Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita sebutkan bahawa hari ini mudah bagi seseorang yg Islam itu mendapat 'ilmu' tentang Islam dari kitab atau buku karangan manusia atau kaset atau CD atau VCD yg dibuat manusia, yg mengajarkan tentang segala sesuat dalam Islam, spt bagaimana nak wudu', bagaimana nak solat, doa-doa mustajab, kisah-kisah nabi, kisah-kisah syurga dan neraka dan sebagainya. Ramai pengarang 'ilmu' tersebut sudahpun mewah daripada pendapatan yg diperolehinya dari pencetak atau penerbit buku atau CD atan VCD tersebut. Ramai yg dahpun pakai kereta mewah dan memiliki rumah mewah kerana menjual 'ilmu' mereka.
Saudara, kita telah sebutkan banyak kali dalam blog ini apakah ilmu yg haq itu? Ilmu yg haq itu hanyalah dua, iaitu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith). Sesiapa yg berpandukan kedua-duanya pasti dapat mengerjakan amalan dan ibadah serta menjalani kehidupan orang iman yg benar. Sesiapa yg berpandukan dgn sumber ilmu yg disebutkan 'ilmu' tadi, iaitu kitab atau buku atau CD atau VCD, pasti lambat laun akan sesat dan disesatkan. Bukti? Kita lihat hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: ‘Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam (yakni, kitab) dan hidayah (yakni, petunjuk). Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, dan perkara-perkara yang tidak baik itu adalah pembaharuan (dalam urusan atau perkara ugama) yang diada-adakan (yakni, yang tiada dalam as-Sunnah), dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan).’ [Sebahagian Hadith Ibnu Majah].
[Nota: Bid’ah dari segi literalnya bermaksud tambahan atau penambahan atau mengadakan yang tiada atau meniadakan yang ada.]
Saudara, kita diberitahu bahawa Kitab terbaik sebagai panduan kita sebagai orang Islam dan iman adalah al-Quran. Tidak ada kitab panduan yg lebih baik dari itu. Kita juga diberitahu hidayah atau petunjuk terbaik tentang Islam adalah petunjuk yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Oleh kerana kurang faham tentang Islam dan ketetapannyalah ramai orang yg kononnya berilmu menggunakan ilmunya untuk mencari kesenangan dan kemewahan hidup sebagaimana orang yg memiliki ilmu dunia, menggunakan ilmu mereka untuk kesenangan dan kemewahan hidup menjual ilmunya (i.e. kebijaksanaannya) dgn harga yg tinggi! Orang yg memliki sedikit ilmu mengenai Islam juga mengikuti jejak langkah mereka itu. Mereka akan menyampaikan secebis ilmu dgn bayaran yg lumayan. Tanpa bayaran yg lumayan dia enggan menyampaikan ilmunya. Orang sedemikian itu tergolong dari kalangan orang yg dimaksudkan dalam hadith di bawah ini. Kerana, kalau dia faham, ganjaran akhiratnya jauh lebih banyak dan lebih baik lagi kekal untuknya berbanding kesenangan dunia, pasti dgn rela dan senang hati mengajarkannya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai ugamanya.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah].
Jelaslah, seseorang yg tidak diberikan Allah (a.w) kefahaman, dia akan melakukan dua perkara: pertama, dia menjual ilmunya dgn bayaran yg tinggi; dan kedua, dia merasa taksub yg dia itu berilmu dan bijak dalam ilmunya, maka dia tidak mahu menerima, sesuatu yg dimaklumkan kpdnya, walaupun yg diberitahu itu adalah suatu yg haq (i.e. benar).
Diriwayatkan hadith daripada Marwan bin Junahi, hadith daripada Yunus ibnu Maisarah bin Halbasin, bahawasanya diceritakan kepada aku (kata Marwan) hadith oleh Maisarah, yang berkata: ‘Aku mendengar Mu’awiyah bin Abi Sufyan menceritakan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Kebaikan itu pada adat, dan keburukan pada kekecohan (atau kekacauan). Dan, barangsiapa dikehendaki Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (baginya di dunia dan di akhirat) maka (memberi) kefahaman kepadanya (oleh Allah (a.w) di dalam ugamanya).’ [Hadith ibnu Majah].
Hadith di atas itu sama mesejnya. Yg utama untuk kita adalah hadith berikut. Orang yg faham Islam dan syariatnya serta segala tuntutan dan panduannya, adalah orang yg lebih selamat dari godaan atau hasutan syaitan. Orang yg tidak faham, termasuklah orang yg menjual ilmunya demi keuntungan yg sedikit di dunia, adalah orang yg mudah dikalahkan oleh syaitan. Mengapa tidak? Kalau dia tau menjual ilmu Allah (a.w) itu adalah jalan ke neraka baginya, mengapakah dia tetap lakukan?
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Seseorang yang faqih (yakni, faham) satu ilmu mengenai ugamanya lebih memberatkan atas syaitan daripada seribu (1,000) hamba (yang tidak berilmu).’ [Hadith ibnu Majah].
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Seseorang yang faqih (yakni, faham) satu ilmu mengenai ugamanya lebih memberatkan atas syaitan daripada seribu (1,000) hamba (yang tidak berilmu).’ [Hadith ibnu Majah].
Kita akan teliti lebih lanjut lagi apakah implikasi menyembunyikan ilmu atau mengajarkan ilmu yg batil atau memperdagangkan ugama kerana keuntungan dunia yg sedikit di post-post yg akan datang, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment