Tuesday, January 4, 2011

Pembaharuan dalam Solat?

Assalamualaikum
Saudara, dalam meneliti isi dan mesej post-post yg lalu menegnai pelaksanaan Azam Tahun Baru kita, khusus tentang solat, itu mungkin saudara terperasan beberapa perkara, antaranya adalah: pertama, bacaan (i.e. rukun qaulu) ketika Rukuk dan Sujud. Ketika kita Ruku' kita baca hanya: 'Subhana rabbial a'zim' sahaja', tidak ada ditambah dgn kalimah 'wa-bihamdih'. Kerana, itu sajalah tasbih Ruku' Rasulallah (s.a.w). beliau tidak sebut kalimah 'wa-bihamdihi'. Begitu jugalah dgn Tasbih Sujud, iaitu: 'Subhana rabbial 'ala' tanpa menambah dgn kalimah 'wa-bihahamdihi'. Aasnya sama, Rasulallah (s.a.w) tak buat. kalau kita menepati perintah Allah (a.w) bahawa kita wajib jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai contoh ikutan (yakni, 'uswatun hasanah') dalam solat, maka tidaklah kita menambah kpd rukun qauli solat, kerana tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). Kalau kita tambah, kita terlibat dalam apa yg disebutkan sebagai 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah, kerana semua atau tiap-tiap penambahan atau perubahan kpd ketetapan asli dalam Islam dan syariatnya, khususnya dalam ibadah solat, adalah batil.
Malangnya, hari ini begitu berleluasa dan sudah menjadi darah daging di kalangan masyarakat Melayu menerima pandangan dan pendapat para ulama' kononnya ada apa yg mereka istilahkan 'bid'ah hasanah'. Tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran mahupun as-Sunnah bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah', kerana Rasulalah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap atau tiap-tiap bid'ah adalah kesesatan, setiap kesesatan bagi pelakunya akan dicampakkan ke dalam neraka. Apakah kita yakin dgn ketetapn ulama' atau ilmuwan walhal secara pasti dan jelas ditegah oleh Rasulallah (s.a.w)? Adakah kita fikir, ketetapan ulama' akan diterima Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu diketepikan Allah (a.w)? Atau, sama-sama diterima Allah (a.w)? Pastilah Allah (a.w) terima ketetapan Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) yg wahyukan segala kata-kata dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (rujuk Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi). Ingatkan kita ikut manusia kita akan sesat. Kita ikuti Rasulallah (s.a.w) pasti kita benar dan menepati perintah Allah (a.w)!
Dan, Allah (a.w) memberitahu pada Ayat 28, Surah al-Fath: 'Dialah (i.e. Allah (a.w)) yg mengutus RasulNya dgn membawa hidayah dan ugama yg haq (i.e. benar) supaya meniggikannya mengalahkan lain-lain ugama kesemuanya; dan cukuplah Allah (a.w) sebagai saksi.' [Ayat 28, Surah al-Fath]. Hidayah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu adalah petunjuk bagaimana mengabdikan diri secara benar kpd Allah (a.w), khususnya bagaimana hendak berada di atas 'siratal mustaqim' itu, kerana itulah saja jalan mendapat kerahmatan, dan kerana itu, syurga Allah (a.w). Ayat ini adalah nas dan dalil menunjukkan bahawa ugama Islam itu tidak boleh disamakan atau disamatarafkan dgn ugama-ugama lain yg dicipta manusia.[Nota-6: Sesiapa yg yakin semua  ugama itu sama, jelas sudah menjadi kafir!]
Memang benar kalimah 'wa-bihamdihi' itu adalah kalimah yg baik. Malah disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya baca sebagai zikir atau wirid atau doa harian. Contoh: Dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kefadhalan kalimah tersebut:
Menceritakan hadith dari Rauhu b 'uadat hadith dari Hajjaj as-Sauwafi hadith dari abi Zubir hadith dari Jabir hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berkata (yakni, membaca atau menyebut): 'Subhanallahil-'azimi wa-bihamdihi' (yg bermaksud: Maha suci Allah (a.w) Zat yg Maha Agung dan Zat yg Maha Terpuji) ditanamkan oleh Allah (a.w) satu pohon baginya di dalam syurga.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Doa] Dan, hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari malik b Anas hadith dari Summayi hadith dari abi Solleh hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berkata (yakni, berzikir atau berdoa dgn kalimah) 'Subhanallahi wa-bihamdihi' sebanyak 100 kali diampunkan baginya dosa-dosanya dan jika adapun dosa-dosanya seumpama buih-bih di permukaan air lautan (banyaknya).' [Hadith at-Termidzi, Bab Doa]
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan kefadhalan membaca doa atau kalimah zikir tersebut 100 kali, diampunkan Allah (a.w) dosa-dosa kecilnya walaupun dosa-dosa tersebut sebanyak bih di permukaan air lautan dunia. Ini adalah doa atau zikir bukanlah untuk dibaca dalam solat, kerana tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai bacaan dalam solat.
Saudara, 
seperkara lagi yg mungkin disedari oleh pembaca post/blog ini, iaitu tiada Doa Qunut dalam Solat Subuh. Sesiapa yg mengaji atau belajar ilmu as-Sunnah (i.e. sekurang-kurangnya kitab-kitab Kuttubul Sittah,iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'ie, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majjah), mereka akan tahu dan faham mengapa tiada Doa Qunut pada Solat Subuh. Telah dibayangkan dalam post yg lalu bahawa Rasulallah (s.a.w) ada memerintahkan kesemua pemimpin umat Islam di merata tempat zamannya supaya membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir kesemua solat fardu (i.e. kelima-lima waktu) sebelum Sujud setiap hari selama sebulan. jadi, ketika berSolat Subuh Rasulallah (s.a.w) ada membaca Qunut, tapi bukanlah Qunut yg kita baca dewasa ini. Yg dibaca adalah doa Qunut Nazilah. Insya Allah, kita akan teliti secara lebih lengkap Qunut Nazilah ini dalam post yg akan datang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment