Assalamualaikum,
Saudara, spt dijanjikan kita akan huraikan dan prjelaskan mesej yg terkandung dalam hadith yg dimuatkan dalam post sebelum ini. Kita muatkan semula hadith tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (a.w) (yakni, ikhlas kerana Allah (a.w) dan kerana hendak memperbaiki amalan dan ibadatnya, dan diakhirat kelak dapat menemui Allah (a.w) , dapat syurga dan melihat wajahNya), tidak belajar dia ilmu (kecuali) untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia (yakni, bertujuan meraih keuntungan atau kekayaan kerana bayaran oleh mereka yang menuntut ilmu daripadanya), (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai dia bau syurga pada hari qiamat.’ [Kata perawi: istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) ‘Baunya syurga’]. [Hadith Ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Saudara, Seseorang Islam yang menuntut ilmu mengenai Islam dan syariatnya adalah dengan tujuan untuk mengetahui dengan haq dan betul bagaimana hendak mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w) melalui amalan dan ibadahnya supaya segala amalan dan ibadahnya menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kerana setiap amalan dan ibadah yg, selepas niatnya betul, tidak mengikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah terbatal atau tidak diterima atau ditolak! Dengan itu matlamat mengaji ilmu adalah mendapat kepastian bahawa yg belajar itu berada di jalan yang benar dan haq bagaimana menjadi seorang Islam yang terpandu supaya apabila dibangkitkan kelak di akhirat akan diterimanya Kitab Catitan Amalannya yang mengandungi segala perlakuan yg diterima oleh Allah (a.w). Maka dengan itulah Allah (a.w) redha kepadanya, dan mendapat nikmat Islam sepenuhnya masuk syurga, dengan kerahmatanNya jua. [Nota: Rujuk Ayat 13, Surah an-Nisa' yg menyatakan dgn pasti sesiapa yg berpandu dgn al-Quran dan as-Sunnah dan beramal dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti mendapat syurga].Dengan ilmu dan amalan itu maka dia akan terhindar dari seksaan dalam neraka dan mendapat nikmat yang terbaik pula iaitu masuk syurga, dan terutamanya melihat wajah Allah (a.w).
Orang Islam itu dilarang sama sekali mengaji dan menuntut ilmu kerana tujuan selain itu. Jika tujuan itu kerana mendapatkan sesuatu semasa di dunia, terutama kerana mencari dan mengumpul harta dengan memperalatkan ilmu yang ada padanya, orang itu tidak berpeluang mencium bau syurga, tak usahlah hendak masuk syurga. Mengikut hadith bau syurga itu tercium dan semerbak, yakni boleh terbau, oleh orang Islam sejauh 60,000 tahun perjalanan? Begitulah mudaratnya mereka yang mencari ilmu untuk mengumpul harta.
Di zaman kita ini ramai para ilmuan dan ulama’ (orang alim Islam) menuntut ilmu kerana mencari harta dunia. Masakan tidak! Sekiranya dia berilmu dan pandai pula menyampaikan ilmunya, menarik minat orang mendengarnya dan mudah orang faham apa yang disampaikannya, maka dimintanya bayaran yang lumayan untuk menyampaikan secebis ilmu. Ada ulama’ yang sememangnya ditugaskan untuk berdakwah atau menyampaikan ilmu, dibayar gaji bulanan kerana tugas-tugas sedemikian, tetapi berdolak dalih dia dalam melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan keatas dirinya, kemudian mencari dan mengemukakan pelbagai alasan tidak keluar pejabat untuk menyampaikannya. Tetapi, orang yang sama, apabila diminta menyampaikan kuliah atau ceramah atau syarahan dengan bayaran yang lumayan, maka segera dia bersetuju membuatnya! Inilah contoh orang yang disebutkan dalam hadith di atas yang tidak berpeluang untuk mencium bau syurga!
[Nota-1:Mengikut sepotong hadith tidak ada nikmat yang teristemewa dan terbaik selain peluang menikmati wajah Allah (a.w). Umat Islam yang mendapat syurga di akhirat kelak sahaja yang dapat melihat wajah Allah (a.w), nikmat yang paling besar di syurga.
Nota-2: Hari ini, kita akan teemui banyak orang Islam yang berilmu (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) menggunakan kepandaiannya membubuh harga kepada perkhidmatannya untuk mengajar, menyebar atau mengembangkan ilmu yang ada padanya. Adalah tanggung jawabnya menyampaikan ilmu serta mengembangkan ilmu tanpa meminta upah. Tetapi, sebaliknya mereka hanya bersedia mengajarkan dan mengembangkan ilmunya dengan upah atau bayaran. Malah meminta upah yang banyak dan lumayan pula. Mereka ini tergolong dalam kategori orang yang mencari dan mendapat ilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesenangan dan kemewahan dunia. Mereka ini tidak akan mencium bau syurga, wal iyazubillah.]
Saudara, ada dua situasi dalam perkara mengaji ilmu dan tujuan mengaji ilmu itu. Yg positif dan yg negatif. Yg positif kerana ingin mempastikan yg kita benar-benra terpandu menjadi hamba Allah (a.w) supaya mengabdikan diri dgn mengerjakan amalan dan ibadah serta menjalani kehidupan sebagai seorang Iman berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini berjaya mendapat syurga. Situasi kedua yg negatif adalah mereka yg mengaji ilmu, kemudian mengajarkan ilmu semata-mata kerana tujuan yg lain - lazimnya tujuan keduniaan spt mencari harta dan kekayaan, mencari kedudukan dalam masyarakat atau mencari kedudukan di kalangan orang yg berkuasa atau diberi jawatan, tempat dan gelaran serta penghormatan dan sebagainya. Mereka ini tidak akan mencium baru syurga, usahkan mendekati syurga, apa lagi masuk ke dalam syurga!
Oleh itu kalau saudara tergolong dalam golongan yg kedua itu, bersegeralah bertaubat dan pohonlah keampunan Allah (a.w). Walau sebanyakmanapun wang yg didapati 'kerana menjual ilmu ugama' itu, tidak padan dgn akibatnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment