Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti apakah keuntungan dan, sebaliknya, kerugian yg kita dapati dalam belajar dan mengajarkan llmu (yakni, ilmu mengenai Islam dan syariatnya). Dalam post ini dan beberapa post yg akan muncul kita tumpukan lebih spesifik apakah akibatnya jika kita belajar atau mengajarkan ilmu terhadap kita dalam Islam. Kita telah lihat satu akibatnya apabila kita mengajarkan ilmu kerana tujuan keduniaan dalam post yg lalu.
Saudara, seterusnya kita lihat hadith berikut, mudah-mudahan kita tidak terjebak dalam tegahan tersebut demi kesejahteraan akhirat kita:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), katanya dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajar ilmu supaya dapat dia dengan ilmu itu membantah (atau menipu) orang bodoh (yakni, dia mengutarakan hujjah menegakkan sesuatu yang dia hendakkan manusia ikuti pendapat dan pandangannya dalam kejahilan manusia yang mendengar cakap-cakapnya), atau menandingi dengan ilmu itu ulama’ (yakni, supaya dia boleh berhujjah secara batil tentang segala sesuatu mengenai syariat Islam itu dan mengalahkan para ulama’ yang haq), atau supaya mengadap dia beberapa wajah manusia atasnya (yakni, membuat orang menghormati atau menyanjungnya dan dengan itu dapat dia kedudukan yang istimewa, atau jawatan yang berharga, berkuasa dan disanjung manusia dan rapat dia kepada mereka yang berkuasa dan mendatangkan pula lain-lain keistemewaan dan keuntungan material dll), maka dia itu di dalam neraka.’ [Hadith Ibnu Majah].
Hadith di atas menyebutkan tiga tujuan duniawi orang belajar ilmu ugama itu. Pertama, boleh dia mengajar orang-orang yang jahil untuk tujuan peribadinya seperti sesuatu amalan yang dilarang syariat, atau supaya dianggap manusia yang bijak, pandai dan ‘alim mentafsirkan al-Quran dan al-Hadith sesuai dengan keperluan dunia dan persekitaran semasa dan bukan untuk menegakkan as-sunnah atau ‘amalan yang betul mengikut perintah Allah (a.w) dan RasulNya yang haq. Mereka mengenakan pelbagai syarat serta bayaran kepada anak muridnya supaya membolehkan mereka belajar dengannya. Ramai para ilmuan dan ulama’ belajar ilmu untuk meneruskan kesinambungan ajaran sesuatu fahaman seperti bid’ah hasanah, supaya kekal manusia beribadat mengikut cara nenek moyang mereka atau melaksanakan syariat Islam yang boleh diterima pakai oleh kerajaan atau pihak berkuasa, adalah tergolong dalam ketogori ini. Atau, melalui hujjah dan pandangannya serta kebijaksanaannya mengolah dan mentafsir syariat Islam, maka pihak berkuasa melaksanakan pendapat dan pandangannya sebagai asas ugama atau perundangan Islam sesebuah masyarakat itu, maka mereka adalah dalam golongan ini juga.
Kedua, supaya dapat dia taraf ulama’ dan dihormati oleh orang kerana ilmunya dan boleh dia berdebat dengan ulama-ulama’ lain supaya dia disanjung orang sebagai seorang yang mendalam, luas dan tinggi ilmunya. Dengan kelebihan itu akan dapat dia mengatasi orang-orang lain yang juga berilmu dan alim, tetapi dia dipilih oleh orang sebagai yang paling sesuai untuk sesuatu jawatan atau kedudukan. Mereka yang berkuasa akan melantik mereka untuk memegang jawatan-jawatan yang membolehkan dia mendapat pelbagai kemudahan, upah dan bayaran yang lumayan dan taraf kedudukan yang tinggi serta disegani dan disanjung oleh orang lain. Setelah mencapai tahap tersebut tidaklah mahu dia menyampaikan ilmunya tanpa upah yang lumanyan dan layanan yang istemewa pula. Ramai ulama’ dalam kategori ini juga.
Ketiga, supaya manusia lain memandang kepada ilmunya yang banyak dan dengan itu mendapat sanjungan dan penghormatan mereka kerana ilmunya. Oleh yang demikian, mereka akan sering dijemput memberi kuliah, ceramah dan syarahan di merata tempat, kemudian menjadi bertambah popular dan tekenal dia, dan oleh kerana itu dapat pula dia mencari peluang yang lebih menguntungkan pula. Bukan sahaja dia disanjung dan manusia merasa kagum dengannya, dan sanggup membayar upah yang banyak untuk mendengar dia memberi syarahan atau kuliah. Kemudian, kerana kedudukan sedemikian juga mudah dia mendapat peluang yang lain pula, seperti peluang untuk berpolitik, menceburi politik, dan melalui kejayaan politik pula menjadi pemimpin, dan keistimewaan pemimpin pula berkuasa terhadap manusia. Apabila ada kuasa maka berhasillah segala sesuatu yang mereka mahu, termasuklah kekayaan dan kemewahan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment