Thursday, January 20, 2011

Kata-kata Hikmah Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara. kita lihat kata-kata hikmat dalam sabda Rasulallah (s.a.w) hari ini sebagai panduan kita sebagai seorang Islam yg beriman: 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Zarr (r.a) yang bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) tentang beberapa nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh beliau meningkatkan ketaqwaan (yakni, takutkan Allah (a.w)) kerana ia (yakni, ketaqwaan) boleh membentuk keperibadian luhur yang menjadi asas segala tindakan dan perlakuan yang menyelubungi jiwa seorang yang beriman...' Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lihatlah kepada mereka yang berada di bawah kamu supaya (dengan kerana itu) kamu membiasakan diri merasa syukur terhadap nikmat Allah (a.w), dan janganlah kamu melihat orang yang berada di atas kamu (dengan kerana itu) nanti kamu akan menjadi tidak bersyukur terhadap pemberian Allah (a.w) kepada kamu.’ Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarlah salah silap kamu menjadikan kamu tidak mencemuh orang lain. Dan janganlah mencari salah silap orang lain, kerana kamu sendiri melakukan kesalahan sedemikian. Tidak wajar kamu menyatakan salah silap orang lain dengan mencari kesilapannya, kerana salah silap sedemikian itu kamu sendiri memilikinya tanpa kamu sendiri sedari akan wujudnya...'
[Hadith Sahih ibnu Hibban]
Saudara,
Hadith ini adalah sebahagian drpd hadith yg panjang, yg kita ambil dua sahaja drpd nasihat yg diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) kpd Abu Zarr (r.a) yg meminta nasihat pada beliau.Dua dimensi yg disebutkan dalam hadith ini adalah: pertama, hendklah kita membiasakan diri melihat kpd keadaan atau situasi orang lain yg berada di bawah kita dari segi kedudukan keduniaan. Maksudnya, kalau kita disuatu tahap ekonomi, yg utama untuk mensyukuri kedudukan kita hendaklah kita mlihat ke bawah kpd mereka yg serba serbi atau sekurang-kurangnya dalam beberapa perkara dia rendah dari kedudukan kita. Maka dgn itu kita akan terasa betetapa bertuahnya kita berbanding dgn mereka. Kalau kita melihat situasi atau kedudukan orang yg berada di atas, yakni lebih dalam beberapa perkara dari kita kita akan terasa bahawa kita kekurangan sesuatu, dan ini menyebabkan kita merasa gusar kerana tidak mendapat nikmat yg lebih sebagaimana mereka. 
Kedua, janganlah kita jadikan tabiat sentiasa mencemuh atau melihat keburukan orang lain, walhal keburukan kita sendiri kita tidak endahkan atau lupakan, kerana jika kita teliti dan renungkan pasti kita akan mendapati bahawa kita mungkin membuat kesilapan yg banyak atau mempunyai keburukan yg mungkin lebih banyak dari orang yg kita anggap buruk atau melakukan keburukan. Justeru itu, janganlah kita membiasai melihat salah silap orang lain dan lupakan kesilapan kita.
Saudara, jikalah kita amat-amati dan internalise dua nasihat Rasulallah (s.a.w), kita tidak akan membangga diri dan merasa dengki terhadap orang lain dan kita lebih merasai bahawa kita sudah mendapat lebih daripada yg sepatutnya dan kita akan lebih merendah diri, tidak merasa bongkak dan sombong dan tidak menghina orang lain, kerana kemungkinan apabila kita bandingkan diri kita dgn orang yg kita hina, mungkin kita lebih buruk lagi.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment