Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tahu kaedah dan cara mandi junub dan wudu' mengikut kaedah atau cara as-Sunnah. Yg wajib kita ingat adalah jika kita terlupa atau tidak menyebut kalimah 'Bismillah' ketika berwudu' atau ketika nak mandi junub, wudu' atau mandi junub kita tidak sah. Apabila kedua-dua atau salah satunya tak sah, kita berdosa memagang al-Quran apa lagi membacanya. Kalau kita di Mekah untuk Tawaf, maka tak sah Tawaf kita.
Diriwayatkan hadith dari Abdul Muhaimin b Abbas b Sahal b Sa'ad as-Sa'idi, hadith dari bapanya, hadith dari datuknya hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada solat bagi orang yg tidak ada wudu' baginya, dan tidak ada wudu' bagi orang yg tidak membaca (atau menyebut) nama Allah (a.w) (yakni, Bismillah), dan tidak ada solat bagi orang yg tidak berselawat atas Nabi ...'[Hadith ibnu Majah, Kitab Toharah (Bersuci)]
Hadith pendek di atas itu memberikan tiga ketetapan yg mutlak: pertama, tidak sah solat jika tidak sah wudu'; kedua, tidak sah wudu' jika tidak disebut 'Bismillah' ketika hendak berwudu' [Nota: Kalau tak dilafazkan niat tak apa-apa]; dan ketiga, tidak sah solat jika tidak berselawat atas Nabi (s.a.w). Jelasnya kalimah 'Bismillah' itu amat penting disebut untuk sahnya wudu' kita. Tentang 'selawat atas Nabi (s.a.w)' itu, kita tak perlu risau kerana ketika kita membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir dalam solat memangnya kita baca kalimah-kalimah selawat itu bermula dgn kalimah 'Allahumma solli 'ala Muhammad ... ' sampai habis tahiyat kita. [Nota: Perintah berselawat atas Nabi itu adalah perintah Allah (a.w) dalam al-Quran (Ayat 56, Surah al-Ahzab). Malah, jika kita membaca khutbah - Solat Jum'at dan Solat Aid - tidak berselawat, maka tidak sah khutbah tersebut].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment