Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti beberapa hadith yg memberi ketetapan dua situasi, iaitu: pertama, situasai seorang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya atau seorang yg mengjarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya yg sumbernya adalah haq atau benar, iaitu al-Quran dan as-Sunnah; dan kedua, situasi seorang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari sumber yg batil, yakni selain sumber al-Quran dan as-Sunnah, atau seorang yg mengajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari sumber yg batil, selain al-Quran dan as-Sunnah. Kesudahannya apa?
Kita diberitahu bahawa ilmu yg wajib dipelajari oleh seseorang yg Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Sumber ilmu sedemikian adalah al-Quran dan as-Sunnah (yakni, al-Hadith). Kita juga diberitahu bahawa kesemua amalan dan ibadah seseorang yg Islam itu hanya diterima Allah (a.w) jika menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau menepati contoh amalan dan ibadah yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Oleh itu, amalan dan ibadah yg disandarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sahaja yg betul, sah dan diterima Allah (a.w)! Justeru itu, sesiapa yg belajar dari sumber yg batil pastilah dia terpesong dan menyeleweng atau menyimpang dari landasan yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Apabila dia amalkan ilmunya, maka pastilah amalan dan ibadahnya batil dan rosak dan tidak diterima Allah (a.w). Apabila dia mengajarkan sesuatu yg batil, maka dia berdosa. Apabila diajarkannya pula kpd orang lain sesuatu yg batil, maka dia berdosa, dan orang yg menerima ilmu darinya dan mengamalkan pula ilmu yg diterimanya itu, dia juga mendapat dosa, dan dia (i.e. yg menerima ilmu) juga mengirimkan dosa kpd orang yg mengajarkan kpdnya ilmu yg batil itu, tanpa sedkitpun mengurangi dosa-dosa yg dia dapat kerana mengamalkan apa yg dia belajar dari gurunya.
Saudara, kita telahpun buat contoh yg mudah dalam post yg lalu. Akibatnya mudah bagi kedua-dua situasi itu.
Situasi 1: Belajar ilmu yg haq dari sumber yg haq dan mengajarkannya kpd orang lain - yg belajar dan mengajar sama-sama dapat pahala, yg belajar pasti mengerjakan amalan dan ibadah yg sah dan diterima Allah (a.w), dan kerana amalannya adalah haq dan diterima, gurunya dapat kiriman pahala dan muridnya dapat pahala drpd amalan dan ibadahnya. Kalau dia guru - orang yg mengajarkan ilmu yg haq - maka lebih ramai orang diajarnya, lebih banyak dia menerima pahala, dan lebih banyak menerima kiriman pahala dari murid-muridnya yg mengamalkan ilmunya. Orang ini - guru dan murid - untung.
Situasi ke-2: Belajar ilmu dari guru yg batil sumber ilmunya, maka dia berdosa dan gurunyapun berdosa, kerana yg disuruh belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya hendaklah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana sumber ilmu itu bukan al-Quran dan as-Sunnah, pasti menyimpang atau berlainan atau bertentangan atau menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka batallah segala amalan dan ibadah yg disandarkan atas ilmu yg batil dan sumber yg batil. Apakala diamalkan ilmu yg batil, maka berdosalah kerana amalan dan ibadah tidak sah dan tidak diterima. Guru berdosa, muridpun berdosa, dan murid pula mengirimkan dosa kpd gurunya, selagi dia hidup. Kalaulah muridnya pula jadi guru dan gunakan ilmu dan sumber yg sama mengajar orang lain, dia berdosa dan dia dan anak muridnyapun mengirim dosa kpd orang mengajar dia dulu. Dosa diterimanya selagi ilmu yg batil itu diajarkan oleh orang beberapa generasi kemudian. Walaupun dia sudah lama mati katalah 1,000 tahun yg lalu, jika ilmu yg diajarkannya berkembang selama 1,000 tahun, maka fikirkanlah betapa banyaknya dosa yg dikirimkan kpdnya!!
Saudara, oleh itu berwaspadalah. Kalau saudara belajar Islam dan syriatnya, belajarlah dari orang yg tahu dan faham, yg menggunakan sumber yg benar (yakni, haq) dan telah pula dipandu oleh orang yg berilmu dan faham lagi faqih tentang al-Quran dan as-Sunnah. Itu sajalah jalan selamat.
Kalau, saudara guru, pastikanlah sumber ilmu saudara itu yg benar atau haq, dan janganlah berpandukan kpd sumber-sumber yg batil, parahlah masa depan dan akhirat saudara.
Semoga saudara renungi sepotong hadith berikut, supaya tidaklah kita termasuk dari kalangan mereka yg digambarkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu, insya Allah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Seandainya bahawasanya ahli ilmu menjaga dan meletakkan ilmunya di sisi ahlinya (yakni, orang yang sewajarnya diberikan ilmu diberikan tempat-tempat yang sewajarnya mengikut ilmu-ilmu mereka, yakni kepakaran mereka) nescaya menjadi pemimpin-pemimpin mereka (yang berilmu) pada zaman mereka (demi kehidupan dunia dan akhiratnya). Dan akan tetapi mereka (yakni, pemimpin atau mereka yang berkuasa) meletakkan ilmu pada ahli dunia maka menghina dia dengan ilmu itu dari dunia mereka (yakni, mereka dihina semasa dalam dunia kerana menghinakan ugamanya demi kepentingan dunianya). Maka menghina atas mereka.
(Kemudian disambung Abdullah Mas’ud dengan kata-katanya) Aku mendengar Nabi kamu bersabda: ‘Barangsiapa menjadikan cita-cita mereka pada cita-cita yang satu (iaitu ikhlas dia menuntut ilmu kerana Allah (a.w), yakni ugamanya dan supaya lebih mudah dia mendampingi diri kepada Allah (a.w) melalui amalan dan ibadatnya dan amalan dan ibadat orang lain yang diajarkannya), maka dicukupkan akan akhiratnya (oleh Allah (a.w), yakni mendapat balasan syurga), (dan) maka dicukupkan Allah (a.w) akan cita-cita dunianya (yakni, tidak sempit hidupnya, berkat rezkinya, tenang dan tenteram jiwanya, mudah puas dia akan apa yang ada padanya dan selamat dan berkat kehidupannya). Dan barangsiapa bercabang-bercabang (yakni, banyak ragam motif dan keinginan) dengan cita-citanya (apabila mencari dan mendapat ilmu itu) pada perkara dunia (yakni, semata-mata untuk pertimbangan-pertimbangan dan kepentingan-kepentingan duniawi), tidak dipedulikan oleh Allah (a.w) di dalam mana jurang dunianya rosak (yakni, dibiarkan oleh Allah (a.w) binasa dalam apa jua bidang yang dia ceburi atau minati semasa di dunia tetapi lebih-lebih lagi binasa di akhirat).’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara,
Berwaspadalah dalam perkara ilmu kerana akibatnya amat buruk dan amat meluas. Ilmu yg batil boleh menjadi api yg membakar tanpa dapat dipadamkan. Api yg membakar segala pahala dan kebaikan kita dan membakar kita pula di akhirat kelak, kerana kita menolak yg haq dan setuju terima yg batil!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment