Saturday, January 15, 2011

Keuntungan Belajar Ilmu

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita sering bercakap tentang segala sesuatu dgn merujuk kpd tajuk 'ilmu'. Sememangnya blog ini adalah ditujukan untuk menghapuskan kejahilan umat Islam tentang Islam dan syariatnya melalui ilmu. Tanpa ilmu yg haq itu, segala amalan dan ibadah kita itu akan tersilap dan tersasar jauh. Sia-sia saja. Kerana kita telahpun teliti firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' yg menyebut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermasksud: Dan, janganlah kamu membuat sesuatu (yakni, amalan, ibadah dan apa jua pekerjaan mengenai Islam dan syariatnya) tanpa kamu terlebih dahulu memiliki ilmu mengenainya (i.e. perkara atau amalan atau ibadah yg dikerjakan itu).' [Ayat 36, Surah al-Isra']
Saudara, Islam mengutamakan ilmu. Rasulallah (s.a.w) diutuskan Allah (a.w) untuk mengajarkan manusia ilmu tentang bagaimana hendak memperhambakan diri kpd Allah (a.w) sejajar dgn perintah Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat: ' Wa-ma khalaqtul jinna wal-insya illa liya'budini' (yg bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia, kecuali semata-mata untuk mengabdikan diri kpdKu (Allah).' [Ayat 57, Surah az-Zariat]
Tanpa ilmu bagaimanakah mungkin kita boleh mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) dgn betul, menepati ketetapannya (i.e. spesifikasiNya) dan segala amalan dan ibadah kita itu sah dan diterimaNya dgn pasti? Tanpa ilmu, bagaimanakah mungkin kita dapat dikeluarkan dari alam kegelapan kekufuran dalam alam jahiliah dan masuk ke alam keimanan, terkeluar dari kekufuran? Tanpa ilmu bagaimana mungkin kita faham dan membuat pilihan yg tepat di dunia supaya apabila kita mati kita menjadi ahli syurga dan bukanlah ahli neraka. 
Firman Allah (a.w): 'Fariqun fi jannati, wa-fariqun fis-sya'iri' (yg bermaksud: Segolongan masuk syurga, segoongan masuk neraka.) [Ayat  7, Surah asy-Syuri]
Allah (a.w) beri kita dua pilihan sahaja di akhirat, maka semasa di dunia, kita sediakan diri, dan buat pilihan. Kerana setelah kita mati (yakni, di akhirat kita tak dapat memilih lagi, kita hanya terima saja): iaitu, syurga atau neraka, tiada jalan tengah.
Tanpa ilmu, bagaimana mungkin kita faham bahawa ada tiga golongan orang yg mengakui dirinya Islam, iaitu: pertama, orang yg bertaqwa; kedua, orang yg iman, dan ketiga orang yg Islam. Tanpa ilmu bagaimana mungkin kita faham bahawa setiap kita yg Islam akan masuk neraka apabila kiamat dunia, kecualilah kita tidak berdosa (atau, dosa kita telah ditaubatkan dan Allah (a.w) menerima taubat kita). Kerana kejahilanlah meajoriti umat Islam tidak kesahkan mencari ilmu dan belajar ilmu yg diwajibkan oleh Islam, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana kejahilanlah, majoriti orang Islam beranggapan bahawa kerana dia Islam, kerana dia mengucap dua kalimah syahadah, atau ketika nak mati dia menyebut kalimah 'lailaha ilallah', dia masuk syurga! Kerana kejahilanlah juga majoriti umat Islam ambil mudah Islam, mengerjakan amalan dan ibadah tanpa landasan ilmu. Walhal, ayat yg kita rujuk di atas itu jelas memperingatkan kita bahawa amal dan ibadah yg dikerjakan tanpa ilmu tidak diterima Allah (a.w)! Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) peringatkan umatnya: 'Al-ilmu qabla 'amal' (yg maksudnya: Berilmulah dahulu sebelum beramal)
Saudara, tanpa ilmu, bagaimana mungkin kita faham sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Sistem pemerintahan Islam atau sistem sosio-politik Islam itu berlainan dari sistem ciptaan manusia, sebagaimana Islam itu ugama ciptaan Allah (a.w) berlainan dari ugama ciptaan manusia. Kerana tidak faham tentang islam, disebabkan kejahilanlah, maka Ayat 103, Surah ali-Imran itu tidak difahami oleh ramai para ulama' dan ilmuwan Islam. Allah (a.w) perintah umat Islam anuti Islam secara berjema'ah, tapi yg dijema'ahkan hanyalah dalam solat saja!
Kerana kejahilan jugalah majoriti umat Islam silaptakrifkan peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa di akhir zaman kelak, sekarang sudahpun bermula, umat Islam berpecah menjadi 73 firqah atau mazhab atau golongan, semuanya Islam, tapi hanya satu golongan mendapat syurga: iaitu golongan yg berpandukan as-Sunnah dan menganuti Islam secara berjema'ah. Kerana kejahilanlah juga para ulama' silap tafsirkan peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa daripada 1,000 orang yg akui dirinya Islam, hanya seorang yg berjaya mendapat syurga!
Saudara, kerana kejahilanlah juga para ulama' dan ilmuwan Islam merasa selesa dan mereka menyakini merekalah tergolong dalam golongan yg disebutkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'! Walhal, siapa 'ahlus sunnah wal-jama'ah'? Kita dah jelaskan. Tapi, kita sebutkan sekali lagi dgn rengkas. Ada dua perkara dalam istikah ini, iaitu: pertama, 'ahli as-Sunnah'; dan kedua, 'ahli (atau anggota) al-jama'ah'. Jelas. Kalau 'ahli as-Sunna'h sewajarnyalah dia berilmu (i.e. 'alim), faham dan faqih tentang as-Sunnah. Kalau dia 'ahli atau anggota jema'ah' sewajarnyalah ada jema'ah yg mereka jadi ahli atau anggotanya! Adakah mereka yg akui diri mereka 'ahlus as-Sunnah wal-jama'ah' itu berilmu, faham dan faqih tentang as-Sunnah? Adakah juga mereka telah menubuhkan suatu jema'ah dan kerana itu mereka menjadi 'ahli jema'ah' tersebut?

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment