Tuesday, January 11, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
Saudara, mulai hari ini blog ini akan memuatkan satu kata-kata himat setiap hari sebagai panduan hidup hari ini dan untuk hari esok. Kata-kata hikmah hari ini adalah:
Diriwayatkan hadith dari Salim b Abdullah, hadith dari bapanya berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Ma warratha walidun khairan min adabin hasanin' (yg bermaksud: Tidak ada warithan yg diwarithkan oleh orang tua kpd anaknya yg lebih baik dari warithan adab (atau  budi pekerti) yg baik.' [Hadith at-Tobrani, di dalam Ausati]
Saudara, 
hari ini kalau kita suka memerhatikan gelagat genarasi muda, kita akan dapati 9 dari 10 orang anak muda memiliki adab atau budi perkerti yg buruk dan memalukan, seumpama tidak menghormati ibubapanya, menengkeng dan bercakap kuat dan kasar terhadap kedua ibubapa mereka, tidak menghormati orang tua, mengerjakan perbuatan sumbang di depan khalayak ramai tanpa segan silu, tidak mahu dengar nasihat, dan seumpamanya.
Saudara, 
yg utama dalam Islam bukanlah kita, terutama kita yg kaya dan mewah, mewarithkan harta dan kekayaan kpd anak, tetapi mewarithkan akhlak dan budi perkerti yg baik dan kesopanan dan peradaban yg ulong. Malah mewarithkan harta dan kekayaan kpd anak mungkin memudaratkan kehidupan akhirat kita apakala anak-anak kita membazirkan harta dan kekakayaan dan menyalahgunakan apa yg mereka warisi drpd kita. Bagi yg kaya yg terbaik adalah mewarithkan hartanya kpd fi sabilillah supaya mengalir pahala kpdnya ketika dia tiada lagi di dunia ini. Itulah pelaburan akhirat yg terbaik yg mengalirkan dividen akhirat yg tidak putus-putus untuk kebajikan akhiratnya kelak. 
Kalaulah anak kita yg kita wariskan wang ringgit, kekayaan dan kemewahan, maka tanpa keimanan dan panduan al-Quran dan as-Sunnah, dia akan melupakan kedua ibu bapanya dan dia akan kufur kpd Allah (a.w), dan akan membuat segala bentuk kebatilan dalam hidupnya dgn harta warisannya. Maka kedua ibu bapa akan dikirimkannya dosa yg tidak putus-putus kerana dia menggunakan kemewahan dan kekayaannya melakukan pelbagai kebatilan dan dosa pula. Dia mendapat dosa kerana melakukannya, dan dia juga mengirim dosa kpd kedua orang tuanya yg sudahpun mati! Semakin beratlah siksaan terhadap kedua ibubapanya di akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment