Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalam beberapa post dalam blog ini peraturan tentang solat. Malah, ara ulama' dan ilmuwan, dalam membincangkan perkara solat, sering menyebutkan bahawa ketika kita solat, kita mengadap Allah (a.w) dan Allah (a.w) berada di depan kita. Apabila kita melelapkan mata ketika solat atau kita menoleh ke arah lain, selain di depan kita (Nota: Mengarahkan mata kita ke tempat sujud), Allah (a.w) akan meninggalkan kita.
Saudara, solat itu adalah ibadah yg terutama dalam Islam. Solat adalah ibadah yg mula-mula dihisab di akhirat kelak. Jika solat kita itu sempurna hisabnya, maka hisaban ibadah dan segala amalan yg selainnya, akan mudah dan sempurna pula. Demikianlah utamanya solat. Pahala solat itu bergantung kpd kekhusyukan kita ketika bersolat.[Nota: Selain hakikat bahawa apabila kita solat hendaklah kita memenuhi dua pra-syarat untuk mendapat pahala atau diterima Allah (a.w) solat kita; iaitu: pertama, niat kita adalah kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga Allah) dan takutkan azab Allah (a.w) (yakni, siksaan dalam neraka Allah); dan kedua, bentuk-bentuk solat serta cara dan kaedah bersolat hendaklah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (yakni, 'Sollu kama ra-aitumuni usolli'). Jika solat kita menepati kedua-dua pra-syarat itu, maka pahalanya bergantung kpd kekhusyukan kita bersolat.]
Saudara, bagaimana nak khusyuk? Dalam post ini kita lihat panduan as-Sunnah bagaimana nak khusyuk.
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kita supaya ketika bersolat, kita tidak mengangkat pandangan kita ke langit.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Janganlah kamu mengangkat pandanganmu ke langit sesungguhnya disambar (oleh Allah (a.w) mata kamu), di dalam bersolat.’ [Hadith ibnu Majjah].
Di dalam hadith berikut, Rasullah (s.a.w) menasihatkan para makmum supaya jangan mengangkat pandangan ke arah langit (malah, ke arah selain tempat Sujud). Beliau memarahi para sahabat yg melakukan sedemikian itu.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari bersama para-para sahabat lain. Maka apakala selesai solat, maka menghadapi atas orang-orang yang bersolat (yakni, selepas memberi ‘salam’, dia berpusing menghadapi makmum) dengan wajahnya seolah-olah marah, maka bersabda dia (memberi nasihat pendek): ‘Apa kelakuan kaum ini mengangkat pandangan kamu sekelian ke arah langit’, sehingga dikeraskannya ucapannya di dalam menyebut sedemikian itu, sambil menyambung sabdanya; ‘Nescaya sungguh diberhentikan berbuat sedemikian atau nescaya sungguh dihilangkan oleh Allah (a.w) pandangan kamu sekelian!’ [Hadith Ibnu Majjah].
[Nota: Di dalam syariat Islam selepas bersolat, imam akan berpaling memandang kepada makmum. Imam dan makmum masing-masing berwirid, berzikir dan berdoa bersendirian, kerana doa itu merupakan permintaan sulit seseorang terhadap Allah (a.w). Justeru itu amalan berwirid, berzikir dan berdoa beramai-ramai adalah pembaharuan dalam amalan umat Islam. Jika perlu, maka imam akan memberi nasihat pendek kepada makmum atau jemaah. Nasihat tersebut semata-mata mengingatkan persediaan mereka untuk akhirat mereka, bukan untuk pertimbangan duniawi.]
Saudara, di dalam hadith berikutnya, Rasulallah (s.a.w) juga diceritakan melarang para sahabat yg bersolat atau menjadi makmum bersolat beserta beliau supaya tidak mengangkat pandangan ke langit.
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Samurah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Nescaya sungguh berhenti kaum (yakni, mereka sekelian yang menjadi jemaah solat) dari mengangkat pandangan mereka ke arah langit, atau tidak dikembalikan Allah (a.w) pandangan mereka (yakni, dipadamkan ni’mat boleh memandang itu).’ [Hadith Ibnu Majjah].
Saudara, di dalam hadith berikut disebutkan suatu ketika ketika Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat sedang bersolat, maka datanglah seorang wanita yg cantik, masuk sof di belakang untuk bersolat bersama. Maka teringinlah beberapa sahabat hendak melihat wanita tersebut. Maka ketika Ruku' dan ketika Sujud beberapa sahabat yg melihat ke belakang dari celah-celah ketiak mereka! Maka turunlah firman Allah (a.w) yg disebutkan dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a), berkata: ‘Pada suatu hari ada seorang perempuan bersolat (berjemaah) di belakang Nabi (s.a.w), cantiknya perempuan itu secantik-cantiknya manusia (yakni, tersangat cantiknya perempuan tersebut). Maka adalah sebahagian daripada kaum (yakni, para jemaah atau makmum lelaki) maju atau berpindah ke saf-saf terawal (yakni, di barisan hadapan) supaya tidak melihat (mereka) akan perempuan itu (ketika bersolat). Dan ada sebahagian jemaah atau makmum berpindah ke barisan-barisan di belakang (yakni, saf-saf terakhir). Maka tatkala ruku’ berkata-kata begini: ‘Melihat dari bawah ketiak mereka akan perempuan tersebut.’ Maka turunlah ayat al-Quran (yang berbunyi): 'Walaqad ‘alimnal-mustaqdimina minkum walaqad ‘alimnal-mustakhirina.' [Ayat 24, Surah al-Hijr] [Maksud ayat: Dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) melihat orang-orang yang (duduk) di barisan hadapan dari kalangan kamu, dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) melihat orang-orang yang (duduk) di barisan belakang (dikalangan kamu)] di dalam kelakuan atau telatah mereka hendak melihat perempuan itu.’ [Hadith Ibnu Majah].
Saudara, secara rengkasnya ketika kita solat hendaklah kita sentiasa menumpukan pandangan kita ke arah tempat Sujud kita. Ini akan menjamin kita tidak dipengaruhi oleh persekitaran kita ketika bersolat. Dan, kita dapat menumpukan sepenuh jiwa raga kita kpd solat kita.
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dok basoraka maudi’a sujudika’ [Maksud: Menempatkanlah (i.e. menumpukanlah) pandangan kamu pada tempat sujud kamu.] [Hadith riwayat ad-Daramiu].
Saudara. disebabkan oleh kejahilan kita atau kita tidak diajarkan refinement cara dan kaedah bersolat itu, maka mata kita seringlah maka seringlah kita perhatikan orang bersolat yg memandang ke depan atau memandang ke kiri dan ke kanan, atau matanya liar melihat segala sesuatu yg berlaku di persekitarannya atau disekelilingnya. Maka dgn itu tidak hairanlah dia bersolat tetapi tidak khusyuk.

Semoga, panduan dalam as-Sunnah di atas itu dapat menjadikan kita lebih khusyuk dalam solat, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment