Sunday, January 23, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
Saudara, suatu perkara yg tidak menjadi tabiat atau panduan harian orang Islam, terutamanya Melayu, adalah kesungguhan melakukan sesuatu pekerjaan dan ketika beramal atau beribadah. Orang Melayu seringkali dilabelkan oleh orang bukan Melayu sebagai orang yg suka buat sesuatu 'cincai', yakni tidak bersungguh atau buat sepenuh hatinya atau nak tak nak atau tidak sepenuh komitmennya. Malah budaya cincai ini terpakai apabila melakukan sesuatu untuk kemanfaatan dirinya sendiripun!
Jika kita lihat orang bukan Islam di Malaysia ini, kita akan dapat bezakan sifat dan budaya kerja orang Melayu berbanding dgn orang China dan India. Fikirkanlah, orang India berhijrah dari India ke Malaysia untuk menjadi buruh di estet milik orang putih atau China. Orang China berhijrah dari negeri China sehelai sepinggang mencari rezki bekerja di lombong milik orang putih atau berniaga kedai runcit di bandar-bandar 2000 tahun yg lalu. Orang Melayu di kampung mentaati sultannya dan berpuashati bercucuk tanam dan membela sedikit ayam dan kambing atau seekor dua kerbau. Tidak ada, amnya, niat dan hasrat orang Melayu inginkan kemajuan atau harta atau kekayaan. Hidup ala kadar. Tapi, orang China dan India sentiasa berazam untuk meningkatkan status sosial mereka, status ekonomi mereka dan lebih-lebih lagi status politik mereka, supaya dia dan anak cucu cicitnya dan bangsanya yg akan menetap di Malaysia sebagai negara angkatnya senang dan selesa hidup. Dan, terjamin masa depan bangsanya! Hari ini kita lihat ekonomi Malaysia dikawal oleh orang China dan sedikit sebanyak orang India. Yg ada pada orang Melayu hanyalah sedikit kuasa politik atau 'kuasa tinggalan keraja-an' sahaja. Itupun menyulitkan orang Melayu kerana kuasa keraja-anpun akan memihak kpd menombosatukan matlamat ekonomi, dan matlamat ekonomi itu dinomborsatukan oleh orang Melayu korporat dan bisnes, malah semua orang, terutama yg berkecimpung pagi petang siang malam dgn perkara mencari wang ringgit dan kekayaan, i.e. orang yg dah lama dalam bidang itu, iaitu orang China dan orang India. Orang India yg dulu buruh estet, kita sudah menguasai sebahagian besar politik dan ekonomi Malaysia. Sehinggakan pengurusan tempat letak kereta (parking facilities) di bandar-bandar di kawal hampir exclusively oleh orang India! Orang China yg dulu pekerja lombong (sampai ada nama tempat dan kampung dinamakan pada mereka spt 'Lubuk China', 'Ramuan China Besar' dan 'Ramuan China Kecil' dan 'Tanjung Keling' di Melaka, Gopeng di Perak dan sebagainya!).
Saudara, on reflection, apakah bidang ekonomi yg dikawal oleh orang Melayu? Politik? Ya, tapi di bawah telunjuk tokoh-tokoh bisnes yg menentukan halatuju dan kaedah pelaksanaan dasar, strategi dan program ekonomi dan sosial kerajaan. Pentadbiran? Kerana adanya PTD? Ya, tapi birokrat Melayu sendiri adalah di bawah telunjuk orang politik, kerana orang politik berkuasa dan birokrat sebagi 'hamba kerajaan' wajib taatkan tuannya, i.e. orang politik. Maka dalam konteks politik dan dalam konteks pentadbiran serta pelaksanaan dasar, strategi dan program politik (yg merangkumi semua dimensi kehidupan rakyat di Malaysia) dan ekonomi, tetap menguntungkan orang China dan India kerana 'money is power'! 
saudara, 
orang Melayu yg dikatakan Islam yg sering bercakaran dalam politik, kini bercakaran pula dalam ugama mereka. Orang China dan India berpolitik, tapi tidak memecahbelahkan mereka sebagai satu bangsa. Orang Melayu berpolitik, tetapi memecahbelahkan bangsanya. Kalau sekelompok bangsanya tak sokong fahaman politiknya, maka dipulaukan dari segala-galanya, termasuklah bantuan ekonomi dan kebajikan. Malahan, lebih teruk dan buruk dari itu. Kalau ada perbezaan dalam ugama pula, orang yg berkuasa walaupun cetek ilmunya mengenai Islam atau sebenarnya jahil tentang Islam yg haq, akan mengharras golongan yg lain yg ingin memperbaiki amalan dan ibadah mereka dikatakan pengikut mazhab yg tidak sealiran dgn mereka atau difitnahkan pula sebagai 'penjenanyah' (i.e. militan). Terjadilah pergeseran dan harrasement oleh pihak berkuasa ugama terhadap golongan-golongan Melayu yg berbeza amalan, dikatakan sesat atau menyeleweng dari Islam yg haq. Walhal, mereka sendiri tidak faham apakah dia Islam yg haq itu? Orang Melayulah yg merosakkan aqidah orang Melayu lain. Orang China dan orang India, walaupun berbeza fahaman politik dan ugama, mereka kekal bersatu - sentiasalah bantu membantu satu sama lain dalam semua perkara, iaitu mempastikan kepentingan, terutama kepentingan politik dan ekonomi, bangsanya tidak terjejas di Malaysia. 
Malangnya, bagi orang Melayu, politik dan fahaman ugama itu segala-galanya. Dalam tindak tanduk orang Melayu sesama bangsanya, seolah-olah bermusuhan dan mereka lebih suka berkawan atau mengambil sebagai kawan akrab bangsa lain asalkan kepentingan duniawi mereka terjamin, kerana di jamin oleh orang China dan India yg sehaluan dgn mereka. Malah, ada yg berfikir lebih baik dijadikan orang China dan India rakan akrab, kerana mereka dapat berikan kesenangan dunia. kalau dibantu orang Melayu yg tidak sehaluan, menyusahkan dan tidak ada ganjaran dunia ... 
Demikianlah lumrahnya dunia zaman maya ini. Insya Allah, dalam post-post yg akan datang kita akan teliti apa Islam kata dalam perkara 'kekeluargaan Islam' dan dalam perkara 'kesungguhan' ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment