Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini dan yg sebelumnya, kita telah lihat dua hadith yg penting kita renungi dan internalisasikan, kerana kedua-duanya memberikan kita ketetapan yg haq yg, jika kita abaikan, rosak keIslaman kita. Satu hadith Rasulallah (s.a.w) yg menyebutkan bahawa umat Islam itu diwajibkan berjema'ah dan dilarang berfirqah atau, rengkasnya, menubuhkan mazhab, kerana itu adalah punca perpecahan umat Islam. Dan, sebelumnya hadith Omar b Khattab (r.a) yg menyebutkan bahawa kita sebenarnya tidak Islam jika kita tidak berjema'ah. Hari ini kita lihat pula sepotong hadith lagi bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya (i.e. kita) bahawa dia diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya menegakkan atau menubuhkan jema'ah dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (suka berdebat dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam (yakni, membela ugama Islam dan memanfaatkannya untuk kebajikan akhiratnya)] [Hadith Muslim]
Hadith di atas itu adalah nas dan dalil as-Sunnah tentang kewajipan bagi umat Islam menganuti Islam secara berjema'ah dan menegah umat Islam berkelompok atau berfirqah. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) ini adalah mengulangi atau echoing firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran
Mesejnya apa? Ugama Islam itu diamalkan secara berjemaah dan bukan diamalkan secara individu atau perseorangan. Maka dgn itulah ibadah utama dalam Islam, iaitu solat fardu itu, wajib dikerjakan secara berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan perintah berjema'ah itu mendatangkan keridaan Allah (a.w). Maksudnya, jika tidak berjema'h Allah (a.w) tidak rida. Kalau Allah (a.w) tidak rida, maka mana mungkin kita memenuhi syarat masuk syurga mengikut Ayat 13, Surah an-Nisa' itu! Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyebutkan tiga perkara yg Allah (a.w) benci; iaitu, pertama, bercakap atau mengatakan itu dan ini tentang Islam walhal dia jahil atau tiada ilmu mengenai apa yg dikatakan olehnya. Contoh: ada 'bid'ah hasanah'. Bukan sahaja tiada nas dan dalil yg menyokong kata-kata tersebut, malah Rasulallah (s.a.w) secara terang-terang menyanggah atau melarang umatnya! [Nota: Sama dgn apa yg dikatakan oleh Yahudi bahawa Uzir adalah anak tuhan, walhal tiada buktinya. Begitu juga kaum Nesrani mengatakan Isa (a.s) itu anak tuhan walhal merekapun tiada bukti hanya persangkaan padri-padri mereka saja.] Kedua yg dibenci Allah (a.w) adalah setelah diberitahu sesuatu tentang syariat Islam itu, spt Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tiada 'bida'ah hasanah', tapi kekal berhujjah kononnya Imam as-Syafie atau Mazhab as-Syafie mengajarkannya, walhal Imam as-Syafie sendiri tak kata begitu! Ketiga yg dibenci Allah (a.w) adalah orang yg membazirkan harta. Siapa yg lazimnya membazirkan harta? Pastilah orang yg berwang, kaya dan berharta. Kenapa membazir? Kerana digunakan kelebihan rezki yg diberi Allah (a.w) kpdnya berbelanja untuk keseronokan dunia. Mereka yg kaya bina rumah seumpama istana atau mahligai (bukan sebuah), membeli kereta berjenama (yg amat mahal bukan satu dua) yg tiada keutamaanya selain untuk bermegah, menunjuk atau semata-mata untuk menghabiskan wangnya yg tak pula diinfaqkan fi sabilillah, demi kebajikan akhiratnya, untuk menempah tempat tinggal yg pasti di syurga, sebagai contoh. [Nota: Insya Allah kita akan teliti kemudian nanti tajuk 'infaq' dan bagaimana kesudahan orang yg mampu menginfaq tapi bahil atau menginfaq tetapi riak].
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment