Assalamualaikum,
Saudara, ada pengikut atau pembaca blog ini bertanya apakah ilmu dunia itu memberi ganjaran pahala kpd orang yg mengaji atau mempelajari ilmunya atau mengajarkan dan mengembangkan ilmu dunianya. Satu isu yg menarik dan amat relevan kita bincangkan. Secara logiknya, kita semua tahu bahawa kita perlukan ilmu dunia untuk hidup di dunia. Lebih banyak ilmu dunia kita lebih memanfaatkan kita. Dan, lebih mendalam ilmu kita maka kita mendapat penghormatan dan sanjungan serta memungkinkan kita mencari sumber pendapatan yg lebih banyak dan berbagai yg diterjemahkan kpd sumber saraan hidup kita semasa di dunia. Itu jelas. Pada Islam dunia adalah persiapan untuk akhirat. Maka dgn itu sesiapa yg lebih berilmu dalam dunianya, maka ilmunya memungkinkan dia mencari maisya atau rezki untuk hidup lebih selesa dan berkuasa pula di dunia. Dgn sumber hidup yg lebih baik, melalui ilmunya, maka dia memiliki kuasa atas dunianya - memungkinkan dia berkuasa atas sumber yg mendatangkan keuntunagn yg banyak baginya, dgn izin Allah (a.w). Maka dikatakan orang bahawa 'knowledge is power'.
Saudara, melalui penguasaan atas sumber kerana ilmunya, seseorang itu jadi lebih kaya dan mewah berbanding orang lain yg kurang ilmunya. Orang-orang yg kaya dan mewah di dunia ini memiliki ilmu yg mereka bijak manfaatkan untuk dunia mereka. Bagi seorang yg Islam, mungkin ada yg tidak inginkan kekayaan dan kemewahan di dunia. Kerana sifat zuhud. Tapi, kalau mereka benar-benar beriman, mereka pasti akan mencari kekayaan dari rezki yg dicurahkan oleh Allah (a.w) di bumi, bukan kerana ingin berseronoh dgn kemewahan, bukan hendak menonjolkan diri, berlagak sombong dan takbur atau riak terhadap manusia, tetapi dgn kekayaan dan kemewahan itu, mereka lebih mampu kerana berpeluang lebih menyediakan diri lebih mudah untuk memperolehi kajayaan di akhirat pula. Maka dgn itulah dalam al-Quran kerapkali difirmankan oleh Allah (a.w) tentang kewajipan menginfaq, selain mengeluarkan zakat. Infaq itu tiada had dalam Islam. Zakat ada hadnya. Tapi, infaq untuk fi sabilillah tiada hadnya. Maka dgn itu orang kaya yg beriman pastilah sentiasa mencari kekayaan supaya dia boleh mengainfaqkan lebih banyak rezki yg diterimanya demi membela ugama Allah (a.w) dan membantu saudara-saudara Islam lain yg memerlukan bantuan dan pertolongan untuk dunia mereka dan untuk akhirat mereka. Orang-orang yg kayalah memiliki peluang terbanyak untuk menempah tempat terbaik di dalam syurga di akhirat, ketika berada di dunia.
Saudara, isunya: apakah ilmu dunia yg dipelajari memberi pahala kpd orang yg mempelajarinya? Apakah ilmu dunia yg diajarkan kpd orang lain atau yg disebar dan dikembangkan mendapat pahala pada orang yg mengajarkan atau menyebarluaskan ilmu mereka? Tidak ada ketetapan yg khusus mengenai perkara ini. Tidak ada sandaran as-Sunnah yg jelas apakah mempelajari ilmu dunia dan mengembangkan ilmu dunia itu mendatangkan pahala akhirat.
Cuba kita lihat hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun wama siwa zalika fahua fadlun, ayatun muhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun adilatun' (yg bermaksud: Adapun ilmu yg wajib dipelajari (dan dikembangkan) itu ada tiga, adapun ilmu selainnya adalah baik (juga dipelajari); (yg wajib itu) ayat-ayat yg menghukum (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah yg tegak (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) dan hukum faraid yg adil (i.e. ilmu faraid).' [Hadith Abu Daud & ibnu Majah.]
Jelaslah, ilmu selain al-Quran dan as-Sunnah dan hukum faraid, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) di atas itu baik dipelajari. Tapi untuk dunia. Yakni baik untuk dunia. Ilmu yg tiga itu bukan sahaja baik tetapi wajib dipelajari demi dunia dan demi akhirat seseorang itu. Hanya ilmu yg tiga itu sahaja apabila dipelajari atau diajarkan mendapat pahala untuk akhirat.Pahala yg didapati dari megajarkan ilmu dunia itu adalah pahala sampingan saja, kerana kita mencelikkan manusia supaya dunia mereka lebih baik dgn ilmu yg mereka dapati, dgn harapan, kalau dia Islam, dia boleh membaca dan menulis, maka boleh memahami Islam dan tuntutannya. Itu saja.
Pada Allah (a.w) dunia itu tidak ada nilainya sedikitpun. Di dalam hadith berikut disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) kalaulah dunia dan isinya nilainya sama dengan kepak atau sayap lalat, pasti Allah (a.w) tidak akan memberi rezki kepada seorang kafirpun. Maksudnya sudah pasti orang kafir itu dimusnahkan Allah (a.w) kerana kekufuran mereka. Tetapi, kerana tidak berinilai, maka dibiarkanNya walaupun mereka menentang (kafir), kekal hidup dan balasan kekufuran mereka atau kekafiran mereka akan diberikan di akhirat kelak. [Nota: Orang Islam yg tidak kerjakan perintah adalah kufur, sama semacam orang kafir juga]
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Lau kanatid dunya tazinu ‘indallahi janaha ba’udatin ma saqa minha kafiran syurbata main abadan.' [Maksud; Seandainya kehidupan di dunia dan kesenangannya seimbang beratnya (yakni, sama nilainya dengan) sayap seekor lalat di hadapan (yakni, di sisi) Tuhan (yakni, Allah (a.w)), maka tidak seorang kafirpun akan diberiNya seteguk airpun (untuk diminum oleh mereka) selama-lamanya.][Hadith at-Termidzi].
Maka dengan itulah Allah (a.w) menyebut dalam ayat berikut bahawa orang-orang kafir itu hidup di dunia lebih hina dari binatang atau haiwan yg hidup, mereka makan sebagaimana haiwan makan, tetapi mereka tidak mensyukuri kurniaan Allah (a.w), walaupun mereka memiliki otak untuk berifikir supaya mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) mereka lebih dungu daripada haiwan, kerana ada otak tidak digunakan untuk berfikir kesudahan mereka kelak.
Firman Allah (a.w): 'Innallaha yudkhilul lazina amanu wa-‘amilus solihati jannatin … (hingga akhir ayat) … wan-naru mathwal-lahum.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai. Dan orang-orang yang kafir (dan yg kufur) itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang (kerana mereka tidak syukur kepada Allah (a.w) yang memberi rezki kepada mereka dan tidak endahkan perintah Allah (a.w) yang menyuruh mereka mengabdikan diri kepadaNya). Dan (di akhirat kelak) neraka adalah tempat tinggal mereka (kerana orang yang kafir tidak sekali-kali mendapat syurga).][Ayat 12, Surah Muhammad].
Bersandarkan nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah yg kita teliti ini, tidaklah ada nilai ilmu dunia itu di sisi Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) mengajak manusia, hambaNya, untuk utamakan akhirat dan jangan utamakan dunia. Dunia hanyalah persiapan untuk akhirat. kalau tiada nilai pada Allah (a.w) maka tiadalah pahala mempelajari dan menyebarkan ilmu dunia itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment