Saturday, January 1, 2011

Azam Tahun Baru Orang Iman (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita tentang Azam Tahun Baru kita, insya Allah. Dalam Ayat 18, Surah al-Haysr yg telah kita semak dalam post yg lalu, kita perhatikan mesej itu ditujukan kpd 'orang iman' dan bukan 'orang Islam', mengapa dan kenapa? Apa bezanya antara 'orang Islam' dan 'orang iman'?
Sesiapa yg mengucapkan dua kalimah syahadah dalam Rukun Islam yg lima itu dikira sudah Islam. Hanya, apabila setiap suatu dalam Rukun Islam itu diamalkan atau dikerjakan barulah seseorang itu membuktikan keimanannya, tetapi dia benar-benar beriman apabila benar-benar yakin tentang setiap sesuatu yg terkandung dalam Rukun Iman yg enam; iaitu: Dia yakin, sebenar-benarnya yakin, bahawa Allah (a.w) itu tuhannya dan tuhan manusia yg esa; yakin bahawa para Rasul dan Nabi itu diutus Allah (a.w) untuk membawakan syariat ugama Allah (a.w), memimbing manusia yg iman untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) dgn mencontohi segala sesuatu yg dibawakannya dalam menjalani kehidupan orang iman dan dalam mengerjakan segala ibadah dan amalan; yakin dia bahawa Allah (a.w) menurunkan kitab-kitab panduan manusia dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w) spt Kitab Zabur kpd Nabi Daud (a.s), Kitab Taurat kpd Nabi Musa (a.s), Kitab Injil kpd Nabi Isa (a.s) [Nota: Jangan keliru 'Bible' bukan Kitab Injil, kerana Bible dikarang semula oleh padri Kristian supaya disesuaikan dgn kehendak manusia], dan al-Quran kpd Nabi Muhammad (s.a.w), dan al-Quran itu melengkapkan ugama Allah (a.w), yakni Islam, dan syariatnya; dan yakin dia tentang qada' dan qadar setiap seorang manusia telah ditentukan Allah (a.w); dan yakin dia bahawa Akhirat itu adalah penamat segala sesuatu, hari penilaian perhambaan, pembalasan segala amalan dan ibadah; dan yakin dia ada syurga dan ada neraka kesudahan manusia setelah ditimbang dosa dan pahala mereka.[Nota: Rasulallah (s.a.w) memberitahu 'iman' itu mengandungi tidak kurang dari 70 cabang atau dimensi, dan kesabaran adalah satu daripadanya].
Saudara, Ayat 19, Surah al-Haysr memberitahu kita dalam firman Allah (a.w): 'Dan, janganlah kamu sekelian seperti orang-orang yg lupa kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) menjadikan mereka lupa kpd dirinya sendiri (yakni, lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba terhadap Allah (a.w) yg menjadikannya atau yg memberi peluang kpdnya hidup di dunia yg dimiliki Allah (a.w), maka dia tidak melaksanakan ketetapan Allah (a.w)). Mereka itulah orang-orang yang fasiq (i.e. orang yg sengaja lupakan ketetapan Allah (a.w) terhadap manusia, spt mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan).' [Ayat 19, Surah al-Haysr]. 
Dalam  Azam Tahun Baru kita hendaklah kita jangan jadi orang yg disebutkan dalam ayat ini, iaitu orang yg lupa. Lupakan Allah (a.w) dan lupakan perintah Allah (a.w) (dan RasulNya).
Perintah Allah (a.w), antara banyak yg lain, adalah peringatan: 'Dan, tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu' (Ayat 56, Surah az-Zariat);  peringatan wajib kita anuti Islam secara berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran); peringatan bahawa sesama orang Islam dan iman itu janganlah bermusuh-musuhan: 'Sesungguhnya apa-apa bagi orang yg beriman itu mereka adalah bersaudara ...' (Ayat 10, Surah al-Hujurat); peringatan bahawa sesiapa yg mendustakan ayat-ayat Allah (a.w) (spt berkata sesuatu itu syiar Islam tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah) dan bersifat sombong (spt apabila diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dia berdalih, tidak mahu terima dan berhujjah menolaknya), tidak akan masuk syurga (Ayat 40, Surah al-'Araf); peringatan bahawa hendaklah kita peluk Islam sepenuhnya, jangan ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian ketetapan Islam itu (Ayat 208, Surah al-Baqarah dan Ayat 15, Surah al-Ahqab); perintah supaya mempastikan bahawa anak pinak kita diselamatkan dari neraka (Ayat 6, Surah at-Tahrim); peringatan jangan berpecah-belah dan berkumpulan atau bermazhab (Ayat 103, Surah ali-Imran) dan jangan menubuhkan mazhab dab kemudian berbangga dgn perkumpulan masing-masing, adalah melanggar ketetapan Allah (a.w) (Ayat 30 hingga 32, Surah ar-Rum); peringatan bahawa syariat Islam itu telah ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, janganlah ikuti nafsu (yakni, perasaan dan persangakaan orang) tanpa sandaran ilmu (Ayat 19, Surah al-Jathiah); peringatan supaya jangan dikalahkan oleh syaitan sebagaimana Adam (a.s) dan hawa (a.s) ditipu oleh syaitan (Ayat 27, Surah al-'Araf); peringatan jalan lurus ke syurga itu adalah berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 153, Surah al-An'am); peringatan anak-anak wajib berbuat baik dan mentaati kedua ibubapanya (Ayat 151, Surah al-An'am, Ayat 36, Surah an-Nisa', Ayat 83, Surah al-Baqarah dan Ayat 8, Surah al-Ankabut); peringatan jangan ikuti cakap-cakap atau pendapat kebanyakan (majoriti) manusia di bumi, maka akan disesatkan oleh mereka dari menemui siratul mustaqim (Ayat 116, Surah al-An'am); peringatan bahawa janganlah mengubahsuai ketetapan Allah (a.w) dalam segala sesuatu kerana Islam dan syariatnya sudah sempurna (Ayat 3, Surah al-Maidah); peringatan janganlah menyesatkan diri sendiri dan dapatkanlah petunjuk, kerana sendiri yg untung dan rugi (Ayat 108, Surah Hud); peringatan sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) akan mendapat hidayah Allah (a.w) (Ayat  54, Surah an-Nur); peringatan bahawa sesiapa yg ikuti as-Sunnah (i.e. ikut Rasulallah (s.a.w)) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'); peringatan supaya orang iman itu ikuti ketetapan as-Sunnah (Ayat 7, Surah al-Haysr); peringatan bahawa sesiapa yg menetapi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan diberi nikmat syurga oleh Allah (a.w) (Ayat 69, Surah an-Nisa'); peringatan bahawa seandainya kita menzalimi diri kita kemudian kita kembali kpd Allah (a.w) bertaubat dan kembali mengikuti as-Sunnah, maka Allah (a.w) mengampunkan dan memaafkan kita; dan banyak lagi.
Insya Allah, dalam post blog ini telah banyak peringatan yg fundamental lagi utama telah kita teliti dan kita akan teliti seterusnya dari masa ke semasa, perintah utama yg lain, dan menjelaskan perintah-perintah-perintah di atas supaya kita benar-benar faham tentang Islam dan syariatnya - untuk kesenangan saudara mengerjakan amalan dan ibadah yg diterima Allah (a.w) yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Hendaklah kita sentiasa ingat: semua amalan dan ibadah, walau sebesar zarrahpun, tanpa niat yg betul dan tanpa menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah sia-sia ... tidak diterima Allah (a.w).

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment