Sunday, January 2, 2011

Pengisian Azam Tahun Baru - Wudu' dan Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat secara rengkas cara dan kaedah mandi junub dahulu sebelum melihat cara dan kaedah berwudu' dan solat. Kerana, jika kita diwajibkan mandi junub - kerana sesuatu yg mensyaratkannya, maka jika mandi junub kita tidak sejajar dgn ketetapan as-Sunnah, maka solat kita (dan segala ibadah yg bersandarkan sahnya wudu' tidak sah). Dalam blog ini kita sudahpun perjelaskan secara yg agak terperinci kaedah dan cara mandi junub dan wudu'. Dalam post ini kita rengkaskan sahaja. Kalau saudara ingin rahu sandaran nas dan dalil hadithnya, kita akan tuliskan kemudian, insya Allah.

Cara Mandi Junub ikut as-Sunnah

Mandi junub yg sah menepati ketetapan as-Sunnah merangkumi dua proses dalam satu: pertama, berwudu'; dan kedua, mandi. Rengkasnya spt berikut:
1.  Membasuh lendir dan kotoran air mazi yg ada di kemaluan (Nota: Mazi dianggap najis dalam Islam, air mani tidak) dan bahagian tubuh yg terkena air mazi - membersihkan badan;
2.   Membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelagannya, kanan kemudian kiri, tiga kali;
3. Berkumur-kumur sambil menghisap air ke dalam hidung, kemudian menghembuskan keluar dari hidung dan mulut tiga kali;
4.    Membaca kalimah 'Bismillah' sambil berniat dalam hati untuk wudu' dan mandi junub tanpa dilafazkan [Nota: Bismillah boleh dibaca awal, ketika hendak membersihkan alat kelamin dan tubuh badan];
5.    Membasuh muka (3 kali);
6.    Membasuh kedua-dua tangan, kanan dulu kemudian kiri, sampai ke paras atas siku (3 kali);
7.   Menyapu kepala dgn menjalankan kedua-dua belah tangan dari bahagian dahi di tarik ke belakang kepala, kemudian dikembalikan kedua-dua telapak tangan ke dahi semula, dan kemudian ibujari dan jari telunjuk menyapu kedua-dua telinga (sekali);
8.  Membasuh kedua-dua kaki sampai ke paras buku lali, kanan dahulu kemudian kiri (sekali)
9.    Meratakan air ke badan, mula dgn sebelah kanan, kemudian sebelah  kiri dan kemudian sebelah tengah badan.
10.   Setelah rata air mengenai tubuh, bacalah Doa Wudu', iaitu membaca dua kalimah syahadah.
[Nota: Doa selepas mandi junub atau selepas berwudu' adalah membaca dua kalimah syahadah: 'Asyhadu allailaha illallah, wa-asyhadu anna muhammadan 'abduhu wa-rasuluhu.']
Saudara, demikianlah peraturan as-Sunnah tentang cara dan kaedah mandi junub itu. 
Bagi perempuan yg panjang dan tebal atau lebat rambutnya dan disanggul pula, tidaklah perlu dia rongkaikan atau buka sanggulnya untuk mandi junub. Memadailah dia membasahkan kedua-dua telapak tangannya dan menselak-selakkan kedua-dua tangan dgn jari-jari tangannya yg basah dari bawah bahagian kepala (i.e. rambutnya) sahaja supaya kulit kepalanya mengenai air. Tak perlu dijirus. Bukanlah syarat mandi junub untuk wanita itu mencurahkan air ke kepalanya supaya basah ranmbutnya yg tebal. [Nota: Mandi junub bukanlah mandi untuk membersihkan najis atau kekotoran, tetapi adalah syariat Islam supaya 'bersuci'. Bersuci bukan seumpama membersihkan kekotoran].

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment