Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti suatu hadith yg menyebutkan jikalah kita memiliki keyakinan sebesar zarrah tentang wujudnya Allah (a.w) yg Esa, maka di akhirat kelak kita masuk syurga. Ada juga hadith yg menyebutkan bahawa sesiapa yg akhir kalamnya (atau kata-katanya) ketika akan mati (yakni, sakratul maut) menyebut kalimah 'Lai-ilaha ilallah', masuk dia ke dalam syurga. Kemudian dalam firman Allah (a.w) yg kita rujuk dalam post itu, Allah (a.w) memperingatkan pula orang iman (atau orang beriman) supaya pastikan dia jangan ketika mati kafir atau hendaklah mati dalam Islam (atau mati sebagai seorang Islam). Firman Allah (a.w) ditujukan kpd orang iman, tidak kpd orang Islam! Kenapa? Orang Islam tidak semestinya beriman, spt orang munafiq yg berpura-pura mengaku beriman. Atau, seorang yg Islam, tapi langsung tidak mengerjakan Rukun Islam, terutama solat. Dia bukan orang beriman. Firman Allah (a.w) itu tidak ditujukan kpd orang kafir atau orang musyrik, iaitu orang yg tidak Islam. Kalau tidak Islam pastilah dia tidak beriman. Orang yg tidak Islam dan tidak beriman pastilah dia mati tidak Islam. Apabila tidak Islam maka dia tidak mendapat syurga.
Saudara,
Dalam post yg sebelum ini, kita telah teliti 8 situasi atau keadaan yg memungkinkan kita mati tidak Islam. Antara yg jelas adalah mengamalkan bid'ah dan meninggalkan satu waktu solat fardu. Apakah ada kontradiksi (atau, contradiction) dalam ketetapan Allah (a.w)? Tidak.
Bagi mereka yg mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, mereka akan tahu bahawa semua orang Islam yg ada keyakinan dalam hatinya bahawa Allah (a.w) yg Esa itu wujud, dia akan masuk syurga, akhirnya. Begitu jugalah, seseorang yg Islam yg ketika dalam 'sakratul maut', hendak mati, dia menyebut 'La-ilaha ilallah' sebagai kata-kata akhir dari mulutnya, dia akan masuk syurga, akhirnya.
Orang iman yg berdosa, jika dosanya tidak ditaubatkan dan jika taubatnya tidak diterima Allah (a.w), maka dosanya kekal dgnnya. Maka kerana dosa itu dia perlu dibersihkan dahulu, kerana hanya orang yg bersih tanpa dosa sahaja yg boleh masuk syurga! Maksudnya, dia akan menjalani hukuman dalam neraka dahulu. Setelah dibersihkan barulah dia boleh masuk syurga. Maka dgn itulah dalam al-Hadith disebutkan orang yg terakhir mendapat syurga, setelah lama berada di dalam neraka, dia akan didudukkan di tepi neraka dan dia melihat ke arah syurga. Dia meminta kpd Allah (a.w) supaya dia didekatkan ke syurga kerana ingin melihat keadaan syurga itu. Setelah didekatkan, dia memohon pada Allah (a.w) pula untuk masuk ke dalamnya, kerana di sana di dapati begitu indah dan menyeronokkan. Di dalam syurga itu terdapat perkara yg tidak terfikir oleh otak manusia, tidak pernah terlihat oleh mata manusia, tidak pernah didengar oleh telinga manusia, dan tidak pernah dirasai oleh manusia, ketika di dunia. Kemudian, Allah (a.w) memerintahkan malaikat supaya dimasukkan dia ke dalam 'sungai hayat' untuk mengembalikan semula sifatnya seperti bersihnya tubuh ahli syurga. Maka dia kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga. Itulah, sabda Rasulalah (s.a.w), orang yg terakhir masuk syurga. Itulah maksud ketetapan bahawa sesiapa yg kalimah akhirnya ketika mati 'la-ilaha ilallah' dan orang yg ada keimanan terhadap Allah (a.w) sebenar zarrah, akan akhirnya masuk syurga.
Saudara, yg kita perlu sedari adalah siksaan di neraka itu adalah siksaan yg tidak pernah dirasakan oleh manusia di dunia. Panas api neraka itu adalah 70 kali ganda panasnya api dunia, apabila digabungkan kesemuanya! Makanan ahli neraka hanya buah zakum yg berduri dan minumannya hanyalah air darah bercampur nanah. Apabila dimakan buah zakum itu tercekik dan luruh tekak dan hancur segala isi perut yg memakannya. Apabial diminum air dalam neraka itu akan hancur segala isi perut manusia. makanan dan minuman neraka itu amat sakit dan menyiksakan, tidak menghapuskan kelaparan atau kehausan, dan pula mati kerana memakannya atau meminumnya. Apabila luruh kulit dan daging tubuh, akan tumbuh semula, dan hancur semula, kemudian tumbuh semula ad infinitum! Walaupun akhirnya dapat syurga, tapi ketika berada dalam neraka, siksaannya amat berat yg perlu dilalui untuk berapa lama? Hitungan tempohnya di neraka itu disebut 'ahkab'. Satu ahkab itu adalah selama 100,000 tahun kiraan tahun akhirat. Sehari di akhrat adalah selama 1,000 tahun di dunia. Ahli neraka berada di neraka, sebelum diberi peluang ke syurga, jika beriman sebesar zarrah, menunggu dalam siksaan berahkab-ahkab lamanya ...
Justeru itulah, penting kita faham bahawa yg dapat syurga itu adalah mereka yg tergolong dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' dan orang yg terselamat dari golongan yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment