Tuesday, January 25, 2011

Mazhab: Apa Kata Imam Malik


Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti apa kata pemutus atau pendirian para Imam yg dikatakan pengasas fahaman kemazahaban, spt Imam Ahmad ibni Hanbal (Mazhab Hanbali), Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi), Imam as-Syafire (Mazhab as-Syafie). Kini kita tengok apa kata pemutus atau pendirian Imam Malik yg juga dilabelkan oleh ulama' sebagai pengasas Mazhab Maliki.
Pendirian Imam Malik, sebagaimana yg kita jangkakan, sama dgn pendirian imam-imam lain, iaitu jangan bertaklid buta dan jangan taksub kpd seseorang atau sekumpulan orang yg menyuruh kita berpaut dalam Islam hanya kpd fahaman mazhab dan, lebih utama, jangan ambil pendapat mereka jika ada etetaopan mereka yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kenapa mereka berpendirian sedemikian?Kesemua para imam yg dikategorikan sebagai ulama' muhadithin - dan imam yg empat itu adalah tergolong dalam golongan tersebut - faham tentang Islam dan syariatnya. Mereka, sebagai pengumpul hadith memangah ulama' muktabar zaman mereka. Mereka adalah orang iman yg tinggi ketaqwaan mereka dan mereka faham ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya, dan mereka faham bahawa contoh atau jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) amat utama dalam melaksanakan segala tuntutan islam dalam konteks realiti dunia. Maka dgn itu mereka akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Aku tinggalkan kpd kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya (mencari dan mendapatkan siratul mustaqim yg menjaminkan keridaan Allah (a.s) dan kerahmatanNya), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah)' itu.
Mazhab Maliki
Imam Malik b Anas (r.k) adalah seorang ulama' yg muktabar zamannya. Dia juga salah seorang pengumpul hadith atau ulama' muhadithin, walaupun tidaklah sehebat Imam Bukhari atau Imam Muslim atau Imam-imam yg empat selainnya yg mengumpulkan hadith dalam Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud, dan Sunan Ibnu Majah, dalam konteks koleksi hadith-hadith mereka. maka dgn itu, Imam Malik akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, khususnya hadith yg kita rujuk sebentar tadi.
Dalam konteks panduan Islam dan syariatnya, Imam Malik berkata (kpd semua orang Islam yg menggunakan kitab-kitabnya dan dalam meneliti pendapat atau pandangannya): ‘Sesungguhnya aku ini adalah seorang manusia yg kadang kala salah dan kadang kala benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah, maka ambillah. Dan setiap (pendapatku) yang tidak sesuai dengan al-Kitab (i.e. al-Quran) dan as-Sunnah, maka tinggalkanlah.’ [Abd Barri di dalam al-Jami’, 2/32] 
Saudara, Imam Malik adalah juga seorang daripada 49 ulama' muhadithin. Kitab beliau yg terkenal adalah al-Muato', yg banyak meriwayatkan hadith tentang ibadah haji dan umrah. Nasihat Imam Malik ini amat simple lagi jelas, iaitu jangan kita terima membabi buta, apa katanya. Kita perlu teliti sumber ilmu yg beliau asaskan pendapat atau pandangannya. 
Saudara, jika kita halusi dan renungi kata-kata pemutus kesemua imam yg disebutkan sebagai pengasas fahaman kemazhaban itu, kita dapati mereka kesemuanya merujuk atau kembali kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, khususnya firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr (yakni, taatkan Rasulallah (s.a.w) (iaitu, ikutilah as-Sunnah). Mereka tidak akan mengajarkan atau menganjurkan kita berbuat sesuatu dalam ibadah dan amalan bersandarkan selain al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah sahaja dua sumber ilmu serta sumber panduan ibadah dan amalan, dan panduan hidup Muslim,yg haq (i.e. benar). Kemudian mereka juga mengajar kita tentang Islam berdasarkan firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: ikuti ketetapan as-Sunnah, ambil segala sesuatu yg disampaikan atau dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) serta akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) tinggalkan apa yg ditegahnya. Justeru itu, Imam as-Syafie, Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik, yg dikatakan pengasas mazhab masing-masing itu, tidak akan mengajarkan pengikutnya sesuatu yg bersalahan atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kalau ada sesuatu preskripsi atau ketetapan atau ajaran atau pendapat mereka yg bertentangan dgn al-Quran atau as-Sunnah mereka nasihatkan kita jangan ambil atau jangan pakai. Malah mereka suruh kita buang atau tolak tepi, dan kita hendaklah ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, hari ini begitu banyaknya perbezaan dalam amalan dan ibadah yg dikatakan ketetapan mazhab itu sebenarnya adalah ketetapan orang-orang lain yg taksub dgn ajaran mereka ini atau yg menggunakan landasan fahaman kemazhaban yg kononnya itulah ajaran imam-imam tersebut. Walhal, mereka belumpun tamat pengajian segala tulisan atau kitab mereka yg dikatakan pengasas mazhab itu. Atau, mereka tidak membaca atau terbaca ketetapan atau rumusan pendirian mereka spt yg disebutkan dalam post ini dan post-post lain dalam blog ini. Kerana kepentingan strategik pribadi mereka sendiri, mereka tidak akan menerima sesuatu yg benar kalaulah disampaikan atau dimaklumkan oleh orang yg mereka anggap tidak setanding atau setaraf dgn mereka. Begitulah bongkak dan sombongnya sesetengah orang yg masyarakat nobatkan mereka sebagai 'orang alim' atau 'ulama', walhal siapa dia ulama? Ulama' adalah orang yg mendalam dan banyak ilmunya mengenai Islam dan syariatnya, termasuklah segala facet atau dimensi syariat Islam itu - sistem aqidah, sistem amalan dan ibadah, sistem kerajaan dan pentabdiran jema'ah Islam, sistem kewangan Islam (termasuk sistem kredir, pinjam meminjam), sistem kepimpinan, hubungan antara imam (i.e. pemimpin) dgn anggota jema'ahnya, sistem kemasyarakatan dan sebagainya. Kesemua ini ada dalam Kuttubul Sittah. maah, spt disebutkan, ada 49 koleksi kitab-kitab hadith oleh 49 ulama' hadith. kalau seorang itu khattam, faham dan faqih Kuttubul Sittah itu, mereka boleh dianggap orang yg berilmu atau ulama' dan ulama' dalam Islam wajib sampaikan atau sebarluaskan ilmunya, dan amalkan ilmunya sendiri. Orang sedemikian layak dilabekan 'ulama'.
amalkan ilmunyajang kita terpengaruh.
Spt dijelaskan sebagai rumuasan. kesemua imam tersebut juga adalah ulama' muhadithin,yakni pengumpul hadith dan mereka adalah 'pewaris para Nabi' (kerana Nabi (s.a.w) wariskan umatnya ilmu bukannya dirham atau dinar,(i.e. kekayaan atau kemewahan dunia). Walaupun mendalam ilmu mereka, mereka sedar, bahawa mereka hanyalah penyampai dan mereka faham bahawa sesiapa yg berbohong terhadap al-Quran dan as-Sunnah menempatkan diri mereka tempat tinggal mereka di akhirat kelak. Justeru itu, mereka pasti tidak memperdagangkan akhirat mereka demi mencari pengikut atau menjadi pemimpin umat Islam dalam perkara amalan dan ibadah. Kita wajarlah berhati-hati, kerana kelainan dalam amalan dan ibadah yg dikatakan berteraskan fahaman kemazhaban itu mungkin sekali perbuatan orang-orang yg taksub bertaklid kpd imam-imam tersebut. Yg pastinya, kita sebagai umat Islam wajib belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan berpandu hanya kpd dua panduan hidup Muslim ini, kerana Rasulallah (s.a.w) telah berjanji bahawa jika kita berpegang dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sudah barang pasti kita selamat dunia akhirat dan tidak akan sesat menjadi orang Islam yg dijanjikan Allah (a.w) syurga di akhirat kelak (Ayat 13, Surah an-Nisa').
Mudah-mudahan saudara semua faham. Jika telah tersilap, dan tersesat, kembalilah ke pangkal jalan. Belajarlah al-Quran dan as-Sunnah, kemudian barulah kita lihat apa kata mazhab. Kalau betul kita terima, kalau tak betul atau menyimpang kita tolak tepi. Itulah nasihat orang yg kita katakan pengasas mazhab itu dan itulah sepatutnya pendirian kita yg selamat. 
[p.s.: Post ini telah disiarkan buan Julai 2010 yg lalu. Kerana relevan untuk tajuk perbincangan kita sekarang, kita teliti semula]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment