Sunday, January 30, 2011

Solat-solat Sunat: Solat Duha (Samb.)

Assalaualaikum,
Saudara, kita telah lihat dalam post-post sebelum ini dua kefadhalan atau keuntungan yg kita dapati apabila kita mengerjakan Solat Duha di siang hari sebagai tambahan kpd ibadah solat fardu yg kurang sempurna, iaitu mendapat pahala seumpama beberapa sedekah kerana perbuatan baik kita dan kecukupan keperluan harian kita pada hari itu. Kita lihat pula dua lagi 'keuntungan akhirat' yg kita dapati dengan mengerjakan Solat Duha itu.
Diriwayatkan hadith daripada Musa bin Anas, daripada Summah bin Anas, hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa bersolat Duha dua belas (12) rakaat dibangunkan (yakni, dibina oleh) Allah (a.w) istana (atau mahligai atau rumah) daripada emas di dalam syurga.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas menyebutkan bahawa rumah yang diperuntukkan kepada seseorang yang mengerjakan solat Duha 12 rakaat itu adalah mahligai – mahligai yang diperbuat daripada emas. Sepotong hadith lain, yang terdapat dalam Sunan at-Termidzi pula menyebutkan juga bahawa Nabi (s.a.w) solat Duha 12 rakaat: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila (r.a) yang berkata bahawa tidak diberitahu oleh seseorangpun kepadanya bahawa dia melihat Nabi (s.a.w) bersolat Duha melainkan Ummu Hani yang menceritakan kepadanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) masuk ke rumahnya ketika kembali dari Mekah (yakni, semasa penaklukan Mekah oleh orang Islam), maka mandi dia dan bersolat dia dua belas (12) rakaat, tidak melihat aku semasa dia bersolat itu dia meringankan solatnya (yakni, mengerjakannya dengan cepat atau tergesa-gesa atau membaca surah-surah pendek) melainkan ada dia menyempurnakan ruku’ dan sujudnya (yakni, cukup tama’ninahnya).’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi]
Selain mendapat istana daripada emas semasa dalam syurga kelak, fadilat mengerjakan solat Duha itu banyak, mengikut ketetapan as-Sunnah, antaranya, menghapuskan dosa-dosa kita. Hadith di bawah ini menyebutkan bahawa jika kita bersolat satu solat Duha empat rakaat itu, Allah (a.w) mengampunkan dosa-dosa kita (tidak termasuk dosa besar), walaupun dosa-dosa tersebut sebanyak buih-buih di lautan
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjaga atas genap (solat) Duha (yakni empat rakaat dibuat dua-dua rakaat satu salam), diampunkan oleh Allah (a.w) dosanya, dan jikapun dosa-dosanya itu seumpama sebanyak buih di lautan.’ [Hadith Ibnu Majah, Kita Mendirikan Solat & Sunnah Mengenainya]
Saudara, 
demikianlah pula dalam satu perspektif lain, kita mendapat ganjaran pahala yg banyak, iaitu: satu, dibina oleh Allah (a.w) sebuah istana untuk kita di dalam syurga; kedua, dosa-dosa kita, walaupun sebanyak buih-buih di permukaan lautan di ampunkan Allah (a.w) pula. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah (a.w) untuk menyempatkan diri untuk mengerjakannya setiap hari.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment