Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita dapat tahu bahawa ada sekurang-kurangnya 3 sebab mengapa kita 'wajib' mengerjakan solat-solat sunat itu, iaitu: pertama, kerana untuk membuktikan bahawa kita adalah hamba Allah (a.w) yg syukurkan nikmat yg kita terima yg banyak dan berbagai sekian lama kita hidup; kedua, untuk mengikis sebahagian drpd dosa-dosa kita yg kita lakukan dgn sengaja atau tanpa disedari di masa-masa lalu sambil meningkatkan darjat keimanan serta ketakwaan kita kpd Allah (a.w); dan ketiga, yg lebih utama, untuk menampal segala kekurangan dalam ibadah solat fardu kita selama ini. Pertimbangan ketiga ini lebih utama, kerana kalaulah yg menentukan apakah kita dapat syurga atau neraka itu bergantung mainly kpd prestasi solat fardu kita dan kekurangan (atau deficiencies) solat fardu itu boleh diminimalkan melalui ibadah-ibadah solat sunat, mengapa tidak kita ambil peluang, ketika kita masih berkesempatan? Tambahan pula, ibadah solat fardulah yg menentukan nilai hisaban ibadah-ibadah fardu dan sunat yg lain, maka lebih utama kita beri tumpuan kpd mengerjakan solat-solat sunat.
Saudara,
dalam post ini kita lihat sambil lalu apakah bentuk-bentuk ibadah solat sunat yg boleh kita kerjakan. Sebahagian telahpun kita teliti dalam konteks solat-solat mengiringi waktu (ada orang sebut Solat Rawatib). Kita senaraikan di bawah ini:
(a) Siang Hari
1. Solat Duha - dibuat dua-dua rakaat satu salam di waktu duha (lazimnya antara jam 8.30 hingga 10.30 pagi) sebanyak 4 (paling minima) atau 12 rakaat (i.e. dua solat atau enam solat setiap satu dua rakaat) (paling banyak, atau maksimum);
2. Solat Taubat (2 rakaat) - selepas waktu duha (kira-kira jam 11.30 hingga 12.00 tengahari).
3. Solat Tasbih - 4 rakaat satu salam
3. Solat Tasbih - 4 rakaat satu salam
(b) Malam Hari
1. Solat Sunat Maghrib - 6 rakaat dibuat dua-dua rakaat satu salam (selepas selesai solat Maghrib)
2. Solat Tahajjud - Dua-dua rakaat dibuat sekuat mampu, tapi sekurang-kurangnya dua rakaat. [Nota: Rasulallah (s.a.w) bersolat 11 rakaat malam hari - bulan puasa ataupun bukan bulan puasa, termasuk Solat Witir satu atau 3 rakaat. Jadi Solat Tahajjudnya adalah 8 atau 10 rakaat di buat dua-dua rakaat disudahi dgn satu salam, i.e. 5 solat atau 4 solat Tahajjud dibuat dua-dua rakaat disedahi dgn satu salam, i.e. sebanyak 4 Solat tahajjud.];
3. Solat Witir - dibuat satu rakaat atau tiga rakaat disudahi dgn satu salam [Nota: Solat Witir hanyalah ada satu saja setiap malam. As-Sunnah menetapkan bahawa setiap orang iman itu seumpama diwajibkan mengerjakan Solat Witir setiap malam.];
[Nota: Solat Witir hendaklah dijadikan solat penutup kpd solat-solat malam. Namun, Rasulallah (s.a.w) tidak pula menghalang Abu Bakar (r.a) bersolat witir sebelum tidur, manakala Omar (r.a) megerjakan Solat Witir di akhir malam selepas selesai mengerjakan solat-solat malam.]
4. Solat Tasbih - empat rakaat [Nota: Ramai umat Islam terkeliru tentang solat ini, kerana dibuat dua-dua rakaat disudahi dgn satu salam setiap satu. Malah mutawif Tabung Haji dan mutawif syarikat pakej haji Tabung Haji sendiripun tersilap. Yg betulnya, Solat Tasbih itu, yg dibuat waktu amalam ataupun siang hendaklah 4 rakaat disudahi dgn satu salam. Kita akan berikan nas dan dalil hadithnya kemudian nanti].
4. Solat Tasbih - empat rakaat [Nota: Ramai umat Islam terkeliru tentang solat ini, kerana dibuat dua-dua rakaat disudahi dgn satu salam setiap satu. Malah mutawif Tabung Haji dan mutawif syarikat pakej haji Tabung Haji sendiripun tersilap. Yg betulnya, Solat Tasbih itu, yg dibuat waktu amalam ataupun siang hendaklah 4 rakaat disudahi dgn satu salam. Kita akan berikan nas dan dalil hadithnya kemudian nanti].
(c) Lain-lain solat (boleh buat malam atau siang)
1. Solat Haajat - dua rakaat satu salam
2. Solat Isthiharah - dua rakaat satu salam
3. Solat Tasbih - solat 4 rakaat satu salam dengan membaca kalimah-kalimah tasbih yg khusus disudahi satu salam. Lazimnya malam Jum'at tapi boleh dibuat siang hari atau malam hari mana-mana hari [Nota: Solat Tasbih ini, jika tidak berkesempatan dikerjakan waktu malam, bolehlah dibuat siang hari dalam waktu duha.];
4. Solat Tahiyatal Masjid - dua rakaat setiap kali kita masuk masjid;
5. Solat setiap kali selepas mengambil Wudu' [Nota: Bilal b Rabah mengerjakannya sehinggakan bunyi seliparnya kedengaran di syurga ketika dia masih hidup];
6. Solat sunat dua rakaat setiap selesai mendengar Azan untuk solat fardu.
Saudara,
Ada banyak lagi solat kata ramai para ustaz dan guru ugama, tapi yg penting adalah spt yg disenaraikan itu. Itupun tak terbuat oleh kita. [Nota: Yg utama dalam ibadah solat sunat bukanlah jumlah solat yg kita buat, tapi hendaklah pertamanya dibuat di rumah, tanpa diketahui oleh orang lain, bagi mengelakkan kita terasa syok sendiri dan riak pula; kedua, bagi solat-solat malam itu dikerjakan selepas bangun tidur ketika masuk 1/3 terakhir malam, kerana kita dapat 'menemui Allah (a.w)' yg akan memberikan tiga permintaan kita [Nota: Sila rujuk perkara bangun malam dlm post yg dulu-dulu]; dan ketiga, hendaklah kualiti diutamakan dari segi kekhusyukan dalam solat; dan keempat, hendaklah membaca surah-surah yg panjang.
Insya Allah, kita akan lihat ketetapan as-Sunnah menyentuh solat-solat sunat ini untuk membolehkan kita lebih faham bagaimana hendak mengerjakannya.
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment