Assalamualaikum,
saudara, apakah surah-surah khusus yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika beliau bersolat Solat Witir? Ini disebutkan dalam hadith berikut. Kelazimannya Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Solat Witir tiga rakaat disudahi dgn satu salam.
Diriwayatkan hadith daripada Ubay bin Ka’ab (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) bersolat Witir dia membaca surah ‘Sabbihisma rabbikal ‘ala’ dan ‘Qul ya aiyuhal kafirun’ dan ‘Qulhu-Allahu ahad’.’ [Hadith Ibnu Majah & Abu Daud]
Jelaslah di dalam hadith di atas, Rasulallah (s.a.w) membaca surah-surah tersebut semasa beliau bersolat Witir tiga rakaat. Pada rakaat pertama dibacanya Surah al-A’la, pada rakaat kedua dubacanya Surah al-Kafirun dan pada rakaat ketiga dibacanya Surah al-Ikhlas. Demikian juga dalam hadith berikut.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ada bersolat Witir dengan membaca ‘Sabbihis ma rabbikal a'la’, dan ‘Qul ya aiyuhal kafirun’ dan ‘Qulhu-Allahu ahad’ [Hadith Ibnu Majah & Abu Daud (hadith riwayat Ubay bin Kaab (r.a) dan Aisyah (r.a)]
Di dalam hadith di bawah ini pula disebutkan perkqra yang sama, iaitu Rasulallah (s.a.w) sering bersolat Witir tiga rakaat. Surah-surah yang dibacanya sama dengan yang disebutkan di dalam dua hadith di atas. Hanya, ditambah sedikit bahawa semasa rakaat ketiga beliau baca tiga surah termasuk Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Aziz bin Juraijin (r.a) berkata: ‘Aku bertanya kepada Aisyah (r.ah): ‘Dengan apakah sesuatu (bacaan) Rasulallah (s.a.w) bersolat Witir?’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Adapun (Rasulallah (s.a.w)) membaca pada rakaat pertama dengan ‘Sabbihisma rabbikal ‘ala’, dan pada rakaat kedua ‘Qul ya aiyuhal kafirun’ dan pada rakaat ketiga dengan ‘Qulhu-Allahu ahad’ dan dua surah penjagaan (yakni, surah ‘Qul a’uzu-bi rabbil falak’ dan ‘Qul a’uzu-bi rabbin-nas’) [Hadith Ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Saudara,
demikianlah selesainya kita meneliti syariat Solat Witir itu dalam beberapa post sebelum ini dan di akhiri dgn post ini. Insya Allah, apa yg telah dimuatkan dalam post-post tersebut cukup menjadi panduan kpd saudara yg ingin mengerjakannya sebagai pengisisan yg lain ke arah memenunhi Azam Tahun Baru kita itu. Oleh kerana besarnya ganjaran pahalanya dan oleh kerana Allah (a.w) menyukainya, maka yg terbaik respons kita adalah mengerjakannya mulai dari hari ini. Kurbankanlah sedikit masa tidur kita untuk Solat Witir, sebaik-baiknya dan seboleh-bolehnya pada sepertiga terakhir malam.
Jazakallahu khairah
Askm,
ReplyDeleteSaya setuju dan sokong kuat atas cadangan supaya solat tahjud & witir ini dijadikan azam tahun ini kpd semua orang Islam yang ingin meningkatkan tahap keimanan masing2. Elok juga kalau ditambah amalan solat Dhoha dan puasa Isni/Khamis atau puasa nabi Daud A.S.
Semuga Allah SWT memberi kita semua kekal hidayah Allah dengan kelapangan, kelancaran dan kebarokahn .. Ameeen