Friday, January 28, 2011

Solat-solat Sunat: Solat Tahajjud

Assalamualaikum,
saudara, berpandukan lakaran jenis-jenis solat-solat sunat dalam post yg lalu, hari ini kita teliti Solat Tahajjud - solat sunat yg utama sebagai tembahan kpd amalan ibadah solat fardu - untuk menampal lompang-lompang kekeurangan solat fardu kita selama ini. Saudara, kita lihat dua ayat al-Quran yg mengandungi firman Allah (a.w0 menyuruh hambaNya yg Islam dan beriman kerjakan sebagai mengingatiNya dan bersyukur kpdNya: 
Firman Allah (a.w): (Yg maksudnya:) ‘... (wahai Muhammad) Dan ketika malam maka kerjakanlah solat tahajjud di dalamnya sebagai tambahan wajib bagi kamu ...’ [sebahagian ayat 79, Surah Israk]
Saudara, apabila syariat ugama Islam dibawa oleh Rasulallah (s.a.w), Solat Tahajjud itu adalah difardukan. Setelah solat fardu yg lima diwajibkan pada malam Israk dan Mikraj, maka Solat Tahajjud itu menjadi amalan yg digalakkan seumpama fardu. Solat Tahajjud adala ibadah solat sebagai tambahan kpd solat-solat yg diwajibkan atas kita orang iman kerjakan setiap malam.
Kita telah lihat sepotong hadith dalam post yg lalu bahawa Rasulllah (s.a.w) memberitahu kita bahawa tepat pada sepertiga terakhir malam, setiap malam, Allah (a.w) dgn diiringi oleh para malaikat rahmat turun ke langit dunia untuk menemui hambaNya yg Islam dan beriman bangun dan berjaga mala untuk mengerjakan ibadah dan amalan sunat terutama mengerjakan Solat Tahajjud. Allah (a.w) perkenankan tiga permintaan hambaNya; iaitu, pertama mengkabulkan segala doanya (i.e. permintaan mereka); kedua, mengampunkan dosa-dosa mereka apabila mereka memohon keampunan; dan ketiga, memberikan apa-apa yg dipinta oleh hambaNya.
Saudara, Allah (a.w) sekali lagi menggesa kita hambaNya yg Islam dan beriman supaya mengusahakan untuk bangun sebahagian malam untuk mengerjakan Solat Tahajjud. Kemudian setelah selesai hendaklah kita bertasbih (berkir, berwirid, berdoa dan membaca al-Quran) untuk memuji-muji kebesaran Allah (a.w) dan tanda kesyukuran kita kpd Allah (a.w) yg memberikan kita begitu banyak nikmat yg tak mungkin dapat kita hitungi, kalau kita ingin menghitungnya.
Firman Allah (a.w): (Yg maksudnya:) ‘Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat), pada waktu pagi dan petang @ Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (yakni, kerjakanlah Solat Tahajjud) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan wirid, zikir dan doa dan membaca al-Quran), pada sebahagian yang panjang dari waktu (malam itu)’ [Surah al-Insan, ayat-ayat 25 dan 26]. 
Saudara, waktu malam itu adalah agak panjang (i.e. separuh dari hari). Dalam hadith disebutkan bahawa qiamul-lail (atau bangun malam untuk mengerjakan ibadah tambahan itu) digalakkan bermula sepertiga terakhir malam - antara jam 3 pagi hingga jam 6 pagi. Mengapa Solat tahajjud itu utama sebagai ibadah solat sunat kita? 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): (Yg maksud): Yang lebih afdhal puasa selepas puasa bulan Ramadhan adalah puasa Muharram (Puasa Asyura), dan yang paling afdhal solat selepas solat-solat fardu lima waktu adalah solat-solat malam (yakni, solat Tahajjud).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi].
[NotaPuasa yang dimaksudkan adalah puasa hari asyura (atau, Puasa Asyura), iaitu pada 10 Muharram. Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) sering mengerjakan uasa tersebut sebelum difardukan puasa Ramadhan. Beliau berhajat untuk berpuasa sehari lagi, iaitu pada 9 Muharam, pada tahun esoknya, tetapi beliau wafat sebelum sempat menemui tahun baru itu. Umat Islam digalakkan berpuasa dua hari atau sehari pada 9 dan sehari lagi pada 10 Muharram atau pada 10 Muharram sahaja.]
Saudara, 
selain ketetapan di atas itu mengenai kefadhalan solat malam dan Puasa Asyura, dalam hadith lain Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa amalan rutin malam yg amat disukai Allah (a.w) adalah amalan mengimarahkan malam oleh Nabi Daud (a.s), kerana dia tidur seperdua malam, kemudian bangun sepertiga malam untuk mengerjakan pelbagai ibadah dan kemudian dia tidur semula satu perenam malam. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa amalan puasa yg sangat disukai Allah (a.w) adalah berpuasa sunat cara Nabi daud (a.s) (i.e. Puasa Nabi Daud), iaitu dia berpuasa sehari dan berbuka (yakni, tidak berpuasa sehari, i.e. puasa selang sehari.
Mudah-mudahan, kita diberi kesempatan dan kekuatan mental untuk melakukan yg terbaik sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan para nabi sebelum beliau. Insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment