Assalamualaikum,
saudara, alhamdulillah kita telahpun menoleh ke belakang dgn tujuan supaya kita benar-benar berazam agar kita dapat mengikuti jalan yg benar buat masa depan. Itulah secara rengkas apa yg diperintah Allah (a.w) dalam Ayat 18, Surah al-Haysr yg kita cuba jadkan pedoman untuk mengisi Azam Tahun Baru kita. Memandangkan mandi junub, wudu' dan solat itu adalah ibadah utama orang iman, kita telahpun lihat ketetapan al-Quran dan as-Sunnah bagaimana melakukannya dgn betul supaya menepati syariat Islam.
Mandi junub dan wudu' menentukan sama ada sah atau tidaknya segala amalan dan ibadah kita yg berlandaskan pada sahnya wudu' dan mandi junub itu. Yg utama ibadah solat, kemudian apabila tiba masanya kita menunaikan umrah dan haji dan ketika kita ingin membaca al-Quran, kita wajib pastikan yg mandi junub dan wudu' kita sah. Solat adalah ibadah yg utama yg menjadi tulang belakang segala amalan dan ibadah dan yg menentukan apakah kita berjaya mendapat syurga atau tidak.
Solat adalah ibadah yg menentukan apakah dalam hisaban kita di padang makhsyar kelak, kita selamat dan berjaya. Kerana, apabila hisaban solat kita baik dan mudah serta diterima Allah (a.w), maka hisaban amalan dan ibadah lainnya mudah untuk kita. Maka, dgn itulah pengisian utama dalam Azam Tahun Baru kita adalah membetulkan ibadah solat kita.
Kemudian, kita telah teliti pula isu tentang 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah'. Selain memenuhi permintaan rakan taulan yg sempat mengikuti blog ini, kefahaman kita tentang bid'ah juga adalah pengisian utama Azam Tahun Baru kita. Mengapa? Bid'ah adalah suatu kebatilan yg merosakkan sebaga amalan dan ibadah. Bid'ah adalah virus yg menhancurkan segala amalan dan ibadah dan akan secra senyap-senyap membatalkan segala amalan dan ibadah, dan menukarkan tiket ke syurga menjadi tiket ke neraka! Maka dgn itulah kita juga wajib faham 'bid'ah'. Dalam menoleh ke belakang amalan dan ibadah kita yg lepas, dan dalam mempastikan amalan dan ibadah kita yg akan datng tidak terbatal, kita wajib faham 'bid'ah'.
saudara,
'Bid'ah' adalah seumpama virus di komputer kita. Kalau dia wujud, pastilah rosak dan sia-sialah saja segala amalan dan ibadah kita yg lalu dan yg akan datang, sebagaimana rosaknya komputer kita apabila virus merosakkan segala perisiannya. Alhamdulillah, kita telah lihat betapa buruknya akibat beramal dan mengajarkan atau menyebarluaskan sesuatu amalan yg bersifat bid'ah itu. kalau saudara utamakan kehidupan akhirat atau kesejahteraan akhirat, wajiblah saudara mendekatkan diri kpd ilmu dalam Islam, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya kita faham bagaimanakah mengerjakan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah).
Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita dgn sabdanya: 'Alaikum bil-falah, fala falaha illa bikitabillahi wa-sunnati nabihi' (yg bermaksud: Diwajibkan atas kamu mencari keuntungan akhirat (i.e. syurga), maka tidak ada keuntungan akhirat bagi kamu kecualilah dgn berpandukan (i.e. mematuhi) dgn Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan (berpandukan) Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah)). Dan, pedoman yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, yg menjamin kita tidak sekali-kali akan sesat mencari syurga itu dalam sabda Rasulallah (s.a.w): 'taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahi wa-sunnati nabiyi' (yg bermaksud: Aku tinggalkan kpd kamu sekelian (manusia seluruhnya, terutama yg Islam dan beriman) dua perkara, tidak sekali-kali akan sesat kamu jika kamu (i.e. manusia, khususnya orang iman) berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah))'. Oleh itu Rasulallah (s.a.w) menyeru supaya sebagaihamba Allah (a.w) wajiblah kita bertaqwa kpd Allah (a.w) dan mentaatiNya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment