Saturday, January 8, 2011

Persaudaraan Dalam Islam: Silatur Rahim

Assalamualaikum, 
Saudara, sebelum kita truskan perbincangan kita selanjut tentang solat dan perkara-perkara yg terkait dgnnya, dan kita bincankan 'pembaharuan dalma Islam' (atau 'bid'ah), kita lihat sedikit ketetapan Islam tentang berbuat baik sesama orang Islam dan iman.
Keutamaan berbaik-baik dan berbaik sangka terhadap orang iman yg lain adalah satu-satu bukti keimanan seseorang yg akui dirinya orang Islam dan orang iman.
Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran: 'Innamal-mukminuna ikhwatun fa-aslihu baina akhawaikum; ...' (yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang iman itu bersaudara, maka berbuat baiklah  sesama saudara seiman) [Ayat 10, Surah al-Hujutat]. Kita wajib berbaik-baik antara satu sama lain. Kerana itu tidak patutlah kita memfitnah, berburuk sangka, mencai cela, mengadu dumba, bermusuh0mushan sesama orang iman, apa lagi menghinanya, menyusahkannya, memalukan atau mengaibkannya, dll lagi prbuatan yg tak sepatutnya wujud sesama orang iman. Dalam konteks ini ada banyak perbuatan orang-orang ugama, terutama yg mengutamakan pengintipan perlakuan maksiat orang Islam, menghebah-hebahkannya pula untuk pengetahuan orang ramai. Orang Islam dianjurkan merahsiakan keaiban orang Islam lain, dan hanya menonjolkan atau membesar-besarkan kebaikan saudaranya. kalau tak ada yg baik nak dicakapkan, lebih baik tutup mulut saja.
Saudara, dalam perkara hubungan sesama orang iman ini, kita lihat sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita lakukan, kerana melakukannya kita beroleh pahala.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Barangsiapa yg menghilangkan (atau menghapuskan) satu kesusahan orang Islam dari beberapa kesusahan dunianya, maka Allah (a.w) menghilangkan satu kesusahan darinya dari beberapa kesusahan di hari kiamat; dan barangsiapa yg memudahkan atas orang lain kesulitan dia di dunia, maka Allah (a.w)  akan memberi kemudahan terhadapnya di dunia dan akhirat; dan barangsiapa yg menutupi )rahsia) orang Islam di dunia, maka Allah (a.w) akan menutupi (rahsianya) di dunia dan di akhirat; dan Allah (a.w) sentiasalah menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.' [Hadith at-Termidzi, Bab Berbuat Kebaikan dan Menyabung Silatur Rahim]
Saudara, kalau orang Melayu yg Islam benar-benar beriman dan ingin mendapatkan pertolongan dan kerahmatan Allah (a.w), sebagaimana yg diberitahu oleh hadith di atas itu, tidak akan timbul kekecohan dalam masyarakat Melayu hari ini. Malangnya, masyarakat Melayulah yg sering kecoh dan berbalah sesama sendiri, aib mengaib, kata mengata, caci mencaci, terutama di kalangan orang politik! Dalam hadith yg lain disebutkan bahawa kesemua perbuatan sedemikian itu mengakibatkan pahala dan kebaikan dari apa-apa amalan dan ibadah terhapus!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment