Sunday, January 16, 2011

Keuntungan Belajar Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang tajuk di atas, kerana ramai antara kita, termasuk di kalangan mereka yg dikatakan ulama' dan ilmuwan Islam, bahawa mereka melakukan banyak perkara seolah-olah mereka belum faham perkara ini.  Ramai orang yg kononnya berilu, tidak mahu menyampaikan ilmunya. ramai orang yg berilmu dan memegang jawatan di organisasi ugama spt JAIS dan MAIS di Selnagor, sbg contoh, tidak berusaha menyampaikan ilmunya walaupun diantara tugas-tugas utama mereka adalah menyampaikan ilmu atau mengilmukan umat Islam. Malah, kalau mereka terlalu sebok atau disebokkan oleh tugasan, mereka sewajarnya berusaha mencari orang lain yg berilmu menyampaikan ilmu dan memudahkan mereka menyampaikan ilmu dan bukan menghalang mereka yg bersedia untuk menyampaikan ilmu.[Nota: Wajib diingatkan bahawa setiap kali blog ini rujuk kpd istilah 'ilmu' kita merujuk kpd ilmu yg haq iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah].
Yang penting diberi perhatian adalah kebaikan bagi orang yang mencari dan menuntut ilmu. Bukan sahaja para malaikat mendoakan kebaikan padanya supaya diampunkan juga dosanya oleh Allah (a.w), ikan di lautanpun mendoakan kebaikan baginya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari beberapa kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka as-sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya (yakni bergembita memberitahu para malaikat). Dan, barangsiapa yang lemah dengan amalannya (yakni, tidak berusaha memperbaiki amalannya dengan ilmu yang diperolehinya), tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]. 
Di dalam hadith di atas itu ada beberapa pengajaran yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), selain perkara kebaikan belajar dan menuntut ilmu (tentang ugama Islam itu), yang ditonjolkan. Antaranya, adalah:
Pertama, Seseorang Islam yang menghapuskan satu kesusahan saudaranya yang Islam di dunia akan dihapuskan kesusahannya sendiri semasa di dunia dan di akhirat kelak;
Kedua, Seseorang Islam yang menolong saudaranya yang Islam semasa di dunia akan ditolong oleh Allah (a.w) semasa dia di dunia dan semasa di akhirat kelak;
Ketiga, Seseorang Islam yang menghapuskan atau mengurangkan kesusahan seorang saudara Islam di dunia akan dihapuskan Allah (a.w) kesusahannya di dunia dan juga di akhirat;
Keempat, Seseorang yang sentiasa mengambil berat akan kedudukan dan kebajikan saudaranya yang Islam di dunia maka Allah (a.w) akan sentiasa mengambil berat akan kebajikannya di dunia dan juga di akhirat;
Kelima, Seseorang yang berjalan atau mengembara untuk mencari ilmu, maka dipermudahkan oleh Allah (a.w) baginya mencari jalan ke syurga;
Keenam, Sekumpulan orang Islam yang berada di suatu rumah kerana belajar dan mengajar al-Quran dan belajar as-Sunnah akan dirahmati Allah (a.w) dengan di kelilingi oleh para malaikat dan akan diturunkan Allah (a.w) ketenangan serta kerahmatanNya; dan 
Ketujuh, Sebaliknya, barangsiapa yang tidak rajin mencari dan belajar ilmu daripada orang yang berilmu atau dia berilmu tetapi lemah (yakni, kurang rela) mengajarkan ilmu kepada orang lain ilmunya, atau tidak beramal dengan ilmunya, maka nasibnya tidak akan diperbaiki oleh Allah (a.w), terutama dalam konteks kesudahannya di dunia dan di akhirat. 
Demikianlah, beberapa panduan penting yang terdapat di dalam hadith tersebut. Belajar dan mengajarkan ilmu itu adalah kegiatan yang amat disukai oleh para malaikat serta mendapat keredhaan Allah (a.w). [NotaIlmu yang diamksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam mendapat kejayaan dunia dan akhirat.]
Saudara, hadith di atas itu mengulangi hakikat dalam firman Allah (a.w) dalam al-Quran bahawa kesemua orang iman itu antara satu sama lain adalah bersaudara [Ayat 10, Surah al-Hujurat], maka sebagai saudara, kita berusaha menolong serta memperingatkan satu sama lain supaya sebanyak mungkin saudara kita berjaya mendapat syurga Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

1 comment: