Saturday, January 1, 2011

Azam Tahun Baru Orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini hari pertama tahun baru Masihi - 1hb Januari 2011 (1.11.11). Alhamdulillah, kita wajib bersyukur kpd Allah (a.w) kerana setelah nyenyak tidur semalaman, kita dibangunkan semula, i.e. diberi kesempatan oleh Allah (a.w) untuk terus hidup. Kita wajar mengucapkan kesyukuran kita dgn membaca 'Alhamdulillahi lazi ahyana ba'da ma amatana wa-ilahin nusur' (yg bermaksud: Segala puji bagi Allah (a.w) yg telah menghidupkan aku setelah mematikan aku (yakni, ketika tidur kita mungkin tak bangun lagi) dan kpdNya kita semua akan dikembalikan).
Saudara, 
apakah azam tahun baru kita sebagai seorang iman? Bagaimana kalau kita jadikan 6 ayat dalam Surah al-Haysr, iaitu Ayat 18 hingga Ayat 20 sebagai Azam Tahun Baru kita? Apakah azam itu? Kita lihat selanjutnya apa isi mesej ayat-ayat tersebut.
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman, bertaqwalah kpd (maksudnya: takutlah akan) Allah (a.w) dan hendaklah setiap diri (yakni, setiap kita) melihat (yakni, menghisab kembali) apa yg telah diperbuatnya (yakni, dikirimkan) untuk hari esok (yakni, akhirat); dan bertaqwalah kpd Allah (a.w); sesungguhnya Allah (a.w) zat yg maha mengetahui apa-apa yg kamu krjakan.' [Ayat 18, Surah al-Haysr]
Azam kita adalah: pertama, kita semak semula apa amalan dan ibadah yg telah kita lakukan sepanjang hidup kita sehinggalah sampai pada 31 Disember 2010 yg lalu, apakah kita telah bersedia untuk menerima tahun baru ini yg mendekatkan kita kpd tarikh ajal kematian kita? Kerana, kelak kita akan berdepan dgn Allah (a.w) ketika berkumpul dan berhimpun  di padang makhsyar menunggu scroll Kitab Catatan Amalan kita diserahkan kpd kita, yg akan menentukan apakah kita ahli syurga atau ahli nereka. Kalaulah Kitab kita diserahkan ke tangan kanan, alhamdulillah, kita adalah ahli syurga dan merasai pelbagai nikmatnya yg tidak terfikir oleh otak kita, terbayang oleh matahati kita, yg tidak pernah kita alami di dunia, nikmat yg amat menyeronokkan dalam erti kata sepenuhnya. Kalau Kitab diserahkan pada tangan kiri kita, kita adalah penghuni neraka yg di dalamnya kita akan disiksa tanpa henti-henti  setiap saat dan ketika dan kita tidak mati lagi, tetapi terus hidup menderita, minum air darah bercampur nanah dan makanan kita adalah buah khuldi yg berduri. Kesemua ini kita sendiri tentukan. Kalau kita banyak membuat dosa kerana kita menzalimi diri sendiri (i.e. kita tahu tak boleh, kita buat juga) atau kita fasiq (yakni, kita ingkarkan perintah dan suruhan), kita akan dihukum di neraka. Jalan keluar hanyalah bertaubat, memohon agar Allah (a.w), dengan sifat maha mengampunNya, akan mengampuni kita, insya Allah. Maka kalau diampunkan selamatlah kita. Kedua, setelah kita hisab atau audit kehidupan kita selama ini, dan kita bersihkan dgn bertaubat, dan kita masih diberi peluang untuk hidup lagi, sehingga dapat menemui tahun-tahun baru selanjutnya pula, kita berusahalah untuk memperbanyak dan memperbaiki amalan dan ibadah kita dari hari ini hingga hari akhir kita berada di dunia dan kita mempastikan bahawa segala amalan dan ibadah kita di masa depan itu kesemuanya diterima Allah (a.w). Amalan dan ibadah yg diterima Allah (a.w) adalah amalan yg didasarkan kpd ilmu mengenainya, dan ilmu serta panduan yg haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan cara melaksanakan amalan dan ibadah yg diteima Allah (a.w) adalah dgn mencontohi Rasulallah (s.a.w) sebagai 'uswatun hasanah' (yakni, model terbaik sebagai ikutan kita). Ketiga, hendaklah kita sentiasa meningkatkan ketaqwaan dgn mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang atau ditegah dan memperbanyakkan amalan dan ibadah yg sunat dan memperbaiki amalan dan ibadah kita yg fardu. Saudara, tahap keimanan seseorang itu dilihat dari segi amalan sunatnya, bukan fardunya. Kerana yg farud adalah tidak boleh tidak kita wajib kerjakan, kalau kita ingin peluang masuk syurga. Contoh: pastikanlah kita bersolat dgn cara yg betul dgn tertib spt ada tama'ninahnya, betul rukun qaulinya (bacaan), betul rukun fe'linya (pergerakan) dan betul rukun qalbinya (i.e. benar-benar khusyuk) dan sebagainya. Kita berpuasa dgn meminimakan erosion atau hakisan dari pahalanya. Kita tunai zakat dan infaq kita sebaik-baiknya. Kita sudah mampu, kerjakan ibadah haji menepati pesanan Rasulallah (s.a.w) (Khuzu anni manasikakum), yakni cara dan kaedahnya. Kita perbanyakkan amalan dan ibadah sunat kerana itu akan menutup kekurangan-kekurangan dalam ibadah-ibadah fardu.
Saudara, kita hanya boleh memperbaiki kiriman amalan dan ibadah kita kalau kita mengaji dan belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, terutama as-Sunnah, kerana hanya dgn memahami ketetapan as-Sunnah kita melakukan sesuatu mencontohi Rasulallah (s.a.w) dalam rukun qalbinya, rukun fe'linya dan dalam rukun qaulinya. Kita hanya yakin sepenuhnya segala amalan dan ibadah kita kerjakan itu diterima Allah (a.w) kalau kita buat menepati bentuk-bentuk ibadah dan amalan Nabi (s.a.w) serta menepati cara dan kaedah beramal dan beribadah sebagaimana Rasulallah (s.a.w) buat. Ini amat penting. Allah (a.w) tidak akan terima apa jua amalan dan ibadah tanpa didasarkan ilmu (Ayat 36, Surah al-Isra') dan jika tidak sejajar dgn apa yg dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w). Semua ibadah dan amalan yg berlainan dari contoh yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) ditolak dan tidak diterima Allah (a.w). Berwaspadalah. Perbetulkanlah ketika kita masih ada waktu.
Insya Allah, dalam post-post yg akan datang kita aka lihat Ayat-ayat selanjutnya.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment