Friday, January 28, 2011

Solat-solat Sunat: Solat Tahajjud (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telah lihat dalam post sebelum ini bahawa dua amalan yg afdhal - amalan sunat; iaitu, pertama, solat yg afdhal selepas solat fardu adalah Solat Tahajjud; dan kedua, puasa yg afdhal selepas Ramadhan adalah Puasa Asyura. Kita juga diberitahu bahawa solat-solat malam itu, terutama Solat Tahajjud itu, mendatangkan banyak manfaat kpd kita. Kerana, pada seperti malamlah Allah (a.w) turun ke langit dunia dgn diiringi oleh para malaikat melihat apakah hambaNya mengingatinya dan bersyukur kpdNya.
Saudara, kita lihat hadith berikut: 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: (Yg maksudnya): Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika tepat sepertiga yang pertama malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit: ‘Aku (Allah (a.w)) raja bagi segala raja dan kamu sekelian itu hambaKu, (pertama) sesiapa yang meminta doa akanDaku maka Aku makbulkan akan dia; (kedua) sesiapa yang meminta akanDaku maka Aku beri akandia; (dan, ketiga) sesiapa minta ampun akanDaku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya’. ‘Maka (sambung sabda Rasulallah (s.a.w)) sentiasalah Dia (Allah) berseru sedemikian itu hingga tiba terbit fajar’.] [Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi].
Hadith di atas itu adalah contoh Hadith Qudsi, i.e. firman Allah (a..w) yg disampaikan melalui lafaz sabda Rasulallah (s.a.w). Hadith itu menyebutkan sesiapa yg berjaga malam, selepas setengah atau seperti malam, untuk mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah, terutama Solat tahajjud dan Solat Witir, Allah (a.w) makbulkan atau kurniakan tiga perkara; iaitu: pertama, sesiapa yg berdoa meminta sesuatu akan dikablkan oleh Allah (a.w); kedua, sesiapa yg meminta sesuatu, seumpama kurniaan rezki tambahan atau apa-apa saja yg diniatkan hatinya, akan diberikan; dan ketiga, sesiapa yg memohon keampunan dari dosa-dosa yg lepas, akan diampunkan Allah (a.w) dosa-dosanya. [Nota: Allah (a.w) berada di langit dunia itu sehingga tiba waktu Solat Subuh, kemudian Dia akan naik semula ke ArasyNya.]
Saudara, mudah-mudahan kita diberi kekuatan dan kesempatan untuk mengerjakannya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment