Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat beberapa sabda Rasulallah (s.a.w) yg mengulangi ketetapan Allah (a.w) bahawa ugama Islam itu (yakni, syariatnya) telahpun diempurnakan oleh Allah (a.w) dan telahpun disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam post itu kita telah perjelaskan mesej sebuah hadith mengenai Islam itu. Dan, dalam post sebelumnya kita telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) supaya kita jauhi 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau, istilah yg diketahui umum, 'bid'ah' itu. Dan, dalam post kali ini kita telah lihat apakah ketetapan as-Sunnah mengenai bid'ah dan akibatnya (pada orang yg mengamalkan, mengajarkan atau menyebarkannya kpd orang lain untuk mereka amalkan pula.
Bid'ah Amalan Batil
Saudara, kita turunkan dua lagi sabda Rasulallah (s.a.w) menyentuh topik atau tajuk bid'ah in, yg jelas memberitahu kita bahawa sesiapa yg mengamalkan bida'ah dalam mana-mana amalan dan ibadah, tidak diterima Allah (a.w) amalan atau ibadahnya:
Sebagai permulaan kita rujuk kepada dua sabda Rasulallah (s.a.w), yang juga pendek, tetapi amat fundamental. Ketetapan tersebut membawa implikasi yang amat kritikal kepada pengamalan dan pengibadat kita dalam Islam. Tetapi, dalam mengajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, sabda Rasulallah (s.a.w) tersebut tidak diberikan tumpuan yang utama. Kalaupun dirujuk, para ulama’ dan ilmuan Islam tidak memberikan keutamaan yang sewajarnya. Malah ada yang meremehkannya pula.
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minhu fahua raddun.' [yg maksudnya: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia ditolak] [Hadith Bukhari] dan juga hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddun.' [yg maksudnya: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia ditolak.] [Hadith Muslim].
Hadith-hadith di atas itu jelas lagi terang melarang umat Islam mengamalkan sesuatu yang bid’ah. Diperingatkan pula jika beramal dengan bid’ah tidak diterima amalan dan ibadah kita. Namun, majoriti orang Islam tidak hiraukan hadith-hadith ini, kerana mereka teruskan amalan yang bercirikan bid’ah juga. Malah, kita akan lihat kelak akibat mengemalkan bid'ah. Dan, apakah akibatnya pula jika kita mengajarkan atau menyebarkan bid'ah. Kita akan tahu nanti bukan sahaja amalan dan ibadah sedemikian tidak diterima, semua amalan dan ibadah baik (amal ma’ruf) lainnyapun tidak diterima. Lebih bahaya, orang yang mengamalkan sesuatu yang bersifat bid’ah tidak diterima taubatnya selagi kekal dia mengamalkan sesuatu yang berbau bid’ah. Di akhirat nanti, tidak diakui oleh Allah (a.w) uamat Muhammad (s.a.w). Jelasnya emngamalkan bid'ah sama tarafnya dgn orang yg kafir atau seolah-olah kafir. Insya Allah kita akan teliti secara terperinci perkara ini kemudian nanti.
Saudara, dalam dua hadith di atas itu, prinsip yg wajib kita fahami adalah setiap amalan atau ibadah yg kita kerjakan jika tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah adalah sia-sia tidak diterima Allah (a.w). Kita bersusah payah, malah dgn penuh kesungguhan lagi istiqamah mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah, namun amalan dan ibadah kita tidak mendapat pahala langsung.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment