Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang setiap perkara yg akan menjadi pengisian kpd Azam Tahun Baru kita itu. Kita sudah teliti cara dan kaedah mansi junub berpandukan ketetapan as-Sunnah. Kita telahpun tahu bahawa mandi junub mengikut ketetapan as-Sunnah (yakni, mencontohi perlaukan Rasulallah (s.a.w) adalah merangkumi) dua proses, iaitu wudu' dahulu kemudian mandi dgn dimulakan dgn menyebut kalimah 'Bismillah'. Tanpa dibaca 'Bismillah' wudu' dan, kerana itu, mandi junub kita tidak sah. Kita wajib faham bahawa jika mandi junub atau wudu' kita tidak sah, maka tidak sahlah solat kita (dan segala amalan yg berdasarkan wudu').
Wudu' Mengikut as-Sunnah
Dalam post ini kita teliti cara dan kaedah berwudu' mengikut as-Sunnah, sebagaimana yg dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Proses wudu' yg sah itu adalah seperti berikut:
1.Menyebut 'Bismillah' dan memasang niat tanpa dilafazkan;
2.Membersihkan kubul dan dubul kita (yakni, bahagian kemaluan dan dubur) dgn air
3.Membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangannya (3 kali);
4.Memasukkan air ke mulut dan menghisap air ke dalam hidung, kemudian disemburkan keluar dari mulut dan hidung semula (3 kali);
5. Menyebut 'Bismillah' kalau belum menyebutnya ketika mensucikan kekotoran di kubul dan dubur tadi, dan memasuh muka (3 kali);
6. Membasuh kedua-dua tangan dan lengan sampai ke paras siku, kanan dulu kemudian kiri (3 kali);
7. menyapu kepala dgn menjalankan kedua-dua telapak tangan yg lembab dgn air dar dahi ke belakang dan kemudian ditarik semula ke depan dan disudahi dengan ibu jari dan jari telunjuk menyapu cuping telingan (sekali); dan
8. Membasuk kedua-dua kaki, kanan dulu kemudian kiri, sampai keparas kedua buku lali (sekali)
9. (Setelah selesi) Membaca Doa Wudu' iaitu dua kalimah syahadah: 'Asy-hadu allailaha ilallah, wa-asy-hadu anna Muhammadan wa-Rasuluhu wa-'abduhu'.
Saudara, demikianlah proses atau cara dan kaedah berwudu' yg sah mengikut as-Sunnah itu. Basuhan anggota-anggota wudu' kita itu boleh dibuat sekali atau dua kali atau tiga kali, kecualilah menyapu kepala sekali sahaja. Telingan disapu bersekali dalam proses menyapu kepala, tidak dibuat secara berasingan. Tidak ada nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah bahawa kita menyebut atau melafazkan sebagainiat kalimah-kalimah spt 'Nawaitu raf'al hadathil ... atau nawaitul wudu'a ...' dan kalimah-kalimah yg seumpamanya. Ini adalah kalimah yg dicipta tak atu oleh siapa. Kerana, Imam as-Syafie yg dikatakan kononnya pengasas Mazhab as-Syafie, ketika berwudu', tidakpun menyebut lafaz niat yg sedemikian itu.
Saudara, wajib diingati bahawa proses dan kaedah atau cara berwudu' sedemikian itu menunjukkan bahawa tiada perbuatan menyapu dua atu tiga helai rambut atau sebahagian kepala ketika berwudu' menyapu kepala. Kepala, anggota wudu' yg ke-3 selepas kedua tangan hendaklah disapu, bukan disiram dgn, air supaya seluruh bahagian kepala terkena air bukan sebahagian sahaja. [Nota: Ada tok guru menyebut cara sedemikian adalah cara mazhab lain. Tidak benar. Itu adalah cara Rasulallah (s.a.w).]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment