Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita tonjolkan tiga perkara, iaitu: pertama, Azam Tahun Baru kita (khususnya bagaimana mungkin kita boleh mendapat syurga dan selamat dari neraka dgn mempastikan bahawa kita kirimkan pahala amalan dan ibadah kita yg diterima Allah (a.w) demi kebajikan akhirat kita); dan kedua, bagaimana bersolat yg menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' itu), kerana solat adalah amalan atau ibadah yg terutama sebagai seorang Islam yg beriman. Solatlah yg menentukan apakah kita kekal dalam Islam atau kita terkeluar dari Islam; dan apakah hisaban akhirat kita lancar dan mudah atau perit dan susah; dan apakah kesudahan kita ke syurga atau ke neraka? Ketiga, kita telah bincangkan agak terperinci tentang 'pembaharuan dalam perkara ugama atau pendeknya 'bid'ah', kerana bid'ah juga menentukan apakah kita kekal Islam atau terkeluar dari Islam; atau apakah segala amalan dan ibadah kita yg kita kerjakan dgn penuh istiqamah serta bersusah payah selama ini, itu diterima Allah (a.w) atau tidak?
Saudara,
kita juga telah tinjau sedikit bahawa selepas solat itu janganlah kita terus bingkas bangun buat perkara lain, sebelum kita berwirid, berzikir mengingati Allah (a.w) dan memuji-muji Allah (a.w) sebagai satu cara kita bersyukur kpdNya yg telah memberikan kpd kita begitu banyak nikmat yg tidak mungkin dapat kita hitung.
Firman Allah (a.w): 'Faiza qadaitumus-solata fazkurullaha qiaman wa-qu'udan wa-'ala junubikum , faiza 'amaknantum fa-aqimus solata innas-solata kanat 'alal mukminina kitaban mauquta' (yg bermaksud: maka ketika sudah menyelesaikan solat kamu, maka ingatkanlah Allah (a.w) ketika berdiri dan (ketika) duduk, dan (ketika) di atas lembung (perut, yakni berbaring), maka ketika sudah tenang kamu, maka tetapilah akan solat; sesungguhnya solat itu adalah/menjadi (yakni, atas) orang iman ditulis (yakni, kewajipan) pada waktu-waktu yg ditentukan). [Ayat 103, Surah an-Nisa']
Ada tiga ketetapan yg jelas dalam firman Allah (a.w) itu; iaitu: pertama, setelah selesai bersolat, hendaklah ingatkan Allah (a.w) dalam apa keadaan sekalipin; kedua, ketika kita hendak solat hendaklah dalam keadaan tenang jangan terburu-buru, seumpama berlari mendapatkan jema'ah yg sudah mula solat; ketiga, solat itu hendaklah dikerjaka dalam waktunya; dan keempat, solat itu disaksikan, kerana ditulis oleh malaikat dalam Kitab Catatan Amalan kita. Maka jelaslah, janganlah kita tergesa-gesa, tanpa berzikir, beriwirid dan berdoa selepas selesai bersolat.
Saudara, doa itu adalah satu amalan. malah satu ibadah yg amat disukai oleh Allah (a.w). Allah (a.w) wajibkan kita berdoa kpdNya:

Firman Allah (a.w): 'Wa-qala rabbukum ud-'uni astajib lakum; innal lazina yastakbiruna 'an 'ibadati sayadkhuluna jahannama dakhirin' (yg bermaksud: Dan telah berfirman Tuhan kamu sekelian (i.e. Allah): 'Berdoalah kpdKu nescaya Aku (Allah) kabulkan permintaan kamu; sesungguhnya orang-orang yg takbur (i.e. sombong) dari beribadah (yakni, berdoa) kpdKu akan Aku masukkan ke dalam neraka jahannam dalam kehinaan.' [Ayat 60, Surah al-Ghafir][Nota: Surah al-Ghafir ini dalam resam lain dinamakan Surah al-Mukmin]
Saudara,
dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) yg memberitahu bahawa 'doa' itu adalah otak kpd segala ibadah. Maksudnya, apa saja ibadah yg tidak disertai dgn doa, ibdah itu cacat sebagaimana cacatnya manusia yg otaknya cacat. Dalam satu hadith yg lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 'doa' itu adalah amalan yg amat disukai Allah (a.w). Kalau disukai Allah (a.w), kita buat pastilah Allah (a.w) suka kpd kita, i.e. orang yg melakukannya. Malah dalam ayat tersebut diperingatkan oleh Allah (a.w) sesiapa yg enggan berdoa kpdNya, pasti akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai orang yg amat hina, kerana dia sombong. Iblis atau syaitan itu sombong. Apabila diperintahkan oleh Allah (a.w) tunduk menghormati Adam (a.s) yg dicipta sendiri oleh Allah (a.w) dia menolak perintah dgn penuh takbur. Maka, as-Sunnah menyebutkan bahawa orang yg ada sifat atau perasaan sombong dalam hatinya, walaupun sebesar zarrah, kata Rasulallah (s.a.w), tidak akan masuk syurga, wal iyazubillah. Kerana sombong adalah sifat yg amat keji sebagaimana sifat syaitan yg sombong dgn kejadiannya, tidak mau dia tunduk menghormati Adam (a.s) kerana Adam dijadikan dari tanah, dan sombong dia tidak mau akur dgn perintah Allah (a.w) apabila disuruh 'sujud' kpd Adam. Sombong dia pada Allah (a.w). Maka dgn itu sesiapa yg tidak mau berdoa dikira sombong oleh Allah (a.w). Oleh itu berwaspadalah.
[Nota: 'Doa' yg diterima adalah doa dalam bahasa Arab kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah bahawa 'doa' adalah satu ibadah, sebagaimana solat. Bagi mereka yg tidak hafal doa dalam kalimah asalnya (ie. dalam al-Quran dan as-Sunnah) berusahalah menghafalnya]

Jazakallahu khairah.
.
No comments:
Post a Comment