Monday, January 17, 2011

Untung Rugi Belajar dan Sebarkan Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara seorang yg rajin memerhatikan persekitaran kita, kita akan dapati ramai mereka yg berkelulusan dalam bidang ugama sama ada dari luar negara ataupun dalam negara akan berkecimpung dalam arena politik (menjadi menteri atau wakil rakyat) atau arena bisnes (i.e. mengeluarkan produk 'halal' atau 'suci' atau menjadi pakar motivasi atau penceramah atau pendakwah bebasa atau sambilan) atau dalam arena akademik (i.e. menjadi pensyarah dan mahaguru di IPT atau IPTS). Hari ini, mereka yg 'pakar' dalam ugama kaedah atau laluan tradisi, tidak diiktiraf sebagai orang yg berilmu atau boleh menyampaikan ilmu, apatah lagi menjawat jawatan yg formal dalam kerajaan ataupun organisasi bukan kerajaan. Yg laku adalah mereka yg berkelulusan sarjana muda (bachelor), Sarjana (Masters) dan lebih-lebih lagi memiliki Ph D (dan bergelar Dr).
Sehubungan itu juga, pengajian secara tradisi di pondok-pondok sudah tidak mendapat tempat. Malah mereka yg lulus dari sekolah pondok sudah tidak diktiraf berilmu dalam ugama dan tidak boleh ditauliahkan menyampaikan ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Mereka sudah tak laku lagi. Yg laku adalah para lulusan akademik dalam bidang ugama, walaupun yg dipelajari oleh mereka di IPT atau IPTS tersebut adalah ilmu yg mirip ugama atau separa ugama atau lebih tepat dikatakan ilmu yg dinobatkan oleh manusia yg dianggap bijak dan pintar, sebagaimana bijak dan pintarnya manusia dalam ilmu dunia sehingga mencapai tahap atau taraf gelaran profesor atau mahaguru. Mereka itu, tidakpun mempelajari ilmu al-Quran secara sempurna (membaca, memahami isinya dan menghafalnya). Lebih-lebih lagi mereka itu tidakpun mempelajari kitab hadith secara sempurna, walaupun setakat kitab Sahih Bukhari atau Sahih Muslim yg diakui oleh para ulama' sebagai mengandungi hadith-hadith yg sahih dan boleh dijadikan panduan hukum hakam dalam Islam. Belum pasti juga mereka itu sudah khatam pengajian kitab-kitab hadith yg dikelompokkan sebagai Kuttubul Sittah (i.e. kitab yg enam, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Termidzi, Sunan an-Nasa'i dan Sunan ibnu Majah).
Sehubungan itulah, mereka yg dianggap berilmu mengenai Islam dan syariatnya itu, seringkali bersandarkan kitab-kitab karangan manusia atau penyelidikan berpandukan akal fikiran oleh mahaguru yg kemudiannya mengeluarkan pendapat tentang sesuatu aspek atau dimensi dalam Islam dan syariatnya. Seringkali, pendapat dan pandangan tersebut terasing atau terkeluar atau terpisah atau menyimpang dari ketetapan yg haq iaitu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu, wajarlah kita berwaspada. Hendaklah kta berhati-hati sebelum kita menerima ketetapan atau ketentuan mereka ini. Kita pasti terpesong kalaulah kita tidak faham Islam dn syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Itulah pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yg kita rujuk dalam post sebelum ini. Jika kita tersasar jauh kerana berpedomankan kata-kata atau pendapat mereka yg masyarakat umum anggap berilmu itu, kitalah (i.e. yg belajar drp mereka) yg rugi. Mereka (i.e. yg mengajarkan ilmu) juga rugi kerana mereka - sama ada sedar atau tidak sedar - menyebarkan ilmu yg batil tentang Islam dan syariatnya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kerap kali kita tuliskan dalam blog ini, ilmu yg haq itu hanyalah apa yg terdapat di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Itulah hakikat ketetapan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Itulah juga hakikat ketetapan dalam as-Sunnah dalam hadith yg kita berkali-kali rujuk, iaitu kita tidak akan sesat secara pasti dalam Islam kalau kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita ikuti pendapat manusia - termasuklah pendapat yg majoriti (Ayat 116, Surah al-An'am) - kita akan tersasar jauh dan sesat! Itu juga adalah suatu kepastian.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), katanya dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajar ilmu supaya dapat dia dengan ilmu itu membantah (atau menipu) orang bodoh (yakni, dia mengutarakan hujjah menegakkan sesuatu yang dia hendakkan manusia ikuti pendapat dan pandangannya dalam kejahilan manusia yang mendengar cakap-cakapnya), atau menandingi dengan ilmu itu ulama’ (yakni, supaya dia boleh berhujjah secara batil tentang segala sesuatu mengenai syariat Islam itu dan mengalahkan para ulama’ yang haq), atau supaya mengadap dia beberapa wajah manusia atasnya (yakni, membuat orang menghormati atau menyanjungnya dan dengan itu dapat dia kedudukan yang istimewa, atau jawatan yang berharga, berkuasa dan disanjung manusia dan rapat dia kepada mereka yang berkuasa dan mendatangkan pula lain-lain keistemewaan dan keuntungan material dll), maka dia itu di dalam neraka.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Saudara, 
demikianlah suatu hadith lagi yg memberi peringatan kpd kita yg berilmu supaya kita benar-benar membetulkan bukan sahaja sumber ilmu kita yg kita sebarkan tetapi juga kita betulkan niat kita dalam mengajar dan menyebarkan ilmu. Kalau kita tergolong dalam golongan yg batil yg disebutan dalam hadith ini, kitalah yg rugi bukan orang lain. Penulis blog ini tidak akan rugi, kerana segala sesuatu yg dituliskan adalah disandarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment