidupan akhirat kita.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) taala (i.e. yg maha luhur) murka kepada setiap orang yg pandai (atau bijak dan pintar) tentang ilmu dunianya (tetapi orang yg) bodoh (atau jahil) dgn ilmu akhiratnya.' [Hadith al-Hakim dan ad-Dalamiyi]
Saudara, ketetapan as-Sunnah ini bukanlah satu ancaman semata-mata, kerana ianya merupakan ketetapan atau keputusan yg pasti. Seseorang yg bijasana dalam ilmu dunia itu, jika dia tidak pula mempeljari atau melengkapkan dirinya dgn ilmu akhiratnya sehingga ke tahap yg dia dapat dianggap pandai dan bijak dalam ilmu akhiratnya, pasti dimurkai Allah (a.w). Kerana perkara akhirat itu lebih utama dari perkara dunia. Sepatutnya kita sama-sama mengutamakan akhirat dalam kita mengutamakan dunia kita. Tapi, tidaklah sampai kita remehkan atau nomborduakan akhirat dan nomborsatukan dunia kita. Ramai orang Islam yg kononnya beilmu, tidak memahami Islam dan syariatnya, kerana mereka tidak belajar al-Quran dan as-Sunnah, lebih-lebih lagi ilmu as-Sunnah. Kerana ilmu akhirat itu tiada nilai di dunia ...
Saudara, hari ini kita lihat begitu ramai orang Islam yg bergelar Professor atau Dr atau al-Hafiz dan sebagainya yg melambangkan tahap pencapaian ilmu dunia mereka dalam apa jua bidang, termasuklah bidang akademik atau dalam bidang profesionalisma spt akauntan, ekonomis, peguam, jurutera dan sebagainya. Tapi, apakah mereka itu juga memiliki ilmu akhirat yg setaraf dgn ilmu dunianya? Mungkin ada, tetapi kebanyakannya jahil dalam ilmu dunianya! Ada yg pintar dalam ilmu dunia, kerana kedudukannya atau kerana recognition yg diberikan oleh masyrakat, mereka belajar sedikit ilmu akhirat demi dunianya pula, bercakap seolah-olah ilmu akhiratnya begitu meluas pula. Maka dia meraih keuntungan dari bayaran tinggi lagi lumayan yg dikenakan olehnya untuk bercakap atau berceramah atau membuat pandangan mengenai ugama pula, walhal mereka sebenarnya jahil!
Ketetaan as-Sunnah ini ditujukan bukan semata kpd orang yg pintar dalam ilmu dunia, tetapi kpd semua kita yg Islam. Janganlah kita bijak mengurus dunia kita tapi bodoh dalam menguruskan akhirat kita pula. Itulah mesej yg disampaikan. Hendaklah kita bijak urusi dunia kita dgn ilmu dunia kita dan bijak pula urusi akhirat kita dgn ilmu akhirat kita. Ilmu akhirat itu adalah kefahaman tentang al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment